Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 25 February 2011

Chillax laa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Bertemu lagi kita di hari ini pada hari yang lain dan masa yang lain. Harap2nya anda semua sihat sejahtera di samping orang yang tersayang. Cabaran Wawasan 2020 ke-7 : Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan saling menyayangi. (Amek ko penangan 1st test subjek 3P. Ingat sampai hari ni tuu. Haha)

Ape punya lamE lah intro. Merapu jer.

Ok. Ok.

Aku sbg seorang yang senior (padahal satu batch dgn target reader aku kali ni kan, pffft). Bukan2, maksud aku, aku sbg seorang yg dah pernah terlibat ngan kerja2 yg korang tgh buat tu dari 1st sem aku kat UPM (fullamak Uni Femes nii!!), ingin memberi sepatah dua kata semangat kepada anda semua.

Chill, n relax. Chillax la.

Sabar itu separuh daripada iman. Separuh ke sebahagian?? Pokok pangkalnya, sabar tu kena ada dalam diri. Bukan takat kena ada je, kena mantap sekali. Aku nk citer sikit pengalaman aku lah. Cer citer cer citer.

Masa aku join dgn kerja2 ni sume kan, mmg typical la kalu nk tacing2 n bengang2 n nangis2 nih. Tp tu sume la yang akan membuatkan korang lebih gagah dan tabah di masa hadapan! Lebih paham macamana nak handel orang yang pelbagai ragam, nak handel keje2 gni, nak handel masa yang sememangnya takkan terurus, nak2 pulak time2 test or exam..

Masa tu baru tahu mana kawan mana hampeh.. Kalau yang memahami dan membantu, itu satu rahmat Tuhan bagi kat kita. Aku dulu sampai gaduh tak bertegur sampai ke hari ni. Sebab aku tersangat bz dan dia tak paham. Sekarang aku tengok dia pun dah bz. Kalaulah sekarang ni aku buat peranagai mcam dia, baru dia tahu betapa tensionnya aku time dulu; nak setel kerja n setel dgn dia lagii. Haihh. Losing a friend is painful tahu. But, seperti yang aku cakap sebelum ni, apa dia?? Keep moving on! But if you end up on the old bittersweet road, its called destiny! 


Masa ni jugak la kita boleh test kemampuan diri kita. Baru kita tahu sebenarnya kerja apa yang kita minat. Bukan la kerja yang dapat gaji tu, maksud aku, kerja2 yang melibatkan kemahiran diri. Kira ni macam proses mengenali potensi diri la nih. Macam aku. Pusing2 buat kerja last2 aku nak buat kerja blakang2 tabir gak. Stay behind the scenes. The front scene is just not me. So not for me.

Masa ni jugak lah kau nak belajar bagaimana untuk mengurus stress dan bagaimana untuk mengekalkan senyuman di muka anda; biarpun plastik. Stress; mmg kau takleh lari daripada ni. Even kalau kau terlebih tidur pun kau stress. Betul tak? Apatah lagi tak cukup tidur. Stress, bagi aku pengubat dia kau kena fleksibel. Bukan takat badan fleksibel( eh, maksud aku sihat), tapi minda kau kena fleksibel jugak. Tahu macamana nak setel sesuatu benda tu dengan cara lain, bukan spt yg kita tahu tu je. Otak kena positif jugak. Jangan dok negatiff jer. Tu yang stress lebih2 tu. Banyak sangat prasangka buruk kat org. Orang lain tak macam kita, dan kita tak macam orang lain. Jadi gunakan ketaksamaan tu untuk kebaikan semua.

Emm. Tu jelah kot. Mmg bagi aku, masa buat kerja2 gni la kau boleh tahu apa yang kau tak tahu. Cuma cara nak tahu tu je perit sikit. Jadi kawan2 ku, chillax la. Bear in mind; apa2 pun yang terjadi hari ni, pada hari kejadian tu, mesti dia jadi jugak. Takkan tak jadi punya. Ok?

Yang aku perasan la, sem 4 ni merupakan sem aku yang paling rileks. Walaupun BANYAK GILA "KERJA2 AMAL" yang aku harus lakukan.. Tapi aku malas nak stress2. Jadi aku mengambil jalan mudah, iaitu untuk meletakkan memori2 pasal kerja ni di RAM paleotak aku. Takmo ah simpan kat ROM. Nnt tak muat nak letak semua. Hiks. (Betul ke aku pakai analogi RAM dgn ROM nih??)

