Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Thursday, 17 June 2010

Mei Yang Best : Lumut

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Yaahhh.. Jadi juga aku tulis pasal Mei aku. Maaf atas segala kesulitan anda mendapatkan bahan ilmiah dari blog saya ini kerana mengalami kesulitan untuk upload dan edit foto2 di Photobucket.

Seperti yang telah aku maklumkan, 8 Mei tu bertolaklah kami ke Lumut. "Kami" masa ni adalah Andy (as the captain), Pali (ajk peralatan/ajk makanan/ajk kebersihan), Kimi (ajk kerohanian 'la sangat'), Afiq (pengelola warm up n cool down), Michael (abg Anthony) dan Anthony (adik Michael). Okay thats the guys. The girls ada 3 orang je. Intan (penceria majlis), Lyng (ajk pose menggoda) and me, Mizah (ajk SMS). Yes, AJK SMS pun penting gak okay... Yang pergi Lumut ramai ni je sebab yang lain2 tu ada benda nak kene setel seperti Tesis/Final Year Project dsb. Yang pergi sekali dgn kitorg adalah pasukan volleyball, badminton, karate-do, ragbi, kayak, and hoki. er... Rasa macam ada lagi je nih. Hihi.

Tujuan kitorang pergi Lumut ni not just plainly to have fun yer, tapi kene training! Training! TRAINING dan TRAINING lagi sampai LEGAM... Yeahaha~ Lumut beb, tepi pantai, konfem2la sape yang pegi tuh sumernyer dah golap. Tak kisahlah ko pakai krim penghalang cahaya mentari ke tak. Efek jugak tahu. Kitorang menumpang kat Pengkalan TLDM, so makan minum tidur training sume kat situ. BBQ pun. Solat Hajat pun. Tgk movie meningkatkan kesedaran kerjasama berpasukan pun. Sume kat Pengkalan TLDM.

Ha. Cakap pasal tido. Kitorang yang perempuan memang tak puas hati bab ni. Yang atlet lelaki  bukan main lagi dapat bilik bertaraf 5 bintang kat Wisma Bentara tu.. Wisma Bentara tu adalah penempatan yang biasanya didiami oleh angota tentera yang berpangkat Sarjan. Sarjan beb! Mmg tiptop ah bilik diorang. Budak2 ni siap tangkap gambar bilik tu lagi tunjuk kat kitorang. Haih. Kami yang perempuan ni dapat rumah kat blok H je. Blok H adalah penempatan anggota tentera wanita atau nama saintifiknya laskarnita yang belum berkahwin. So mmg macam rumah bujang betolla. Dahla satu rumah 2 org jer patutnya, tp sbb kitorang taknak berpecah maka rumah kitorang duduk la 3org. Aku dgn Intan kongsi katil. Hehe. Nasib baik Intan kecik jer.

Pagi ada senaman pagi.TENTERA STYLE. MMG SENAMAN PAGI TENTERA. Memang aku rasa kalau lagi dua minggu kat situ kitorang dah boleh terus daftar la jadi TLDM. Haha. Nasib baik senaman je, xde kawad. Fuh. Antara rutin2 yang kitorang kene hadap: Lompat bintang (lompat bintang mereka sangat lain dengan yang biasa kita lakukan), Lompat setempat (lompat setempat mereka adalah lompat bintang kita), Cangkung Lejang (ini yang paling horror T.T), pastu yang lain biasa2 lah, joging 2 round, push up, sit up, warm up cool down tarik nafas hembus nafas. Kalau jurulatih2 TLDM tu rasa nak buat ekstra sikit, diorang suruh guling2 atas trek macam biawak kudung, pusing2 kat satu titik, DAN YANG PALING KAMI TIDAK SUKA NAMUN KAMI BANGGA APABILA BERJAYA MELAKUKANNYA ialah.... joging naik turun anak tangga keliling stadium. FUH!!! Memang terasa la beban kat muscle kau sana sini situ. Masa joging tu kau kene teruskan jugak walaupun dah pancit kalau tak nanti ko sound APASAL LINE PUTUS?? SAMBUNG BALIK!! SAMBUNG!! Dahla sepanjang kat Lumut tu hidung aku tersumbat sebelah. Jadi dah la sistem pernafasan aku tak berfungsi dengan baiknya. Hadoila. Bila dah habis round stadium tu memang banga la sebab tak pernah2 buat latihan gitu tetiba buat pulak. Fuh!! Dahla bagi arahan macam kawad. "CANGKUNG LEJANG 4 DIKIRA 1, 10 KIRAAN, MULA!!!!"

