Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 29 July 2011

KALAH DI PADANG, MENANG DI HATI <-- klik untuk artikel asal

Kuala Lumpur, 29 Julai – Malaysia harus berbangga dengan persembahan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan kedua bertemu Singapura semalam walaupun terpaksa akur dengan kekalahan agregat 6-4.
Setiap pemain menunjukkan daya juang yang sangat tinggi demi memenuhi hasrat lebih 95 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Bukit Jalil. Itu belum dikira jumlah penonton yang menonton siaran langsung baik di TV1 mahupun Astro Arena.
Namun kekentalan barisan pertahanan Singapura yang sentiasa menafikan percubaan pemain Malaysia mahupun cubaan-cubaan menembusi benteng pertahanan menidakkan hasrat Harimau Malaya untuk mencapai kemenangan malahan ia diburukkan lagi dengan serangan-serangan balas yang mampu merancakkan degupan jantung penyokong setia skuad negara.
Sepanjang 45 separuh masa pertama serangan bertali arus cuba dilakukan bagi memperolehi gol awal tetapi sebaliknya berlaku apabila beberapa percubaan merbahaya singgah di kubu pertahanan negara sehinggakan penjaga gol Kahairul Fahmi Che Mat terpaksa melakukan aksi-aksi lebih dari biasa bagi memastikan Singapura tidak bergembira awal.
Separuh masa kedua Malaysia merancang strategi dengan lebih teratur dan akhirnya membuahkan hasil disaat kekeliruan dan situasi kelam kabut di kawasan pertahanan Singapura, Safee Sali yang menunggu di sebelah kanan mendapat hantaran jauh terus membuat tendangan kencang menewaskan Mohamad Izwan Mahbub untuk membolehkan skuad negara mendahului walaupun jaringan tersebut dibantah oleh pemain Singapura termasuk jurulatihnya Radojko Avramovic.
Tidak terus melatah dengan jaringan tersebut Singapura mengatur langkah mengambil kesempatan di sebalik semangat Malaysia mencari gol tambahan dengan mencuri peluang ketika kealpaan barisan pertahanan yang akhirnya memberikan mereka gol penyamaan pada minit ke-72 menerusi Shi Jiayi.
Keputusan seri itu sudah memadai buat Singapura untuk meneruskan kemaraan dengan agregat penuh 6-4.
Pujian harus diberikan kepada Khairul Fahmi kerana sebagai benteng terakhir negara dia telah melakukan tugas dengan secemerlang mungkin walaupun satu gol tetap melepasinya disebabkan sedikit kealpaan barisan pertahanan disamping permainan taktikal yang baik pihak lawan.
Walaupun Malaysia kalah semalam namun kesungguhan setiap pemain tanpa mengharapkan pemain luar memenangi hati setiap penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi. Sekiranya Singapura tidak mengamalkan polisi memberi kerakyatan kepada pemain luar sudah tentu Malaysia mampu melangkah lebih jauh lagi selepas ini. Tetapi dasar membuka pintu merencatkan hasrat skuad negara yang terpaksa berhadapan dengan pemain yang tidak setara dengan saiz tubuh badan pemain Asia Tenggara termasuk cara permainan yang berbeza walaupun itu bukanlah alasan sebenarnya.
Bukan itu sahaja, helahan demi helahan pemain Singapura untuk untuk mempercepatkan tiupan wisel penamat mengganggu tempo permainan Harimau Malaya yang terus ingin mencari gol.
Sebagai pengendali skuad Harimau Malaya pula, Datuk K. Rajagobal tahu setiap keputusan yang dibuatnya walaupun ramai yang membantah beberapa keputusannya kerana bagi mereka ada lagi pemain yang lebih layak beraksi berbanding beberapa pemain yang diturunkannya semalam.
Seperti biasa sebagai jurulatih dan ketua, dia secara profesional tetap mempertahankan anak buahnya kerana menurutnya hukuman tidak harus diletakkan dalam satu perlawanan semata-mata tetapi prestasi semasa harus diambil kira.
Sementelah matlamat utamanya adalah untuk mempersiap barisan pemain bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2015. Oleh itu menurut Rajagobal pemain-pemain harus diberi peluang agar mereka dapat mengambil pengajaran dan mempertingkatkan lagi prestasi menghadapi perlawanan-perlawanan mendatang.
Dalam wajah sedikit sugul semalam Rajagobal sempat menitipkan penghargaan yang tidak berbelah bagi kepada penyokong setia skuad negara yang sentiasa memberi sokongan walaupun ia berakhir dengan kegagalan.
Berbeza dulu dan kini, fenomena skuad Harimau Malaya menyebabkan bukan sahaja setiap sudut Stadium Bukit Jalil dilimpahi penyokong Malaysia berbanding setompok penyokong warna merah di sebelah tempat duduk kenamaan, malahan ada yang sanggup merayu diluar pagar untuk masuk oleh kerana tiket habis dijual.
Ia menandakan bola sepak Malaysia kini kembali menjadi sebutan rakyat Malaysia dengan beberapa pencapaian membanggakan sebelum ini.
Kini harapan tergalas ke bahu Ong Kim Swee untuk melayakkan skuadnya ke Olimpik London tahun depan.
Kepada skuad Datuk K.Rajagobal tahniah diucapkan walaupun gagal ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2014. Setidak-tidaknya anda telah menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi dengan tidak memberi kemenangan pihak lawan di laman sendiri.
Kepada penyokong setia skuad negara, terima kasih atas sokongan anda yang kembali menjadikan bola sepak negara kini sesuatu yang dibanggakan.

YEAH!! AUUUMMM!!

Surat Cinta untuk Harimau Malaya

Abang-abang, perwira-perwira Malaysia sekalian
Jangan bersedih atas kekalahan ini
Kalian telah berjuang sepenuh hati, jiwa dan raga
Kalian telah bermain cara seperti seorang anak jantan sejati sepatutnya bermain
Kalian tidak lagi bermain secara murahan seperti dahulu.

Kami penyokong yang setia
Kami tidak akan memandang rendah pada kalian
Kepercayaan dan keyakinan kami masih dan akan tetap bersama kalian
Memang kami sedih kita tidak mara
Namun itu tidak bermaksud kami sudah benci pada kalian.

Sebaliknya
Marilah bersama-sama ambil iktibar daripada perlawanan ini
Daripada kekalahan ini
FAM, para pemain, para penyokong
Mari renungkan hikmah di sebalik kejayaan perlawanan ini
Ya, perlawanan kali ini kita berjaya.