Paham ke tak apa yang aku nk cakapkan niihh??

Bukan ape, aku risau tgk lepas sorang, sorang tensi2.

Chillax la frens!!

XD

pic credit to pakcik google yg byk membantu. haha

P/S: Kepada "kawan" aku tuh... Kalau kau nak ajak gi lepak2 kat lombong lagi takde hal.. The past does not necessarily have to connect with the future kan. Aku bet kau pun dah paham kenapa aku jadi mcm tu dulu. Kalau kau tak paham jugak, kau ni mmg angelic lah kot.

Tuesday, 22 February 2011

Padat! Sebu!

Assalamualaikum. Berikut merupakan beberapa event yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Dan sya terlibat dengan setiap satunya.

27 Feb: Dinner kolej 12. Tugas: Tukang ketuk drum.
7 Mac: Test JPJ woh!
12 Mac: Dinner fakulti sains. Tugas: TP2.
11-13 Mac: Trip to Langkawi utk subjek 3P.
3 April: Hari Warga Jabatan Fizik.

Disebabkan tarikh dinner fakulti dan trip ke Langkawi clash, maka saya hanya akan melaksanakan tugas saya sebelum 12 Mac utk dinner fakulti, tapi masa hari kejadian saya tak ada. Maka tak berpeluanglah saya utk makan satu meja dengan En Amri and the gang. Hehe. Takpe. Langkawi tu effect pointer, dinner tidak pun. Lalalalala~

Dalam masa kesibukan ni pun, saya masih lagi mampu untuk mencuri masa di sana sikit dan di sini sikit utk meluangkan masa supaya tidak terus merasa tertekan. Alhamdulillah. Jasamu dikenang ye! Emm dan juga saya sangat sayangkan kawan2 Synchro saya. Baiklah, bersatu  kita teguh, bercerai kita roboh. Kita dah cakap tu malam tadi, kan? Harap2nya persahabatan kita berkekalan sampai bila-bila tau.

Apasal aku cakap saya saya nii?? Tulah, kepala tingtong sangat dah! Nasib baik test sume ok2!

Alhamdulillah~

:))

Monday, 14 February 2011

sabo jele

mmg dah lama kan tak update. nanti bila ada masa n story yer. Hee~

To all my silent readers (chewah baru kenal sorg dua dah perasan), jangan hilang sabar ye. x semua bloggers boleh online tiap2 hari. Nak2 pulak yang student macam aku nih. Sabor jelah. Heee

Tekan sini untuk sabo jelah!

Oh ye! Aku ada anak murid baru. Yang ni aku rasa aku nak ajar dia sungguh2. Tgk gaya dah ada, bakat hmm kene testing lagi. Tapi berdasarkan minat, aku rasa dia cpt pickup. Macam aku zaman muda2 duluu! Haha.  Wahai anak muridku, cikgu berazam nak ajar kamu sampai kamu pandai main lagu MUSE! Or GREENDAY. Ada pahamm?? Bagos.. Semangat itulah yang kita mahu ye rakan2..

Oklah. Untill ade cerita baru. Oh ye! Perihal 2010!! Ala lupe lagik... Okay2,, next post pasal tu. Promise! :D

Dah tekan dah ape yang diSURUH tekan kat atas tadi??? Belom? Tekann!!

Tuesday, 8 February 2011

Short Entry Je

Perihal 2010!! Will have to wait. Ahah! Because I will have to open back my old planner to refresh this memory. Maklumlah, orang muda zaman sekarang kan... XD

Okay. For the short entry:

Yeaa this is where I grew up. Umm physically maybe. Mentally IDK. XD

Why pin yourself down when you have the world ahead of you; spreading there just waiting for you to explore it? Go go go!


Keep moving on! But if you end up on the old bittersweet road, its called destiny, love!


So don't hesitate it, don't delay your journey!


End of short entry.


P/S: Aku pun tak tahu apa yang aku merepek inih! Ko faham? Aku sendiri pun tak faham! -mij-gillion-