Saturday, 10 April 2010

Rasa Dia macam Kek, tapi Terbau Parsley... (a tribute)

Tadi, aku buat interview dengan seorang jejaka.
Kasihan dia. Hatinya hilang.
Katanya tercicir.
Di hospital pulak tu.
Dia sedaya upaya mengingati setiap jejak langkah dia sepanjang berada di hospital itu.
Satu per satu tempat yang dilawatinya dia imbas kembali.
Satu per satu wajah orang yang diziarahinya dia ingat kembali.
Akan tetapi. Wajah yang terakhir yang dilawatinya.
Ya, ada sesuatu dengan wajah itu.
"Argh! Otak aku krem untuk mengingati wajah itu!"
"Kenapa susah sangat nak ingat balik?"
Lantas dia pergi kembali ke katil itu.
Katil terdamparnya seseorang yang begitu sukar untuk dia ingat wajah itu.

Di depan matanya, seorang pari-pari sedang nyenyak diulit mimpi.
Dia mengamatinya.
Menatap wajahnya yang mulus, menikmati setiap nafas yang dia ambil.
Seolah-olah paru-paru dia dan dia adalah satu.
Seakan-akan dia bernafas zarah oksigan yang sama dengan si pari-pari.
Dia mendekati. Menyentuh pipi si pari-pari tanpa sedar.
Bagaikan ada kuasa supernatural yang memaksa tangannya berbuat demikian.

Pari-pari terjaga.
"Kamu siapa?"
 Diam. Dia terdiam. Lebih rela membisu seribu kata daripada megeluarkan suara kerana sangat tidak mahu memecahkan kemanisan saat itu.

Pari-pari bertanya lagi.
"Kamu tahu tak itu siapa yang punya?"
Si pari-pari meluruskan jari telunjuknya ke meja sisinya.
Lebih tepat, apa yang berada di atas meja sisinya.
Sebuah balang kaca dihias indah berisi sekeping hati.
"Hati ini ku jumpa tanpa tuan maka aku ambil dan simpan ia elok-elok. Kalau tiada siapa yang punya, akan aku jaga ia seperti hatiku jua"
"Kenapa kamu kemari wahai jejaka? Adakah aku mengenalimu?"

"Saya... ah..."
Gagap. Dia sendiri bingung mengapa dia gagap.
Dia gagahkan juga dan menyebutnya dalam satu nafas,
"Hatiku tertinggal di hospital tanpa aku sedari. Bila dapat tahu bidadari yang mengambilnya, maka aku rela ia bertuankan bidadari itu dan hiduplah aku dengan kelegaan"

P/s: kek 7 tingkat on de way!

Couple Heart

all the best!!!

8 comments:

suhailah salahuddin said...

ala3...sooooo shuweetttt.. :) like it..very5 much!tq lalink.. :)

totoromalas said...

olos2... jiwang plok random story kali ni yea...

Mizah Adam said...

haha~ tatkala semua yg di keliling berada dalam mood itu, maka aku juga diheret melalui feeling itu.. tapi utk oranglah, bukan utk diri sendiri.. uhuhuhu~

suhailah salahuddin said...

bile ntah nk tguko melalui mood 2 utk diri s'dr ek??ehee.. ;p make sure aq owg 1st tau k.. :)

HaWaAdAm said...

aku suka..dua ibu jari naik atas...

Mizah Adam said...

o yeah~

sparkling_deepred said...

eh? ini hasil nukilan siti noor hamizah adam kah? gosok2 mata. geleng2 kepala. gosok2 mata lagi. tampar pipi. eh? mcm coretan orang yang pro la. semua ibu jari tangan dan kaki terangkat.

Mizah Adam said...

hehe.. meh sini tolong gosokkan2 laju2..