‘Singapura ganggu rentak kami’-Berita Harian
Oleh Hussain Said, Syed Riduan Ahmad dan Mohd Fitrie Muhamad

2011/07/29

Raja soal gelagat pemain lawan; Avramovic anggap mutu pengadilan teruk

“SAYA harap kami dapat balas keyakinan peminat dengan lebih baik lagi,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas Harimau Malaya tersingkir pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, malam tadi. 

“Kita harus menang perlawanan ini tetapi beberapa insiden kecederaan pemain Singapura, yang saya tidak pasti tulen atau tidak, mengganggu rentak permainan.
“Saya akui masalah bahagian pertahanan, terutama selepas kehilangan Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di pertengahan babak pertama, tetapi secara keseluruhan kita berjaya mengekang asakan Singapura.”

Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini (malam tadi),” katanya. 

Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic tidak faham keputusan pengadil. 

“Mutu pengadilan amat teruk,” kata Avramovic. “Saya tidak faham keputusan pengadil, saya nampak pengadil letak wisel di mulut tetapi tidak mendengar bunyi dan pemain saya berhenti bermain. 
<-- hek elen, ini je kau nk ckp? pffffft

“Tapi saya gembira Singapura layak ke pusingan ketiga. Malaysia juga hebat dengan sokongan lebih 85,000 penyokong. Ini baik untuk bola sepak.” <---memang ah ko gembira. Takkan ko sedih lak. Kitorang 85,000 orang ni nak buat petisyen. Petisyen supaya semua player lu main wayang. Ok kan?


Perjuangan berakhir-KOSMO

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
PERJUANGAN Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sudah berakhir. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan agregat 6-4.
Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (Sabtu lepas), Singapura menang 5-3.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disama- kan oleh pemain sayap kanan 'import' dari China, Shi Jiayi pada minit ke-71.
Beraksi di hadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunanlan dari dalam kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.
Singapura kemudian mula mendapat rentak tetapi dua percubaan menerusi penyerang 'import' dari China, Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 ber- jaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke-22, pemain pertaha- nan Malaysia, Aidil Zafuan Radzak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas.
Amirulhadi Zainal yang banyak menggerakkan bahagian sayap kanan Malaysia turut memperoleh peluang tetapi rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-26 tepat ke dakapan Izwan.
Khairul Fahmi terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan.
Namun kelekaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum dengan Singapura berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71 mene- rusi penyudah kemas Jiayi.
Usaha Malaysia yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Singapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan.
Lebih malang, penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.
Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.
Dalam berita pun lu kena nganjing. Mesti rasa seronok, kan?

Sesi Luahan Perasaan

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Ini merupakan 'laporan' tentang perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapor semalam, dari perspektif aku. Semalam juga merupakan kali pertama aku tengok bola sepak di stadium. Selama ni tengok melalui tivi je. Ini apa yang terbuku dalam hati aku je ok. Masing-masing kan punya pandangan yang tersendiri.

1) Aku memang kagum dengan peminat/penyokong bola sepak Malaysia. Sebabkan satu tujuan dan satu semangat, mereka semua boleh bersatu padu menyokong pasukan kita. Pasal yang gaduh-gaduh masa perlawanan antara negeri tu aku tak tahulah kan, aku buat reviu ni pasal semalam je. Sebab ini je yang aku tengok live. Yang lain tak pernah. Dari dalam LRT lagi, semua dah support each other. Semua dah membakar semangat satu sama lain. Pemandu LRT pun sangat sporting! Ada sekali dua dia kata "Tolong bagi laluan..Orang nak balik rumah.." Haha. Sebab terlampau ramai dalam LRT tu, kesian pada mereka yang baru balik dari kerja. Masa nyanyi lagu Negaraku, satu stadium bergema dengan suara-suara semangat kita. Aku kagum sangat! Bukan selalu dapat tengok kita semua nyanyi sama-sama lagu keramat tu. Semasa lagu Singapor, semua buat bising. Haha. Jahat sungguh.

2) Baru aku tahu, rupa-rupanya botol air, mercun, flare, tisu roll tu semua tanda SAYANG peminat kepada pemain bola sepak kita. Sayang sangat! Sebab masing-masing marah kepada pemain Singapor yang gedik nak mampos. Kalau gedik nak mampos, tak payah main bola, korang main wayang jelah woi. Satu scene yang bagi aku sweet sangat (aku tak tahu ni siar di tivi atau tak) ialah pemain pun tunjuk sayang kepada kita.
-Scene itu ialah:
Penyokong time tu dah meletus dah sebab geram dengan pemain Singapor yang sikit-sikit nak rebah. Depa suma dah duk baling segala benda yang boleh dibaling. Ada la dua bijik botol air ni yang terlepas hingga ke tepian padang. Ye, botol air itu tanda sayang. Pastu ada pulak pemain Singapor sorang ni duk ngadu kat ref pasal dua bijik botol air tu. Dia tunjuk2, rungut2 pasal botol air dua bijik tu. Amirul Hadi pun aku rasa dah menyampah dah dengan mamat sekor ni. So Amirul Hadi tolong buangkan botol air tu ke luar padang. Pastu dia suh budak Singapor tu senyap. Sweet kan? Saling berbalas sayang antara pemain dengan penyokong. Sayang sayang sayang sayang sayang.

3) Orang, biasanya kalau main sports mesti dalam keadaan yang sihat walafiat. Kalau dah tahu sakit, tak payah main. Tak payah buang masa nak bariiiing je. Asyik nak panggil medic je. Yang ref pulak layankan je perangai budak-budak diorang tu. Mat Yo tu sakit, takde pulak kitorang turunkan? Aidil jelah, itupun dia dah terima padah dah kan bila kaki dia sakit balik. Memang patut pun Safee gaduh dengan penjaga gol Singapor tu. *(Aku tak dapat bayangkan rupa Safee gaduh/marah. Sebab dalam iklan radio, beliau sangat.. err.. kaku.). Dan memang patut pun penjaga gol tu dapat kad. Melengahkan game. Sepatutnya dari awal lagi pemain-pemain Singapor ni kena kad. Ref lembab. Lakonan  yang memang terbaik! Pemain Malaysia yang jantan tulen ni, biarpun kena gasak berapa orang sekali gus, jatuh-jatuh, rileks je depa bangun dan kejar bola balik? Itu baru anak jantan!

