Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 18 May 2012

Carl's Genie

Saja - saja.


Picture credit : Adib.
Supporter: Tey O Beng.


Saturday, 12 May 2012

Taaruf Pelik

Alkisah terdapatlah dalam suatu kampung, ada gadis-gadis yang bernama Jemah, Bedah dan Joyah. Mereka teman sejati. Seia sekata, sehati sejiwa.

Jemah.
Bedah.
Joyah.

JBJ. Dah boleh lawan grup k-pop JYJ ni. In fact, nama Joyah seorang dah boleh lawan JYJ. Ok.

Dalam satu kampung lain, ada seorang gadis yang hanya dikenali sebagai gadis drum. Kenapa drum? Sebab dia ni tiadalah kerja lain melainkan membawa drum kehulur kehilir kerana ia merupakan hobi sejak azali. Drum yang macamana? Well, I'll leave it to your imagination. Pearl boleh, Yamaha boleh, tabla boleh, bongo boleh, even cajon pun boleh. Nak imagine drum dalam bentuk gitar, keyboard, grand piano pun boleh. Imagination, there's no limit to it.


Sekarang mari kita lihat definisi gadis:
gadis adalah merujuk kpd wanita2 sopan
dan gadis2 sopan hanyalah byk di kg2
-definisi dari tukang kebun k13


So sekarang kita (mungkin) dah boleh faham serba sedikit tentang perngai gadis berempat ini. Gadis drum adalah gadis yang sopan walaupun dia suka membawa drum namun level sopan dia tidaklah sebanyak JBJ yang sememangnya merupakan gadis kampung sejati. Seia sekata, sehati sejiwa.

Walaupun keempat-empat watak ini adalah gadis, namun gadis drum tak akan pernah jadi JBJ, dan JBJ tak akan pernah jadi gadis drum. Ini adalah kerana JBJ merupakan alter ego kepada gadis drum. Lagi sekali, sila bayangkan ini:


Yeah aku tahu aku tulis berbelit macam _______ (sila isi dengan perkataan pilihan masing-masing). Aku pun tak berapa nak faham bila aku disuakan dengan pendapat seperti ini. But the idea of having an alter ego, I like it. 

Cuma bagi aku, to have an alter ego, you have to have the right condition and environment too. To have it here, now, I don't think it will be suitable. Tengoklah one fine day mungkin. And I plan to share that alter ego. Sesiapa nak? Isi borang kelayakan dulu.

P/S sendiri: Malam ni maybe MAYBE maybe last hangout with Taming Jayans (haha!) reramai gni untuk tahun ini. Tak tahulah, kita merancang, Dia yang tentukan.

P/S special: Hah tukang kebun, puas hati tak dengan post ni? Tak puas? Cer komen skit, mana yang patut aku edit. Oh ye, selamat berkenalan! :)

P/S umum: k13? it took guts out of me to type that, now let's see what they'll say. (itupon kalu deme ingat lagi kat blog ni wuwuwuwu)

Apa tu cajon?? Ni haaa:

Aku ada jumpa kat Malaysia, basic je RM400. *gulp*








Pengantaramukaan

Serius aku tak suka interface blogger yang baru ni. Haru!

Oh, nasib baik katak aku hidup lagi.

Digital je pun. duuuuhhhhh


Matured much?

Tempat kejadian: inside UPM.

Aku sedang tunggu bas kat bus stop SS.

Ada sorang perempuan tengok2 aku, aku senyum.
Pastu dia pun mengambil langkah untuk berborak dengan aku.
Borak la, pasal kos apa, fakulti mana, kolej mana, tahun berapa.

Aku cakap la aku dah tahun ketiga.
Dia melopong.
Aku tanya, tahun berapa?
Dia jawab tahun pertama.
Aku angguk.

Dia tanya, dah third year kenapa naik bas lagi?
Aku buat muka screwed, aku jawab balik, habis tu aku bayar yuran bas, takkan aku tak naik bas?
Bukan, kan biasanya third year ni ada kereta, motor sendiri.
Well, nampak gayanya aku bukan third year yang biasanya.
Oh okay.
Okay?
Lagi satu, tak nampak gaya macam third year pun. Macam baya saya je.

Bas kolej aku sampai.
Selamat jalan, ada jodoh dan rezeki jumpa lagi, belajar elok2.
Dia angguk angguk je.

Dalam bas, aku terfikir apa yang budak tu kata (dasar senior, dgr fisrt year terus cop budak, huh)
Tak nampak macam third year? Nampak macam baya dia?

Well, bagi aku , it can only mean two things.

Satu, sama ada aku nampak muda, ceria-ceria dan otak tak berapa nak berisi macam freshie masuk uni, kosong dalam diri, pakai baju pun serabai-serabai je pergi kampus.

Dua, sama ada dia yang nampak terlebih matured dari aku, lebih berpengatahuan dari aku dan dressing dia yang macam third year dah boleh grad dah pun.

"Kau boleh cakap apa yang kau nak, buat apa yang kau nak, fikir apa yang kau nak. Aku takde kuasa nak kontrol semua tu. Jadi, apa kau nak fikir pasal aku, aku memang takkan halang."