Tuesday 21 September 2010

Raya Two O Ten

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari-hari.

Selamat Hari Raya! Selama 2 minggu cuti mid-sem/raya ni, mmg x online. BEST! huh?? hahaha.. Betul pe. Cuba korg try test skali skala menghilangkan diri dari dunia maya ni. Best pe.

So. Dah kembali ke UPM. Sudah kembali ke L4 aras 5 yg SGT tak penat naik anak2 tangga, sudah kemas itu ini apa yang patut. Kini bilik saya sudah menjadi shiny and holy. Sape2 yang nak masuk ke dalam bilik ni kena mandi dulu okay. 6 kali bilas air biasa, 1kali air bercampur tanah. Paham. Kalau x, xbole masuk. Nanti dah tak holy la bilik I.

Jadi. Raya pertama di Balakong. Raya ke2,3,4,5 di Kluang. Raya ke6,7 di Balakong balik. Raya ke8,9 di Ipoh. Dan hari2 bulan Syawal yang seterusnya bakal diraikan di sekitar Selangor. Lagi detail: UPM, Balakong, Mines.

Maka. Bermakan sakanlah kami di pagi Raya. Bernangis tragiklah kami di pagi Raya (tolak empunya blog, gua macho beb). Bergambar sakanlah kami di pagi Raya. Tatkala jemaah solat jumaat sedang menjalankan tanggungjawab masing2 di masjid, kami yang perempuan ni bertido sakanlah hendaknya. Haha.

Hatta, aku pun memulakan la pekerjaan tetap aku tatkala raya. Peminta sedekah Pengumpul duit raya. Raya kali ni aku bekerja dengan lebih keras disebabkan duit dalam akaun yang hampir surut dek duit kerajaan yg x masuk2 lagi. Dari masuk sem baru ni duit kerajaan xmasuk2 lagi. Haiz. Di sana suruh tunggu. Di sini suruh tunggu. Maka aku tak menghabiskan masa menunggu, mari bekerja lebih masa agar masa depan terjamin hendaknya. Habis cuti mid-sem/raya, dapatlah aku wang ihsan duit raya yang mencukupi untuk beberapa minggu lagi. Sebulan setengah cukup kot? Kot. Entah.

Kat Kluang, macam biasa, sedara-mara belah Mak Tok giat menjalankan aktiviti ziarah-menziarah ni. Jadi kami yang muda belia tulang kuat makan pun banyak ni telah pun menyumbangkan sedikit sebanyak sumbangan dari segi pertolongan di dapur, menjaga cousin2 yang masih kecik dan NAKAL GILA (yang gila tu kami, setelah puas melayan mereka :P), menyorong Mak Tok ke depan ke bilik, melayan Tok Daim (oh ini sangat seronok. I mean, ikhlas ni cakap seronok. Bukan seronok 'seronok', tapi seronok SERONOK. PAHAM X??). Ye. Oh, ada sekali belah Tok Daim yang dtg, mmg x kenal sape2. Haha. Tok Daim pun bukannya ingat sangat. Nasib baik Abah, yakni bapa kepadaku dan bapa saudara kesayangan ramai kepada cousin2 ku ada. So dialah yang melayan.

Sekarang. Mari layan gambar2 sakan kami:

Tajuk: Raya d' Balakong. (glamour tak tajuk, mcm nama butik2 je hahaha)

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ PAPARAN SEBENAR.

Photobucket
The Adam's Family.

Cap ibu dan anak.

Gambar the whole set. With brother in law included, a formal one.
Gambar feveret. Muke saye mcm....aaa..katak. Heee :D
Sekian sahaja update untuk kali ini. Saya, Mizah Adam, mengucapkan, Selamat Kembali ke Kampus kepada semua pelajar!! Ngeh ngeh ngeh.

P/S:SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ PAPARAN SEBENAR. <-- paparan. heh. lama xgune perkataan tu.

P/S: Sesukahati menulis apa yang anda mahu, jadi, saya pun dengan sesukahati saya menulis apa yang saya mahu. Tapi saya hormat kepada bapa anda :)


Photobucket