Saturday 24 April 2010

Synchro12 yg cool (pada aku)

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Santapan istimewa untuk para pembaca blog ini!

Rasanya sudah lama aku tak letak gambar2 Synchro12 kat blog ni.. Walaupun dah byk event yg kitorg cover.

Tapi takpe. Kali ni aku letak yg kitorang main masa FESTIK hari tu.. And when I say main, yeah, we really do main-main.. HAHA!! OMG malam tu mmg paling teruk aku rasa kitorang pernah main.. hehe. Takpe, yang penting crowd suka (despite the bitter taste we got).

Dan kali ini aku dibantu oleh Photobucket! Yeah Photobucket mmg best! Banyak lagi nak explore nih kat Photobucket tu...

Jap. Sebelum tu. Kalau cakap pasal budak band, kebiasaannya minda kita yang klise ni akan fikir budak2 lelaki yang hensem, comel,cool, dressing takmau kalah Rosyam Nor, kalau mereka senyum mampu mencairkan seluruh North Pole, kalau mereka buat muka pelik2 itu adalah seni, kalau mereka buat rambut baru lepas bangun tidur pun seni juge.. Kan?

Haha tett! Budak band pun manusia biasa jugak. Kalau dah nama budak Uni yg sengal, sengal jugaklah budak2 tu tak kisahla budak band ke, menari ke, pantun ke, pidato ke, catur ke, cheerleader masa kejohahan sukan2 ker.. Sama je... Heh :)

Okaylah dah habis mengomel. Here goes: The backstage face of us!

 
us.
Inilah barisan Synchro12 yg diturunkan utk malam tu.. Oh yea, tukang tangkap gambar is Pak Kim.. So campur Pak Kim sekali lah.


ber6
Nak tahu budak2 ni kate ape? Usman boleh masuk audition iklan ubat gigi.. Hahah!


ber6 lompat
Oh ye lihatlah kami yang ceria meriah bak budak2 Ribena terlebih glukosa!! Nak tangkap gambar sambil melompat tapi nampaknye Matt je yg jadi.. Yang lain hancuussss... :D


Photobucket
Nama: Matt
Nama penuh: Matthew. (Haha!)
 Posisi: Untuk malam ni, keyboard, tp sebenarnya dia ni boleh main SEMUA!! Yes, when I mean boleh main, it means dia mmg btol2 boleh main semua.. Kalau beliau takde kami mungkin mengambil masa yg lama utk arrange lagu. Kalau beliau ada kejap je dah settle.. Oh Matt!


Photobucket
Nama: Usman.
Nama glamer: Usmanvzxvzvxzyt.... G tanya dia sendiri. Dahla pakai bahasa Sepanyol, panjang pulak tuh!
Posisi: Lagi nak tulis kah?? Mamat kesukaan ramai ni (termasuk anda yg tengah baca ni,ye, saya tahu, hehe) kerjanya tukang goreng gitar jeh.. Mmg star habis! Kadang2 Selalunya orang panggil dia sebelah telinga dia pun dia tak perasan.. Sebab khusyuk sangat menggoreng.. Ntah2 bom jatuh depan mata pun buat dono je.. Ish3.


the bassist
Nama: Alvin.
Nama glamer: Alvinvxtzuctd.. Ha yg ini pun pegi tanya Usman. Usman yg bagi nama glamer bahasa Sepanyol kat Alvin.. Sumpah panjang!
Posisi: Pemain bass! Yg ini pun mmg star. Kepada awek-awek di luar sana, jgn terpedaya dengan muka blur dia ni, jangan sangka dia ni suci murni baik angelic yea. Jahat nih dia ni. Sekali bercakap habis pecah perut semua orang. Ish3.


drummer x smart

Nama: Mizah Kun.
Nama Glamer: Er.. Kun la?!?
Posisi: Tukang ketuk drum. Selalu kene tego dgn sifu Matt. Hehe. Saya kan budak baru belajar *wink wink*. Tak banyak kot nak describe pasal mamat minah ni?
Oh yea, maafkan sahaja brader ILOVEFESTIK kat belakang tu. Kasi la dia can nak interfrem.. Dia pun nak masuk blog juge. Hehe.