4) Semenyampah-nyampah aku pada team Singapor pun, team kita tetap ada kelemahannya. Memang betul yang Safee komen sebelum ni, kena lebih banyak praktis tang komunikasi. Ada banyak peluang sebenarnya, ada ketika yang Safee tengah free, tapi bola tak di-pass kepada dia. Rugi! Selain daripada gaduh dengan penjaga gol, Safee pun ada gak marah team mates dia. Pasal membazir bola. Boleh tengok perbezaan komunikasi antara pemain Singapor dengan pemain kita. Beza. Tu pasal bola asyik nak saja ke kaki pemain tempatan dan import Singapor. Pemain kita memang 'suka' bagi bola kepada pihak lawan, ada yang tercepat dan terlambat passing bola. It's all about communication, people. Masa macam ni tak payah kita nak tunjuk hero, membantu satu sama lain tu lebih penting. Dan lagi satu, pemain kita semacam takut-takut gitew nak ke depan untuk rembat bola. Misalnya, bila bola tu di antara pemain Singapor A dan B, dan pemain kita berada di tengah-tengah itu, mereka macam takut nak rampas bola tu. Padahal kalau rampas, tak kena apa-apa pun. Kalau pemain Singapor nak buat acting lagi, tinggalkan aje.

5) Ref. Linesman. Ahhhhh lembab lembab! Bang, kalau nak judge satu game tu, make sure abang2 semua fit dan ingat rules ye. Time budak Singapor rebah, cepat je ko tiup wisel. Time Kunanlan (Kunanlan! I get to see him live! Yeah!) & Apek rebah, kau tak pulak tiup wisel cepat-cepat! Bila mereka dah terjerit-jerit baru mahu tengok. Tak guna betul! Apsal Malaysia selalu dapat ref macamni pun aku tak tahulah. Tak boleh tengok orang maju ke?

6) Lagi sekali, aku kagum dengan penyokong bila mana Safee dapat curi satu gol. Macam secara tiba-tiba je semua bendera dikibar-kibar, semua sorak suka. Semangat!Tapi bila budak Singapor pulak dapat curi satu gol, semua senyap kejap. Ada satu aura sedih dan hampa kat stadium tu. Semua merelakan mata mereka tengok budak Singapor dan budak-budak Singapor yang duduk dalam satu kotak meraikan kejayaan mereka. Semua terpaku. Lepas seminit dua gtu baru semua nak sorak balik. Oh, oh, semasa ketandusan gol tu, semua dok pakat nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Memang berkesan! Berkesan pada perlawanan kali ni.

7) Ultras Malaya memang layan habess! Non-stop cheering for our team. Aku ada geram sikit kat penyokong yang duk belah nuuu, belah yang setentang dengan Ultras. Lepas 1-1, yang belah tu duk diam je. Padahal pertahanan team kita kat belah situ. Keep on supporting lah patutnya! Grrrr. Macam Ultras Malaya, sampai pemain semua dah keluar padang, sampai semua orang dah blah, mereka keep on going! Macam after party dah aku tengok! (Aku pun stay situ lama sikit, sebab tak pernah tengok kan secara live, so ini peluang untuk aku nikmati situasi sana habis-habisan!). Siap bawak tong drum yang besar tu, tak boleh tahan betul.

8) Memang botol, mercun, flare & tisu roll tu tanda sayang kita kepada pemain, tapi bagi aku, sesiapa yang sampai nak baling ke padang jelah patutnya baling. Bukannya aku menyokong perbuatan diorang tu, tapi time tu kita semua memang tengah geram, so aku rasa memang patutlah jugak ada benda-benda terbang. Tapi aku tak puas hati yang duduk kat atas. Kalau rasa baling botol air tu takkan sampai ke padang, tak payah la baling. Mercun pun sama, kau baling je jugak. Kesian kat orang kat bawah-bawah tu. Kalau dibuatnya ada yang mati terkejut? Siapa nak jawab?

9) Memang untuk perlawanan kali ni, semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung telah pun melakukan pengorbanan. Pengorbanan aku? Well, kad touch&go aku yang terkorban. Aku tak tahulah tercicir ke, tertinggal ke, ter-apa-apa ke, tapi bila aku sampai ke stesen Star Masjid Jamek tu baru aku perasan yang kad TnG aku dah tak ade. Aku pusing balik ikut jalan yang aku sampai ke stesen tu pun, 2 kali, tak jumpa jugak. Tak apalah. Terima kasih kat abang (ke adik, aku tak tahu. Sejak nak umur 21 ni, semua orang aku kena consider dulu nak panggil adik ke abang ke kakak) tiga orang yang belanja aku duit tiket LRT ke Bukit Jalil. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan panjang umur.

10) AKU CAKAP AKU KASI TIKET JE KAT KAU. AKU TAK CAKAP PUN AKU NAK TENGOK DENGAN KAU. ADA? TAK ADA KAN?? YANG KO IKUT AKU PAHAL? DAH LA KIRI KANAN TAK RETI NAK BEZAKAN. SIAP LA KO MASUK SEM MASA NAK BUAT KEJE NANTI. Padan muka aku tak layan. Lagi best layan strangers yang superb! Yang ni Cu Lensa a.k.a Keroro mesti paham ni. Hahahah. Sori Keroro, nanti aku bagi jersi tu kat kau ye! (=.=")

Sekian sahaja laporan dari saya.

ihsan Puan Sri Google
Amirul Hadi yang menunjukkan contoh pemain sayang penyokong.
(Kalau kau tak tahu mana satu Amirul, kau memang LOSER)

ihsan Tun Google
Inilah rupa kad aku yang syahid.

Thursday, 28 July 2011

Post yang ke-111

Aku akan turut serta menyokong Harimau Malaya malam ni. Di stadium.

Sekarang ni sedang praktis vokal. Siap-siaga untuk menyokong barisan pemain kita.

Come on Malaysia!! AUMM!!!

Lunch Hour

Nampak gayanya menu lunch aku yang paling best selama aku kerja ni adalah yang ditaja oleh Hawa.

Appetizer:
Kuih keria & karipap sardin.

Main course:
Nasi lemak lauk sambal paru.

Dessert:
Cempedak goreng (yang ni add-on). Baru angkat dari kuali weh masa aku beli tu!

Beverage:
Ayaq suam daghi ghumah.

Burppp~ Alhamdulillah~

Terima kasih Hawa!