Makan. Haa.. Makan memang best. 5 kali sehari. Tak pernah miss. Breakfast, lunch, tea, dinner, supper. Lagi best sbb ikan fresh2. Tepi laut la katakan. Hehe. The last day kat situ BBQ. Fuh lagila tak miss. (Malangnya takde gambar BBQ sbb masing2 tgh sibuk makan. Haha.)

Training. Pagi lepas breakfast training. Cukup 2 jam balik makan. Tido. Rehat. Basuh baju. Ada yang bawak laptop and broadband tu siap online. Peh tak menahan. Main sport bawak laptop bagai. Pastu pukul 3 pergi training balik sampai pukul 6. Ahad start training. Selasa dah start buat friendly match dengan TLDM. Kitorang try line-up yang tak pernah try sebab nak tgk ada chemistry ke tak kalau si dia double dgn si dia. Kalau si dia main single okay ke tak ke. Contonhya memisahkan pasangan kembar tu. So diorang try single pastu diorang try partner dgn budak2 lain. Gitu la. Aku lak kene training partner dgn Lyng sbb coach cakap kalau aku tak pair dgn Shereen aku mungkin pair dgn Lyng. Disebabkan ini hanya friendly dan bukanlah satu kemestian utk kitorang fight all out sbb MASUM lagi beberapa hari je, so kitorang main setakat yang kitorang mampu jer, and kaau menang tu kira satu bonus la. Hehe. The girls menang okay. *TeeHee*

Photobucket
Team UPM ciput jer. Team TLDM kemain ramai lagi. Huhu. Brader kasut merah yang kat tengah tu bukan player, tapi pegawai pusat koko UPM. Dah syok lepak dgn kitorang. Haha.


Photobucket
Ha yang ini nama dia Pakcik Nizam. Kitorang memang sukahati jer panggil diorang ni Pakcik. Sekali Leftenan da.. Haha~ Maafla, kami tak biasa dengan pangkat2 tentera ni, so terima jelah ye sume kitorang panggil Pakcik. Pakcik Nizam ni baik, belanja kitorang sume dadih masa hari last. Kasi aku main henpon dia. Touchscreen wo. Game kereta. Tak payah tekan2 butang, pusing2 je henpon tu. FUH.


Photobucket
Sesi bertukar2 cenderamatahati.


Photobucket

Yang ini nama dia Kak Yus. Dia ni memang baik dgn kami yang perempuan nih. Siap bagi brooch lagi tanda kenang-kenangan. Yeah. *Psstt.. Siap cerita pasal ex-bf lagi. Hehe.* Aku dgn Intan mmg selalu nak pakai sama. Malangnya aku tiada tudung pink dan dia tiada tudung oren. Maka bewarna-warnilah kami. Hehe.


Photobucket

Hujan, maka masa ini tidak disia-siakan oleh pasangan kembar ini... Mula2 yang adik tido. Sekali abang dia menyempit sebelah dia daa....


