Thursday, 17 June 2010

Mei Yang Best : Lumut

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Yaahhh.. Jadi juga aku tulis pasal Mei aku. Maaf atas segala kesulitan anda mendapatkan bahan ilmiah dari blog saya ini kerana mengalami kesulitan untuk upload dan edit foto2 di Photobucket.

Seperti yang telah aku maklumkan, 8 Mei tu bertolaklah kami ke Lumut. "Kami" masa ni adalah Andy (as the captain), Pali (ajk peralatan/ajk makanan/ajk kebersihan), Kimi (ajk kerohanian 'la sangat'), Afiq (pengelola warm up n cool down), Michael (abg Anthony) dan Anthony (adik Michael). Okay thats the guys. The girls ada 3 orang je. Intan (penceria majlis), Lyng (ajk pose menggoda) and me, Mizah (ajk SMS). Yes, AJK SMS pun penting gak okay... Yang pergi Lumut ramai ni je sebab yang lain2 tu ada benda nak kene setel seperti Tesis/Final Year Project dsb. Yang pergi sekali dgn kitorg adalah pasukan volleyball, badminton, karate-do, ragbi, kayak, and hoki. er... Rasa macam ada lagi je nih. Hihi.

Tujuan kitorang pergi Lumut ni not just plainly to have fun yer, tapi kene training! Training! TRAINING dan TRAINING lagi sampai LEGAM... Yeahaha~ Lumut beb, tepi pantai, konfem2la sape yang pegi tuh sumernyer dah golap. Tak kisahlah ko pakai krim penghalang cahaya mentari ke tak. Efek jugak tahu. Kitorang menumpang kat Pengkalan TLDM, so makan minum tidur training sume kat situ. BBQ pun. Solat Hajat pun. Tgk movie meningkatkan kesedaran kerjasama berpasukan pun. Sume kat Pengkalan TLDM.

Ha. Cakap pasal tido. Kitorang yang perempuan memang tak puas hati bab ni. Yang atlet lelaki  bukan main lagi dapat bilik bertaraf 5 bintang kat Wisma Bentara tu.. Wisma Bentara tu adalah penempatan yang biasanya didiami oleh angota tentera yang berpangkat Sarjan. Sarjan beb! Mmg tiptop ah bilik diorang. Budak2 ni siap tangkap gambar bilik tu lagi tunjuk kat kitorang. Haih. Kami yang perempuan ni dapat rumah kat blok H je. Blok H adalah penempatan anggota tentera wanita atau nama saintifiknya laskarnita yang belum berkahwin. So mmg macam rumah bujang betolla. Dahla satu rumah 2 org jer patutnya, tp sbb kitorang taknak berpecah maka rumah kitorang duduk la 3org. Aku dgn Intan kongsi katil. Hehe. Nasib baik Intan kecik jer.

Pagi ada senaman pagi.TENTERA STYLE. MMG SENAMAN PAGI TENTERA. Memang aku rasa kalau lagi dua minggu kat situ kitorang dah boleh terus daftar la jadi TLDM. Haha. Nasib baik senaman je, xde kawad. Fuh. Antara rutin2 yang kitorang kene hadap: Lompat bintang (lompat bintang mereka sangat lain dengan yang biasa kita lakukan), Lompat setempat (lompat setempat mereka adalah lompat bintang kita), Cangkung Lejang (ini yang paling horror T.T), pastu yang lain biasa2 lah, joging 2 round, push up, sit up, warm up cool down tarik nafas hembus nafas. Kalau jurulatih2 TLDM tu rasa nak buat ekstra sikit, diorang suruh guling2 atas trek macam biawak kudung, pusing2 kat satu titik, DAN YANG PALING KAMI TIDAK SUKA NAMUN KAMI BANGGA APABILA BERJAYA MELAKUKANNYA ialah.... joging naik turun anak tangga keliling stadium. FUH!!! Memang terasa la beban kat muscle kau sana sini situ. Masa joging tu kau kene teruskan jugak walaupun dah pancit kalau tak nanti ko sound APASAL LINE PUTUS?? SAMBUNG BALIK!! SAMBUNG!! Dahla sepanjang kat Lumut tu hidung aku tersumbat sebelah. Jadi dah la sistem pernafasan aku tak berfungsi dengan baiknya. Hadoila. Bila dah habis round stadium tu memang banga la sebab tak pernah2 buat latihan gitu tetiba buat pulak. Fuh!! Dahla bagi arahan macam kawad. "CANGKUNG LEJANG 4 DIKIRA 1, 10 KIRAAN, MULA!!!!"

Makan. Haa.. Makan memang best. 5 kali sehari. Tak pernah miss. Breakfast, lunch, tea, dinner, supper. Lagi best sbb ikan fresh2. Tepi laut la katakan. Hehe. The last day kat situ BBQ. Fuh lagila tak miss. (Malangnya takde gambar BBQ sbb masing2 tgh sibuk makan. Haha.)