Oh, lokasi 'restoran' ni:
Rahsia. Kalau aku bagitahu, mesti nanti korang fikir aku ni pelik. Aku tak pelik, bukan aku yang pelik.
Minah sorang ni yang pelik.(she said so herself)

:)

ihsan Tan Sri Google
*Susah betul blogger takde kamera ni. Tak boleh nak tunjuk korang gambar bendanya yang real.

Eh eh!! Aku rasa, ini post pertama aku pasal makanan kan?? Kan??? Wahh ada makna jugak la aku letak url blog ni laukcampur! Akhirnya!!!Wahahahahahaha!!
(Kegirangan sambil gelak tanpa batas)


M.I.Z.A.H! Hoyeah!!



P/S: Ada sesiapa nak taja aku kamera sebiji???? Heeee
(buat muka comel mintak kamera)


Pseudodoxia Epidemica

Antara karya dan terbitan Selut Press sebelum ini :

1 . Kasut Biru Rubina
2 . 2 lauk
3 . Anarki Di Kuala Lumpur
4 . Akulah Perempuan Muda Itu
5 . Tengerin dan Nikotin
6 . Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca
7 . 28 Hari Jurnal Rock And Roll
8 . Nyaman Si Puding Roti
9 . Kuala Lumpur Aku Ok
10 . Burgermpark
11 . Kau
12 . Pasca Manusia (Zine)
13 . Ajen Perisikan Cinta (Zine)


Ada 4 lagi yang belum dimiliki...

Setahu aku, pasca manusia tu kat belakang dia tertulis Oxygen Press. Tapi semasa di Urbanscapes, cuma ada ini, sepatutnya ada tiga bijik buku yang sejenis macam ni. Bila aku tanya seorang mamat di booth itu berkenaan dengan hal ini, mamat tu kata "dah bercerai" dengan mimik muka yang seolah-olah dia yang bercerai. Aku pun angguk je.

Rupa-rupanya... mamat tu ialah Aloy Paradoks. Hari ni baru aku tahu muka dia macamana sebenarnya. Haha. Sebab terasa macam nak google nama dia. Haha. Okay, maksudnya aku jumpa towkey la semasa pesta mudamudi hari tuh. Huahuahua. Entah-entah mamat yang chinese look tu pun penulis jugak. Dan kakak yang vogue tu pun sama. Dan... dan..

Lagi sekali, kalaulah ada penulis lagi di booth FIXI tu tapi aku tak tegur secara riang sebagaimana aku tegur budak Hadi tu dan Taiko Amir Muhammad, takpun aku tenung dari jauh macam Fared Ayam, maaf maaf maaf sebab tak cam. Ala, korang pun mesti dah biasa kan?? Orang tak kenal korang? Huhu. Like I said before, keep on writing supergood stories, guys! Ada ramai pakwe dan makwe di luar ni yang minat buku korang.. Jangan risau lah!

:))) Ngee

P/S: Aku dapat nama tajuk post ni kat sini. Sebab aku google pasal maksud paradoks.

Wednesday, 27 July 2011

Lalu Semak Lalang Samun

Kalau bawa kereta sambil beli makanan, dipanggil Pandu Lalu.

Kalau lalu lalang depan aku banyak kali? Jalan Lalu? Tak boleh.. sebab dia lalu lalang depan aku banyak kali!

Maka...Lalu Lalang jelah kan? Tapi dia manusia, bukan lalang!
Eh..? Oh, itu kan kata ganda berima, okay, okay... :)

Lagi satu kata ganda berima aku nak guna dalam post kali ni.. Gundah gelana.

Baik. Sekarang mari kita bina ayat menggunakan dua perkataan ini. 

Gundah-gelana saya dibuatnya apabila dia selalu sahaja dengan sengaja lalu-lalang di hadapan saya selama saya berada di situ.

Sekian, terima kasih cikgu! 
Haha.


Cikgu sudah keluar kelas!
Yay!
Mari kita sambung ayat itu!

Gundah-gelana saya dibuatnya apabila dia selalu sahaja dengan sengaja lalu-lalang di hadapan saya selama saya berada di situ. Alamak, saya ini pandai-pandai sahaja mengatakan yang dia sengaja lalu-lalang di hadapan saya. Memanglah dia perlu lalu-lalang di hadapan saya, tempat duduk saya yang paling hadapan, berdekatan dengan pintu! Saya yang perasan mahu ada perasaan gundah-gelana di dalam hati. 

Ye, betul itu. Padahal semua orang pun harus menggunakan laluan di hadapan tempat duduk saya ini. 

Ciss, kisah ini tentang Mizah yang perasan rupanya. Buang masa sahaja kamu membacanya.

Maafkan saya! Nampak gayanya ini merupakan 'Nak Post Gedik Jugak!' versi 2.0. 

Akan adakah versi 3.0??

Alamak, banyaknya versi induk! Versi naik taraf tiada? Hmmmm...

Lalang yang samun. (Semak-samun)
Eh, kejap. 
Kalau ini namanya lalang yang samun,
bersamaan... dengan...
Lalu yang semak?

Haha.

*TEEHEE*
:D

Tips to handle unknown sms-er or caller.

Mesti semua pernah kan ada tibe2 je dpt msj dr unknown person..

'Salam.. boleh berkenalan???'

ihsan Datin Google

So kalau kau lelaki kau akan fikir itu perempuan dan mulalah kau tersengih panjang memikirkan sape la minah yg interested nak kenal dgn kau. Nak nak pulak kau tengah single ni. Hayy mari mengusha la.

So kalau kau perempuan pulak kau akan fikir itu lelaki dan mulalah kau tersengih panjang dan memikirkan sape la mamat yg interested nak kenal dgn kau. Nak nak pulak kau tengah single ni. Hayy mari menjual mahal la.

Tapi, korang mesti ada rasa curious dan furious jugak la kan. Yela. Nombor ntah mana2, msj kau mintak berkenalan. Dah la kau ni jenis stok yang suke wakenabeb-kan kawan-kawan kau. Kau ni jenis suke mengusik. Haish. Adakah ini salah satu prank utk mengenakan aku balik??