Malam. Malam kitorang buat aktiviti!! Kali ni kitorg kene split into groups. So kitorang kontinjen UPM MASUM FASA 1 ni mmg mngle around la. Ini adalah langkah untuk atlet mengenai antara satu sama  lain supaya tidaklah rasa janggal ketika di Arau nanti. Tapi team tenis ni ngelat. Nak jugak satu kumpulan. Sudahnya aku, Kimi and Afiq satu kumpulan. Andy, Lyng, Pali satu grup. The twins dgn Intan je yang baik mendengar arahan. Haha. Aktiviti malam2 ni mmg fun lah. Dahla guna dewan sebelah masjid. Memekak yo budak2 UPM nih. Haha. Ada pertandingan antara kumpulan2 nih. Grup aku menang beb! Haha~ Dapatlah hamper berisi makanan yang boleh dibuat bekal sepanjang perjalanan ke Arau nanti. Aktiviti dia, Telefon Beracun la, Hias pakai Surat Khabar la, IQ test la, lawan nyanyi antara lelaki perempuan la, Kelopak Jantung la. Aaa movie pulak, diorang tayang KungFu Dunk. Sedap gak cerita dia. Rasa macam Pan Pizza Hut yang terbaru tu.

Photobucket

Model group aku ialah Kimi. Haha. Tahu tak kitorang buat baju apa tuh? Snow White. Hadoi. Haha! Adala jugak wakil team tenis jadi model yerk. Kuang3.

Memang bergelak sakan la time aktiviti malam. In fact, sepanjang berada di Lumut ni kitorang bergembira sakan. Walaupun penat2 training, balik mesti hati manyak happy punya. Haha. Oh. Ini lagi. Sesi kami ke Teluk Batik. 

Oh yeah Teluk Batik bebeh! Haha~ Hmm pergi Teluk Batik ni satu jer syaratnye. Joging satu round. Pastu ko nak buat ape silakanlah. Hehe. So kitorang pun yang dah terasa ringan badan ni larilah satu round. Takdelah besar sangat pun. Hehe. Sesudah itu, kami masing2 menangglkan kasut dan horeyy!! Mari main pasir pantai!! 

Dan ye, kami memang kuat bergambar. Haha. Penat abang pegawai Pusat Koko tu jaga kami. Hehehh.

Antara pose kerjasama kami. Haha. Setiap ahli team ni pose lompat2 tahu tak!! Termasuk pegawai tuh!! Haha~ Tapi tak dan la nak letak dalam blog nih. Huhu.
 
Yeah. Ha ini satu gambar kami yang innocent. Heheh. Innocent la niii!! 

Usai sudah cerita di Lumut. *At last*. Mari, ke destinasi seterusnyaaaaaa!! Arau here I come!

Tuesday, 15 June 2010

Jake Gyllen-who?

Hai Semua! Salam Satu Malaysia!!

Tadi aku pegi Suria KLCC dengan kakak aku sebab kitorang nak pegi tengok cerita Shrek in 3D. Sesampainya kitorang kat SKLCC tuh kitorang pun naik la eskalator satu per satu sbb TGV kan kat atas2 kan.

Ditakdirkanlah kitorang berdiri belakang 3org chicks yang serba-serbi lengkap memiliki gaya chicks. Rambut lurus pakai jari pun boleh, pakai pumps 5 inci, baju sendat2, slim melim, handbag besar2 boleh muat satu famili kucing (sebanyak 7 keturunan), and cakap rojak2. Apa lagi kau nak? Semua sifat chicks sejati diorang ada.

Dan memang ditakdirkan lagi, dah kitorang diri belakang diorang, konfem2 la nampak apa yang ada pada mereka kan? Salah seorang daripada chicks ni pakai rompers je, so most part of her body kitorang boleh nampak la kan. Chick pakai rompers ni ada tatu kat bahu dia weyy. Tapi aku pikir positif lagi. Cina kot dia nih. Rambut dia ada fringes macam yg amoi2 biasa buat jerr. Cina la kot. Sekali kitorang dengar dia cakap betol2 and tengok muka dia betol2 masa dah get off dari eskalator tu, Melayu daaa~ Adoi.. What the hell betol...