Alamak, gambar individu Hairi (tukang goreng gitar 2), Krol dgn Pak Kim takde pulak.. Adoyai. Huhu. Takpelah. Next time jgn lupa tangkap gambar sensorang yer kalau nak masuk dalam blog aku nih! Ingat tu!

Dan.. untuk gambar yg last ini.. Terimalah.. Eh kejap. Yang awek2 semua sila buat penilaian betul2 yer. Synchro12 mmg sume comel2 belaka, ye saya tahu, tapi kalau dah terlebih tenaga dan glukosa macam ni.. Er.. Sila minat Synchro12 time buat show sahajalah.. Hehe.

Get ready and put your mouth silencer on! And make sure your tummy isn't full!


hide n seek
*Tak payah gosok2 mata anda atau lap cermin mata anda.. Gambar ni mmg blur. Tapi nak juge tunjuk. Sorry. =.=' Kalau tak nampak sgt pandai2lah nak zoom sendiri yer..

p/s: Singer ktorg cuti rehat time nih.. Sbb ktorg pakai singer import drpd pertandingan karaoke taraoke. Hehe.

Saturday 10 April 2010

Rasa Dia macam Kek, tapi Terbau Parsley... (a tribute)

Tadi, aku buat interview dengan seorang jejaka.
Kasihan dia. Hatinya hilang.
Katanya tercicir.
Di hospital pulak tu.
Dia sedaya upaya mengingati setiap jejak langkah dia sepanjang berada di hospital itu.
Satu per satu tempat yang dilawatinya dia imbas kembali.
Satu per satu wajah orang yang diziarahinya dia ingat kembali.
Akan tetapi. Wajah yang terakhir yang dilawatinya.
Ya, ada sesuatu dengan wajah itu.
"Argh! Otak aku krem untuk mengingati wajah itu!"
"Kenapa susah sangat nak ingat balik?"
Lantas dia pergi kembali ke katil itu.
Katil terdamparnya seseorang yang begitu sukar untuk dia ingat wajah itu.

Di depan matanya, seorang pari-pari sedang nyenyak diulit mimpi.
Dia mengamatinya.
Menatap wajahnya yang mulus, menikmati setiap nafas yang dia ambil.
Seolah-olah paru-paru dia dan dia adalah satu.
Seakan-akan dia bernafas zarah oksigan yang sama dengan si pari-pari.
Dia mendekati. Menyentuh pipi si pari-pari tanpa sedar.
Bagaikan ada kuasa supernatural yang memaksa tangannya berbuat demikian.

Pari-pari terjaga.
"Kamu siapa?"
 Diam. Dia terdiam. Lebih rela membisu seribu kata daripada megeluarkan suara kerana sangat tidak mahu memecahkan kemanisan saat itu.

Pari-pari bertanya lagi.
"Kamu tahu tak itu siapa yang punya?"
Si pari-pari meluruskan jari telunjuknya ke meja sisinya.
Lebih tepat, apa yang berada di atas meja sisinya.
Sebuah balang kaca dihias indah berisi sekeping hati.
"Hati ini ku jumpa tanpa tuan maka aku ambil dan simpan ia elok-elok. Kalau tiada siapa yang punya, akan aku jaga ia seperti hatiku jua"
"Kenapa kamu kemari wahai jejaka? Adakah aku mengenalimu?"

"Saya... ah..."
Gagap. Dia sendiri bingung mengapa dia gagap.
Dia gagahkan juga dan menyebutnya dalam satu nafas,
"Hatiku tertinggal di hospital tanpa aku sedari. Bila dapat tahu bidadari yang mengambilnya, maka aku rela ia bertuankan bidadari itu dan hiduplah aku dengan kelegaan"

P/s: kek 7 tingkat on de way!

Couple Heart

all the best!!!