Perasaan ini bagus ye rakan2. Perasaan cuak dan rasa ingin tahu yg amat sangat. Sebenarnya. dalam situasi sebegini rupe, tak kesahla kau ni lelaki or perempuan, perkara2 yg tersebut adalah selayak-layaknya dijauhi:

1) Terus bagi details pasal diri kau. Nak nak pulak status kau sbb ini biasanya dijadikan bahan mari gelak ramai2. Lagipun kalau org tu adalah ah long ke, kaki pukul ke, gangster yg tersalah nombor ke, mau nye dia pedajal kau nnt. Jd jgn.

2) Gedik2 terus nak perasan kau akan ketemu cinta sejati. Oi kalau kau macam ni, mmg sah la jadi bahan gelak. Lagipun, kita kene igt ye kawan2, menurut Sufian Abas, perasan itu adalah sifat yang keji. Paham? Tolong pegang prinsip tu kuat2.

3) Layan mengikut perasaan yg tgh menggatal tu. Kalau la dibuatnye itu mak kau yg baru beli nombor baru saja2 nak testing anak dia.. Mampus la kau. Aduih.

4) Call terus nk kenal!! Oh no ini sangat sangat jangan!! Kalau kau call nak sergah takpe jugak, tapi kalau call nak mengorat, baik jangan. Weyy mmg hotstuff kat kelas la nnt kalo ko buat gini.


Tapi, seelok-eloknya kau buat begini:

1) Mula-mula tanya elok-elok n molek-molek: "Ni siapa? Dr mana? Dpt num dr mana? Macamana boleh knal sy? Kita pnah satu skola ke?" Supaya dia jwb n so bolelah kau buat list of suspect.

2) Bila dah agak-agak 2 ke 3 msj tu, kau sergah je terus. Kau tulis "Woi.. ni sapa nih?? Member2 ke? Bala la korg bwat mmber gini kan.. Aku sekeh ko laju2 kang.. Wah2.. Igt kdit aku free ke nak main2 gni???".

3) Tp bila dia kata bukan, sy mmg ikhlas nak kenal awak. Kau provok lagi supaya dia bagitahu jgak pasal ko. Kau ckp "Oh yeke.. Sorry la. Tp sriusly, kalo nak kenal, takkan tahu psl sy je? Sy nak tahu jgak pasal awak??"

4) Kau tanya member-member kau pasal num tu. Mana tahu ntah2 rumet ko sendri yg nakal g kasi num ko utk dimain2kan.

5) Kau tny la. Ada fb ke ym ke fs ke myspace ke tagged ke hi5 ke segala jenis laman web sosial yg ada kat dunia ni la. Ko tny. Kalo ko dpt email sahaja pun dah cukup bagus.

And lastly...

Bila dia bagi email kat ko, ko g cari kat fb ke mana2 akaun yg ko ada dan walla! Percayalah ckp aku, ko akan jumpa siapakah dia. Haha kantoi bodo.

Tp yg paling2 aku nak igtkan balik is tolongla jgn prasan. Igt tak td Sufian Abas kata apa...??

"Perasan ialah satu sifat yg keji"

Bagus. Sila igt sampai mati apa yg Sufian Abas ckp ni. Sbb. Kau tak tahu siapakah yg berada di opposite side yg sdg kacau kau tu. Okayla kadang2 kita dgr ada org sampai kahwin sbb hny satu missed call or random sms. Kalau kau nak go for it, silakan, aku tak halang.

ihsan Dato' Google

Tp kalau lepas tu kau dapat tahu itu rakan2 kau yg nakal sdg kenakan kau, aku dah cakap awal2 haaa.... Jgn Perasan.

Sbb, tak kisah la lelaki ke perempuan ke, kita ni sama je. Lelaki, korg igt org pompuan tak jahat ke kalau korg main kacau2? Eyy, perempuan bole jadi lagi antu tau tak. Kitorg bole dduk 2 3 4 org and then bagi idea nak tipu apa nak tipu apa. Lagilah kau.

Yg lelaki pulak, ktorg mmg dah sedia maklum yg korg ni antu. Kumpul 2 3 4 org satu geng pastu round2 num sapa yg ko nak kenakan then gune num mmbe korg, ngayat macam2.

Heleh. Dah biasa dah.

Bole bayangkan tak aku dpt call pkul 3-4 pagi masa matrik dulu:
"Nyonya.. tadi ada order tong gas kan???"- dgn accent cina yg tak berapa jadi.

Ish. Kacau aku nak stadi je. Dahla nak final exam.

"Takde2. Salah num ni"
"Ooo.. salah num ea. Takpe2 kita boley kenal"
"Ey. Gi mampos la dgn tong gas kau. Aku nak stadi ni"
-Letak tepon-

Eyy dia call lg.
"Waa.. manyak sombong la ini nyonya"

Aku pasang loudspeaker pastu letak hp kat tepi. Aku baca buku.

Hahah. Sampai la dorg off sendri.

It repeats. Dorg tepon, aku ltk tepi, off.

Last2 dorg yg ngaku. "Wey.. Ni Abu (bukan nama sebenar) la.. dgn Abdul (bukan nama sebenar).. Ko jgn marah lak ek. Kitorg kan klasmate kau yg baik hati. Saje2 nak tau ko tgh watpe."

"Bodo. Dah pagi2 gni ofkos le baca buku. Takkan la goreng ayam lak. Korg tu pun. Gi la baca buku. Walaupun dah terer."

Hahah. That's it la. Hantu2 yg sengal dan agak menjengkelkan. Tp aku suke kawan dgn hantu2 gni. Dorg la penyeri kehidupan. HuaHua..

Aku pun antu gak.

Penah sekali rumet kat matrik kene call dgn mamat mana ntah. Nak kenal, cam bese.

Rumet : Wey.. nak ckp pe ni?? Dahla sore mamat ni seram je..
Aku: Tipu jela. Nama ko Jenab. Ko x stady. Dah ada laki. Beranak 1. Laki ko takde sbb g laut.
Rumet : -menurut perintah aku-
Rumet : Dia x caya. Dia nak ckp ngan laki aku.
Aku: Kan td ko dah kate laki kau ke laut? Dia TLDM...
Rumet : Wah, dia nak nama kapal lak.
Aku: Ah ko tipu jelah Mahsuri.
Rumet : Weh dia dah piss off.
Aku: Baguslah. Ko kata la ko nak pi bagi anak ko makan lak. Pastu letak.

Haaaa ko. Lagi hantu dibuatnya.

Haha... Takpun buat je gini.

So, guys and girls out there, kalau ada unknown caller or messager, up to you all la nak layan with the believe that ia cinta sejati korg or ko nak believe that itu rakan2 hantu kau. Haha.