So aku dah malu sendiri dah sebab.... Aku malu sebab dia Melayu but got that thing on her body. I mean like, yelah, kalaupun dunia dah maju dan kebaratan sangat kan, kau nak tindik2 macam main paku tekan ke, kaler2 kuku macam Pendidikan Seni darjah satu ke, pakai pendek2 macam kain dah kene sorok dan seludup ke negara jiran ke, aku tak kisah la lagi. Nasib kau la. Tapi siap lukis PERMANENTLY kat badan lagi dah.. I don't know what to say anymore lah.

Hm. Aku and kakak aku tak tahan sangat dah tengok mende alah tu so kitorang pun potong la chicks bertiga ni yang jalan catwalk2 nih. Kitorang jalan punya jalan then sampai gak kat TGV. Yay! Tilik punya tilik sekali Shrek pukul 7.00pm daa.. Takpe2 kitorang buat marathon la kalau macamtuuuu!! Eheh, so kitorang pun bantai beli tiket Nanny McPhee and the Big Bang. Best jugak cerita nih. Sesuai la untuk keluarga2 yang ada anak2 yang dah mumayyiz.

Tapi2, haaa.. this is the part where my story is about the title... Masih ditakdirkan, chicks bertiga tuh queue belakang kitorang... Queue agak panjang yer masa tu, walaupun hari Isnin. So chicks bertiga ni pun borak2la pasal previu cter Knight and Day lakonan Tom Cruise dgn Cameron Diaz (so I made a quick guess that they just LOVE Tom and IDOLIZE Cameron). Then dorg tgk la schedule screen tuh. Dorg baca la Prince of Persia. Pastu salah sorang tu tanya "Sape berlakon ek Persia ni?" Then the other jawab dgn slamber and pantasnye, "Hmm.. Not glam la". Terbeliak bijik mata aku. Kakak aku dah semput napasnye akibat daripada tahan nak gelak kuat2. Haha.

Seriously, kitorang dgr diorang borak kencang macam tu. Jarak The Chicks dgn kitorang takdelah jauh  sangat. Memang clean and clear kitorang dengar. Not glam?? X glam?? Kawan aku kat fesbuk bising2 nak tgk Jake Gyllenhaal jadik gagah korang boleh lak kate x glam?? Kakak aku pun terFUYOOOHHH JAKE DAH SASA boleh lak korg kate x glam? Fush. Taste ape korang nih. Haha. Kalau tak pasal Jake pun, korg tak suke Gemma ke? Gemma pun chicks jugak ape. Haha.

Jake punyalah comel nih:

Ko kate x glam. Okay maybe ko dah tak cam dia sbb dalam citer tuh dia dah jadi sasa:

Perhaps. Bwahaha. Lantak koranglah.

P/s: Dahla pakai rompers, masuk panggung. Tak sejuk ke nnt kak? Oh lagi2, Maggie Gyllenhaal (Kakak Jake) berlakon dalam Nanny McPhee. Sape Maggie? Oh, org tak glam, korg tak kenal la yek. Pfffffft.

Thursday, 10 June 2010

SPECIAL EDITION POST

ALHAMDULILLAH...

TERIMA KASIH TUHAN.

KAU MASIH LAGI BERI HARAPAN DAN PELUANG UNTUK AKU MENERUSKAN PERJALANAN INI. WALAUPUN ADA KALANYA AKU TERLEKA DAN JAUH DARIPADA MU YA RABBI.

TERIMA KASIH TUHAN.
TERIMA KASIH TUHAN.
TERIMA KASIH TUHAN.


p/s: Terima kasih juga yang tak terhingga kepada semua yang menyokong saya sama ada secara langsung atau tak langsung, secara ikhlas atau tidak, secara sengaja ataupun tak sengaja. Percayalah, ingatan anda yang kadang-kadang umpama angin bayu lalu itulah yang memberikan makna yang lebih mendalam daripada ingatan anda yang tak putus-putus terhadap saya tiap2 hari.