Training. Pagi lepas breakfast training. Cukup 2 jam balik makan. Tido. Rehat. Basuh baju. Ada yang bawak laptop and broadband tu siap online. Peh tak menahan. Main sport bawak laptop bagai. Pastu pukul 3 pergi training balik sampai pukul 6. Ahad start training. Selasa dah start buat friendly match dengan TLDM. Kitorang try line-up yang tak pernah try sebab nak tgk ada chemistry ke tak kalau si dia double dgn si dia. Kalau si dia main single okay ke tak ke. Contonhya memisahkan pasangan kembar tu. So diorang try single pastu diorang try partner dgn budak2 lain. Gitu la. Aku lak kene training partner dgn Lyng sbb coach cakap kalau aku tak pair dgn Shereen aku mungkin pair dgn Lyng. Disebabkan ini hanya friendly dan bukanlah satu kemestian utk kitorang fight all out sbb MASUM lagi beberapa hari je, so kitorang main setakat yang kitorang mampu jer, and kaau menang tu kira satu bonus la. Hehe. The girls menang okay. *TeeHee*

Photobucket
Team UPM ciput jer. Team TLDM kemain ramai lagi. Huhu. Brader kasut merah yang kat tengah tu bukan player, tapi pegawai pusat koko UPM. Dah syok lepak dgn kitorang. Haha.


Photobucket
Ha yang ini nama dia Pakcik Nizam. Kitorang memang sukahati jer panggil diorang ni Pakcik. Sekali Leftenan da.. Haha~ Maafla, kami tak biasa dengan pangkat2 tentera ni, so terima jelah ye sume kitorang panggil Pakcik. Pakcik Nizam ni baik, belanja kitorang sume dadih masa hari last. Kasi aku main henpon dia. Touchscreen wo. Game kereta. Tak payah tekan2 butang, pusing2 je henpon tu. FUH.


Photobucket
Sesi bertukar2 cenderamatahati.


Photobucket

Yang ini nama dia Kak Yus. Dia ni memang baik dgn kami yang perempuan nih. Siap bagi brooch lagi tanda kenang-kenangan. Yeah. *Psstt.. Siap cerita pasal ex-bf lagi. Hehe.* Aku dgn Intan mmg selalu nak pakai sama. Malangnya aku tiada tudung pink dan dia tiada tudung oren. Maka bewarna-warnilah kami. Hehe.


Photobucket

Hujan, maka masa ini tidak disia-siakan oleh pasangan kembar ini... Mula2 yang adik tido. Sekali abang dia menyempit sebelah dia daa....


Malam. Malam kitorang buat aktiviti!! Kali ni kitorg kene split into groups. So kitorang kontinjen UPM MASUM FASA 1 ni mmg mngle around la. Ini adalah langkah untuk atlet mengenai antara satu sama  lain supaya tidaklah rasa janggal ketika di Arau nanti. Tapi team tenis ni ngelat. Nak jugak satu kumpulan. Sudahnya aku, Kimi and Afiq satu kumpulan. Andy, Lyng, Pali satu grup. The twins dgn Intan je yang baik mendengar arahan. Haha. Aktiviti malam2 ni mmg fun lah. Dahla guna dewan sebelah masjid. Memekak yo budak2 UPM nih. Haha. Ada pertandingan antara kumpulan2 nih. Grup aku menang beb! Haha~ Dapatlah hamper berisi makanan yang boleh dibuat bekal sepanjang perjalanan ke Arau nanti. Aktiviti dia, Telefon Beracun la, Hias pakai Surat Khabar la, IQ test la, lawan nyanyi antara lelaki perempuan la, Kelopak Jantung la. Aaa movie pulak, diorang tayang KungFu Dunk. Sedap gak cerita dia. Rasa macam Pan Pizza Hut yang terbaru tu.

Photobucket

Model group aku ialah Kimi. Haha. Tahu tak kitorang buat baju apa tuh? Snow White. Hadoi. Haha! Adala jugak wakil team tenis jadi model yerk. Kuang3.

Memang bergelak sakan la time aktiviti malam. In fact, sepanjang berada di Lumut ni kitorang bergembira sakan. Walaupun penat2 training, balik mesti hati manyak happy punya. Haha. Oh. Ini lagi. Sesi kami ke Teluk Batik. 

Oh yeah Teluk Batik bebeh! Haha~ Hmm pergi Teluk Batik ni satu jer syaratnye. Joging satu round. Pastu ko nak buat ape silakanlah. Hehe. So kitorang pun yang dah terasa ringan badan ni larilah satu round. Takdelah besar sangat pun. Hehe. Sesudah itu, kami masing2 menangglkan kasut dan horeyy!! Mari main pasir pantai!! 

Dan ye, kami memang kuat bergambar. Haha. Penat abang pegawai Pusat Koko tu jaga kami. Hehehh.

Antara pose kerjasama kami. Haha. Setiap ahli team ni pose lompat2 tahu tak!! Termasuk pegawai tuh!! Haha~ Tapi tak dan la nak letak dalam blog nih. Huhu.
 
Yeah. Ha ini satu gambar kami yang innocent. Heheh. Innocent la niii!! 

Usai sudah cerita di Lumut. *At last*. Mari, ke destinasi seterusnyaaaaaa!! Arau here I come!

4 comments:

nurdiyana said...

bila gambar2 tersebut makin menurun....muka mizah makin kehilangan seri nya..ahaks~

HaWaAdAm said...

banyak juga typo error..hehe..bilakah anda merasa Pan Pizza Hut yang terbaru itu? kenapa saya tidak merasanya juga?

sparkling_deepred said...

Ya cikgu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ni nak komen banyak salah ejaan ye anak murid. Tee hee. Err, we want more pics! more pics!

Mizah Adam said...

diyana-sshi: yezza~
hawaadaM: apabila terlalu banyak perkara yg mahu diceritakan, sy tak mmpu lagi menoleh lagi ke belakang utk mmbetulkannya..
sparkling: pics di lumut BANYAK, tapi kawan2 I yg malas nak upload. huhu. xpe. Di Arau nnt byk!!!