Renung2kan dan selamat beramal!!!

A Day in a Life of a Colour Blind

It has been some while since I last posted in English. Fully. Mostly I wrote in rojak. Pffft. As if rojak is now an official language. So okay, I'll make this one in English. Fully.

SO! I went to PD (Port Dickson, mind you) for Bengkel Transisi Menuju Kecemerlangan Persatuan/Kelab Pelajar last weekend. In short, it is some sort of like a recruitment camp for Faculty of Science. Looking out for students for them to recruit as a kick-start to plan activities for this next two semester. Yeah, so I was one of the lucky ones. Lucky, in terms of lucky... Lucky... lucky.. Yucky.. 

Whatever, I took it as a challenge and as a compliment. I looked at it as a token that the faculty DOES recognize me as one of its precious students. Literally. Haha. 

Well, as usual, I am always being me in any camps. This one is not an exception. I really enjoy living up to my name! Hamizah is a really strong name. You really need to have character in order to make this Hamizah personality work out. So I was really enjoying myself, I mean like, camp in PD man! During the kayaking activity, it was heaven of a fun! Before this I usually kayak in lakes, you know, there's not much challenge in there, it's just a suitable place for you to sprint. But to kayak in the sea! Woah! It was seriously thrilling and fun! What, with all the waves and the sun. Oh I wish to do that again someday some-sea. Hehe.

Despite me being all darker (the face only, pfft, effect of having too much time out in the sea), and despite the truth that we were a little bit 'tricked' and 'trapped' into the Bengkel, I would like to share a story about a guy I befriend with in this camp. Let's call him Fadzil. 

Well, Fadzil seems to be like your average guy, the nerd of the Math Department (he's in Al-Biruni, so he must be genius!), and the type who always stuck their nose in front of their calculator. Not much of a talker, likes to eat greens and not that lively, like me. Geddit?

So the ice-breaking session went well. Everyone knows everyone on the surface. It was on the second evening that we did a light activity of simple games (turns out to be heavy with laughter!), that we really know how each other is when they are all agitated. Well, I am to be found guilty here, as I was the one who came up with those cracked-up games. Oh, well. I like to see people enjoying themselves. :)

It was that evening that Fadzil made a statement that he was colour blind. At first he said in one blow of a short breath, so not everyone catched what he said. Those who sit next to him could hear it, and that was me. So at dinner, I asked him about his 'specialty'. Then only everyone joined the conversation and we all know now the fact that he is really indeed colour blind.

Being fascinated to know someone who is colour blind (its so fascinating as if we found a landmine!), we asked him a little bit too much silly questions. 
"What is the colour of my watch?"
"What is the colour of her shirt?"
"What is the colour of that ulam?"
"What is the colour of my tudung?"
"So you can't drive?"
"How do you know you are colour-blind?"
And many more..



But it was good to see that he didn't get bored with our boring questions. He answered all of our questions, relentlessly. I guess, he must really get used to it. You know, like every time a new friend knows something wonderful/weird/out of the ordinary about you, they tend to ask you continuous questions about this something, from A to Z. So I was quite taken aback at how he answered them coolly.

Why was I taken aback? Because, there are some people who count themselves as unfortunates, even if only because they are colour blind. Sometimes, they snap back to people who ask them questions. Yeah, I know it was the puzzled people to be blamed too, because they asked too much question. But then, it's like giving lost people some direction. People asked things because they are interested to know it better. So that they may understand better. Unfortunately, some of the people who becomes the subject may not like it because of their mentality that the questions are as like to jeer them. 

This Fadzil guy, however, is being really positive over it. Even if we asked him at odd times, he would still answer it. For instance, on the way back from PD to UPM, I asked him in the bus what was the colour of my cardigan and scarf. He answered that my cardigan was grey (which is true) and my scarf was green (which is actually orange). 

This encounter with Fadzil made me more sensitive towards the people around me. Not everyone is the same as we thought they would be. As I got back home, I searched about colourblindness on the net. There are some facts that I got:

1)
Colorblindness is almost always a hereditary condition. Red-green colorblindness is a recessive condition passed on the X chromosome. Only one healthy color vision gene is necessary to provide color vision. Since boys have only one X chromosome, it is much easier for them to be colorblind. If their mothers are carriers (having one normal X chromosome and one colorblind X chromosome), the sons have a 50% chance of having the condition. Red-green colorblindness occurs in about 8 per cent of American males. These men cannot pass the condition on to their sons (since they give their sons a Y, not an X, chromosome), but they will pass the gene to their daughters.

2)
All girls whose fathers are colorblind will at least carry the gene for colorblindness. In order for a girl to actually be red-green colorblind, she must have a mother who is a carrier or colorblind AND a father who is colorblind. This happens in only about 0.64 percent of American girls (although these numbers vary considerably in other population groups).

3)
We humans are all born colorblind! The cones don't begin functioning until a baby is about 4 months old. At that time the baby undergoes a gradual transformation that is as remarkable as the scene in the Wizard of Oz when Dorothy leaves the black-and-white world of Kansas for the brilliant colors of Oz. About one out of 40,000 babies never develops cones, seeing only in black-and-white throughout life. This is called achromatopsia, or rod-monochromatic colorblindness.

Then I realized that what about when they surf the net? Could they see like the normal could see? I found this website, it's quite useful for web developers, I think. And for us bloggers to decorate our blog too.


Can you see this?

P/S: I am positive that he sees my blog background as orange!
P/S: His Facebook is Yellow! Cool! (Well, he saw it as yellow. But still, that's COOL!!) Kita semua punya Facebook biruuuuuuu je. Bosan.

(Huh! In the end I put a Bahasa Malaysia sentence. Fully English, fail! Rojak juge... =.=" )

Cweet Cangat!

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Abdul Dubook! Aku, eh, saya, eh, ikut cara Luca lah. Gua pinjam gambar ni sat. Tapi aku gua nak promote pun, so okaylah, kan?

Ini adalah sebuah buku.

Ya, pada Urbanscapes yang lepas (yup, aku pergi urbanscapes, tapi takmau update pasal tu, sebab bagi aku Urbanscapes tiada apa-apa yang menarik pun. Liyana Fizi yang menarik, mungkin. Tapi aku tak berapa berkenanlah dengan urbanscapes ni)...aku kat mana tadi? 