Monday, 7 June 2010

Aku Di tag...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Bersama-samalah kita mendoakan agar semangat Flotila Keamanan ke Gaza itu tidak mati dan lenyap begitu sahaja selepas ini.

So, I was tagged by MissNothingVille. Terima kasih banyak tag aku, at least utk membanyakkan post aku. HuaHua~ 
Jadi, mari kita mulakan menjawab soalan2 yang aku kene tag ini: 
what is your full name?
Siti Noor Hamizah 
when is your birthday?
27 December  
what is your father name?
Adam Daim 
what is your mother name?
Noor Azizah Othman 
how many your siblings?
4 
where is your house?
Balakong! 
what is your favourite colour?
green and yellow. orange also can. 
still studying?
yup.. but still got time to blog meh. hehe 
do you have bestfriend?
yes! 
do you love them? 
nae,sarangehaeyo!  <----- Ni aku copy je dr yg tag aku tuh. HAHA!!
jazz or pop?
Being Synchro, I have to like all. But, the latest craze is jazz!! 
chicken or beef?
Chicken.. 
coke or 100plus?
When in stress, coke. When in fatigue, 100+ 
what brand is your purse?
 err, aku tak kaya macam orang tu, ada byk2 wallet.. Mine is BUM. 
how much do you have in your wallet now?
none.. eh.. entah.. adala selit2 kat mana2 kot.. 
high heels or flat?
mari ramai2 jawab soalan ni.. 1...2...3... FLATTT!!!! 
skirts or jeans?
inipun, mari ramai2 jawab..1...2...3..JEANS!!! 
shirt or blause?
ahah.. isn't it too obvious?? shirt la.. 
watch or bracelet?
 Watch 
favourite watch's brand?
 FOSSIL.. the old ones yg ada motion.. the new ones all so stiff~ 
do you have girlfriend?
 tiada, tapi Sis Crush adala. Huhu~ 
do you have a boyfriend? 
x. 
did you love her?
sape her?? My Sis Crush? Oh yeah lovin' her! 
did you ever kiss him?
ehh..makhluknye pun takde macamane nak kiss.. aigoo~
facebook or myspace?
mukabuku. 
what is your dream?
 erm. Nak main dlm orkestra. Heheh. 

please tagged other ten friends of yours:
erm.. xpela.. lagipun kawan2 yg ada blog pun lebih kurang je macam MissNothingVille.. Saya ni baik hati, malas nak tag orang lain jawab mende2 nih.. HUHU

La... tu je ke soalannyer??? Ingatkan random sangat... Hm Hm... 

Saturday, 5 June 2010

Mei 2010 yg Best!!

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Apa khabar semua?? Sihaatt?? Sudah makan?? Sudah update status di FB/Twitter? Sudah... sudahlah sudah!! Haha~

Well, LAMA GIELS!! (ye, mmg nak eja giels, itu bukan typing error yea), DAH TAK BUKAK DAN UPDATE DAN MENGHIAS BLOG NIH!! Bak kata kawan2 macam kat post yang dulu2, dah bau masam2 sikit dah.. Aduyai.. xpe2.. Well, spt yg tertera kat FB aku, (lupa nak letak kat sini, sorry), aku telah menghabiskan cuti bulan Mei aku dengan semangat kesukanan yg jitu dan semangat cintakan UPM yg tak berbelah bahagi!! Sampaikan bas-bas Uni lain yang potong bas UPM pun kitorang boleh naik angin!! Hahaha~

>8-14 May I'm in Lumut.
>16-21 May I'm in Arau.

Akan aku ceritakan pengalaman selama berada di sana, dalam 2 siri post. Okay. But for now. I have to upload the photos first!!

See you guys later!