Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Wednesday, 15 February 2012

Cerita pasal Kedai lagi

Assalamualaikum.

Semalam teman Hawa pergi Econsave, beli barang dapur.
So bila dah pilih-pilih, beratur la kat cashier. (The cashier! *sigh*)
Depan aku ada makcik nih, based on observation, mungkin makcik ni pembuat kuih.
Pasal dia beli susu sejat bertin-tin. Okay mungkin pembuat kek. Whatever.
(Dasar suka sangat observe orang tak tentu pasal)
Kendian belakang aku pulak satu famili. Parents dengan 2 orang anak. 
Muda lagi parents tu, about less than 40 years old.
Anak sorang mak dia dukung, sorang lagi main2 kat para tepi cashier tu.
Yang main2 ni umur macam 4-5 tahun lah kut.
Para tu kat sebelah cashier, bapak dia tak sampai cashier pun lagi.

Ayat best/kelakar yang kami witness is bila
Bapak budak tu sound anak dia.
"Janganlah memain. Kau ni, nak hilang ker??"

Wakakakkaka. Tak kelakar ke?
Okay.

===True Story!===

Okay mula-mula tu aku gelaklah jugak bila bapak budak nih cakap macam tu. Kau nak hilang ke?? Bunyi macam seorang bapa yang selamba+fun gitu.. Tapi lepas gelak-gelak tu aku stop. 

Eh, aku dulu penah hilang kot. Tak lawak okayh. Gelabah gilaaa. Pakcik, you better take back what you said to your son. Menangis ko kang.

Ini serius, aku pernah hilang. Kat pasar malam. Umur aku like 3 atau 4 tahun gitu. 


True Story Ends.

Wednesday, 1 February 2012

Jackie Chan is my Favourite Meme

Tadi mak suruh pergi kedai. Beli sardin setin dengan telur sepuluh biji.
Ok.

Sampai kedai, pilih pilih, siap, pergi kaunter.
Mamak tu kata "Lapan ringgit pat posen"
Huh?

Dari poket, aku bawak keluar,
Sekeping merah, tiga keping biru.
Aku pun cakap "Alamak, tak cukup pat posen!".

Mamak tu sengih.
"Tarak cukup??"

Aku tengok balik.
Eh, eh!!!
Okay, yang penting di sini, buat poker face!!
Aku pun hulur jelah yang merah sekeping tu kat dia.

Ya, aku mengaku aku adalah pelajar tahun ketiga di sebuah universiti yang lemah gilaaaaa mencongak dan aku mengaku jugak yang tadi kepale hotak aku aku short-circuit sikit lepas tengok benda yang belum rasmi tapi dah konfem. (Belum rasmi tapi dah konfem, cane uh??)

Aku yakin dan pasti, kalau mamak tu 9gagger, mesti dia buat muka gini:




Ehehehe.