Oh. Ya, pada Urbanscapes yang lepas (yup, aku pergi urbanscapes, tapi takmau update pasal tu, sebab bagi aku Urbanscapes tiada apa-apa yang menarik pun. Liyana Fizi yang menarik, mungkin. Tapi aku tak berapa berkenanlah dengan urbanscapes ni) aku telah memborong sebanyak tujuh buah buku alternatif/zine (some like to call them buku indie, whichever fits in your mind lah). Dan maka dengan itu fulus aku juga telah dilaburkan sebanyak tiga digit. Tapi berbaloi aku rasa. Sebab aku telah melabur untuk memajukan industri buku-buku kreatif zaman kini (ecewah), dan aku telah menyokong buatan tempatan. Berbanding kalau dulu aku suka beli novel-novel luar negara yang harganya 3kali ganda daripada buku-buku yang aku beli ni. 

So dalam tujuh bijik buku yang aku beli tu, buku ini adalah salah satu daripadanya.Catatan Nizam Sani tajuknya. Dan, yup, memang ini buku untuk orang yang malas membaca. Betul! Aku tak tipu! Isi dalamnya cukup ringkas. Tapi padat. Dan kau akan dapat poin yang si Nizam ni nak cerita, secara langsung, straight-forward. Takde nak kena pusing-pusing otak kau fikir maksud ghaib cerita tu, macam kebanyakan cerita Sufian Abbas. (Haha. Sori Sufian, kau punya cerita tetap terbaboooo. Aku saja je selit nama kau.) 

Bagi aku, buku ni, buku yang kecil molek dan menghiburkan ni, sangat sweet. Cweet cangat bak kata lulufifi. Dan pada pendapat aku, setiap suami di dunia ini sepatutnya buat satu buku macam ini untuk isteri/isteri-isteri tercinta. Kecil nipis je takpe, janji ada buku tu untuk isteri kau. Aku tak tahulah si Nizam ni ada dedicate buku ni untuk isteri dia ke tak, tapi aku rasa, kalau isteri dia baca, mesti sengih lebar tujuh ela punyalah! Betul!

Jadi kepada para suami atau bakal suami, buatlah buku macamni untuk pasangan anda! Konfem bahagia tujuh keturunan punya! Aku tak tipoooooooo woooooo.

Oh, dan. Bagi aku, yang menarik di Urbanscapes hari tu ialah booth FIXI. Sebenarnya itulah niat asal aku pergi ke sana. Pastu dapat pulak bersua muka dengan Amir Muhammad, Hadi, dan Fared Ayam. Mungkin ada lagi penulis di situ yang aku tak cam mukanya. Tapi andainya ada penulis-penulis buku yang best gila nak mampos ini di booth itu juga, ya, anda memang terbaik! Keep on making supergood stories, guys!

Oh lagi! Credits to MatLuthfi90 yang memfofularkan quote Cweet Cangat. Aku pinjam jugak sat naaa.

Sekian. 

P/S (i) : Aku menanti sesiapa yang nak buat buku untuk aku. Haha!
P/S (ii) : Macamlah ade. Huh!
P/S (iii) : Berangan je. Buat buku untuk diri sendirilah nampak gayanya.. Hehe!
P/S (iv) : Oh, kalau korang nak beli buku yang aku reviu ni, boleh beli di sini,
P/S (v) : Nak beli buku-buku FIXI pulak, kat sini http://fixi.com.my/

:)))))))))))

Dialog

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia. 
Biarlah apa badai yang datang melanda Malaysia sekalipun, aku akan tetap tulis Salam Satu Malaysia ni. Sebab aku dah banyak kali baca Rukun Negara, dah banyak kali nyanyi lagu Negaraku. So, kiranya aku berjanji sumpah setia pada Malaysia kan? So aku takkan langgar apa yang aku dah janji dan hayati. Sekian, okay, sekian.

Tapi! Haaa. Dialog. Dialog ape? Okay, sekarang ni bebudak Uni tengah cuti sem. Kali ni cuti panjang woo. 3 bulan approximately. So, ramai la yang buat plan itu ini untuk fill up their time. Mostly resolve to kerja sambilan la. So bagi kami yang jenis resolve to duduk rumah sahaja tak buat apa2 ni, ni lah dialog yang biasa akan berlaku.

1)
Lawa: Siti, cuti ni kau buat ape je?
Siti: Filter angin kat rumah... Kau?
Lawa: Kira bulu kucing aku.

2)
Iwan: Apsal ko tak keje wey?
Noor: Aku dah cari, bukan tak cari.. tapi.. keja yang taknak kat aku..Kau? Apsal tak kerja?
Iwan: Err.. Mak aku tak kasi?
Noor: Puih!

3).....
...

Turns out to be, kerja hakiki kami jenis yang macam ni semasa cuti sem ialah mencipta alasan paling kreatif dan lawak tingtong sebab-sebab kenapa tidak bekerja.

XD.

Loves, yakni kawan-kawan dan para pensyarah. Aku rindu UPM! Haha. Pengakuan paling ikhlas aku pernah buat terhadap sesebuah institusi pengajian selama hayat aku.

Wargh wargh cepatlah masa berlalu, tolonglah. Kali ni masuk semester balik, aku takkan merungut lagi dah semasa test, semasa exam, semasa buat lab report yang sangat panjang berjela lagi leceh, semasa dapat result test yang naik turun, semasa dalam kelas menahan mengatuk akibat lecturer yang _______(sila isi tempat kosong ini dengan kreativiti anda sendiri, hehe!) , semasa terpaksa menunggu dengan lama sebab bas takde.

Juga semasa terpaksa bersengkang mata akibat buat assignment last minute, semasa terpaksa menahan amarah dalam diri tatkala geram dengan 'kawan sepejabat', semasa menahan echo di dalam telinga akibat daripada jamming sejam non-stop, semasa meredah hujan/terik menuju ke ITMA terchenta, semasa menunggu giliran untuk solat di waktu kemuncak (Zohor/Asar/Maghrib), semasa melopong di hadapan almari memikirkan baju apa yang nak dipakai, semasa menahan penat kaki sebab suka sangat merayau-rayau dalam kampus.

Lagi, semasa mengendong bag yang berat akibat terlalu banyak barang yang perlu di bawa, semasa menahan geram dek kerenah demo lab, semasa terpaksa menunggu dengan lama untuk start meeting (orang Malaysia kan, hhmmmph), semasa kemas-kemas bilik, semasa memilih menu apa untuk dimakan di kafe pada hari itu, semasa...semasa... banyak lagilah!

Ye, aku berjanji takkan merungut lagi dah. Dan kalian semua saksi terhadap perjanjian ini. Perjanjian antara Mizah dengan Mizah. Maka kepada rakan-rakan aku yang nampak aku ada merungut-rungut lagi masuk sem nanti, anda digalakkan untuk menasihatkan aku. Kalau aku tak mau dengar, kalian sekeh je kepala aku ni. Saya membenarkannya. Tapi tapi, itu kalau saya merungut secara berlebihan la, kalau sikit sikit je takpe. Hehe. Aku pun manusia jugak!

P/S: Akulah yang filter angin di rumah itu. Itu line aku. Hakcipta Mizah Adam yer. Kelakar kan?? Tak? Tak kelakar? Okay fine. Duduk rumah ni, kreativiti level aku dah kurang. Sekian.

Ni filter angin. 
Mizah Adam = Filter angin.
Maka, ini adalah potret aku.
Haha! :P

Tuesday, 26 July 2011

Malu

Assalamualaikum. Salam satu Malaysia.

Sains Instrumentasi.
Instrumentation Science.

Pelik sangat ke nama kos aku? Tak pernah dengar ke?

Ok, kalau kau budak aliran sastera, pertanian, ekonomi, pendidikan, ekologi, medic, pure science, dan sebagainya, aku maafkan. Tapi, kalau kau budak engineering or teknikal, dan tak pernah dengar atau tahu, aku rasa, ye, aku rasa kau yang pelik.

Bukan kos aku. Bukan.

Sebab, instrumentasi ni sangat closely related to engineering, especially electrical and electronics engineering. Kalau universiti lain, such as UTeM, kos ni dah dipanggil Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan. Tapi di UPM memang unik, kami di bawah Fakulti Sains, di bawah Jabatan Fizik. Tapi sama je apa yang kitorang belajar, takde banyak beza pun. Memang! Memang natang ni banyak pasal Fizik pun. Engineering pun banyak main Fizik. In fact, engineering tu sub kepada sains. So? Apedehal?

So, bukak minda, ubah mindset tu. Apsal nak buat muka pelik yang amat bila dengar Sains Instrumentasi tu? Sedap sangat eh? Bunyi megah sangat eh? Ke? Thank you very much kalau itu yang kau fikirkan, tapi kalau sebab tak tahu, rasa pelik, well, kau yang korok.

Apsal kalau sebut Electrical/Electronics Engineering (EE), semua pun akan "ooooohh.. kos tu..ye2", padahal kau tak tahu pun subjek-subjek dalam kos tu or its sillabus. Takat tahu nama je. Apsal? Sebab dah biasa dengar kan? So, biasa-biasakanlah telinga dan minda kau tu untuk dengar nama Sains Instrumentasi ni.

First, kau nak cari fresh graduate masuk company kau, tapi bila sebut nama kos ni kau tak pernah dengar. Pastu bila aku explain dah secara detail, kau still tak paham. Aku siap buat contoh pun kau macam paham-paham tak paham je. Pastu bila aku cakap "ala, ni lebih kurang electronics enginnering je ni", kau pun "ooooh, cakap la dari awal tadi..kan senang". Duh?? Dari contoh yang aku bagi tadi dah nampak dah ke-electronic-an-nya. (=.=)"

Secondly, aku mintak kau explain pasal jobs position yang ada dalam company kau. Kau pun cerita bukan main, semangat betul. Okay, aku dengar. Rilek je. Pastu bila aku tanya "dah tu kos macam saya ni letak mana? bahagian EE la kan?", kau pun kata "Emm tapi biasanya kitorang ambik budak engineering je". Duh! Okay yang ni aku tak rilek dah. Aku tengok kau dah macam kecikkkkk je pastu aku angkat kaki blah. Membazir air liur rupanya aku explain kat kau pasal kos aku tadi, tak paham2 jugak rupanya.

Sains Instrumentasi.
Instrumentation Science.

Aku bangga dengan kos aku. Aku tak malu bila nanti junior masuk, aku akan cakap "Hai semua, nama saya Siti Noor Hamizah Binti Adam, tahun ketiga dalam kos Sains Instrumentasi di Fakulti Sains."

Bunyi lain tu dari lain. Aku bangga. ^.^

Kau, kau dan kau, bukak minda. Jangan nak biasa sangat dengan kebiasaan.

P/S: Tajuk post ni Malu, sebab ia ditujukan kepada mereka yang duk interview tapi tak tahu nama kos yang wujud di muka bumi ni. Ye, korang patut malu. Aku tahulah kena explain tu maybe salah satu cara kau nak evaluate job seeker tu dari segi communication skills ke hape ke. Tapi dah kalau kau tak paham langsung, bebal namanya kau ni, bukan budak tu yang tak reti nak explain.

Peh. Panjangnya P/S.

Friday, 22 July 2011

Cerita Atuk

Tadi masa aku tengok bola sepak Malaysia lawan Chelsea, banyak "cerita atuk" yang berlegar-legar dalam otak aku ni. And I just need to get it out. Hehe.

Aku bayangkan pemain-pemain Malaysia ni 20-30 tahun akan datang, bila depa suma dah ada cucu.

Farizal Marlias cakap:
"Cu.. dulu atuk pernah tangkis bola Drogba!!"

Subramaniam cakap:
"Dulu, atuk pernah main tolak-tolak, main cak-cak dengan Torres!"

Thamil Arasu cakap:
"Atuk pernah nak gol-kan dulu oo lawan chelsea oo! Kencang tuu bola atuk! Serong siiikiiiit je"

Wan Zack cakap:
"Eleh, Anelka punya kaki pun sama laju macam atuk je jugak. Takdelah laju sangat.."

Amri Yahyah cakap:
"Atuk memang gatal dah kaki ni nak golkan, tahu tak?? Gataaaaal je kaki ni."

Norzamani cakap:
"Atuk dulu bagi high 5 dengan Terry!!"

Dan dan lepas dah habis tengok game tu, aku terpikir pulak masa depan linesman tu. Tak payah 20-30 tahun, keesokan hari je.

Bini linesman tu cakap:
"abang, mcmana sy nk g pasar beli ikan tu lagi bang?? semua org duk kutuk abang pasal tak reti jaga line. saya yg jadi mangsa tenungan maut diorg!"


-sekian-