Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 29 January 2010

Mari Berimaginasi

Anda mungkin perlukan full attention utk membayangkan situasi ini yea..

So, everyone ready?? Here goes:

Kau di kafe sesebuah kolej yang kerusi dan mejanya tidak diskrukan terus ke lantai. Kerusi plastik. Meja pula separa besi. Kau scan the whole kafe dan akhirnya... Kau memilih untuk duduk di tempat yang paling hujung, paling dekat dengan makcik goreng cucur udang yang extra besar. Kau order nasi goreng ikan masin + telur dadar. Fuhlamak mmg kau warga Malaysia sejati. Kau nikmati juadah di depan mata kau tu biarpun masih hangat. Kau mmg sukakan cabaran, walaupun sedang makan.

Sambil hidung kau menikmati bau cucur udang dan otak kau sedang pusing segala jenis minuman di dunia ini untuk kau order dan gigi kau sedang melumatkan nasi, datang seorang jejaka dgn konco2nya (seorang lelaki dan seorang perempuan). Kau perhati jejaka tu dengan penuh thrill dan excitement dalam badan kau. Seolah-olah kau sedang menaiki roller-coaster terhebat di dunia ataupun seperti kau sedang melakukan free-fall dari menara tertinggi di dunia.

Jejaka ini. Rambut tersisir dgn smartnya dan digayakan seperti bad boy yang ala-ala nakal manja. Pacak2 belaka. Kau agak, ketinggian rambutnya menyumbang kepada ketinggiannya juga. Dari perhatian kau, kau boleh agak bahawasanya dia menghabiskan masa selama 30 minit dan sebotol Gatsby Moving Rubber kaler biru.

Kemeja Radioactive, jeans Levi's (nampak mcm ori), wrist watch ODM, kasut Nike yg berharga RM4++, beg galas bercorak kool. Oh dalam kepala kau, kau sangat2 ingin memiliki jejaka itu... punya harta benda. Sebab selama ni kau jalan-jalan kat MidValley mmg kau jalan-jalan saja. Tak berduit nak beli semua yg mamat ni pakai.

Hati kau bergelora lagi. Oh aku lupa nak mention. Dia pakai spekmata hitam RayBan. Peh mmg stylo habis. Kalah jejaka2 pujaan hati kau yang muka mereka kau tampal dalam bilik. Tak kisahlah Christiano Ronaldo ke, Kaka ke, geng2 BigBang ke, Orlando Bloom ke, Jang Geun Seuk ke, team 1Malaysia Lotus F1 ke... Semua kalah. Sbb yg kau tampal dalam bilik tu kau tak jumpa lagi. Yang ini. Depan mata tu. Fullamak..

Kau perhatikan dia saja. Konco2nya langsung kau tak peduli. Seolah-olah ada spotlight yang menyoroti dia dgn setiap langkahnya.Bukan setakat spotlight, siap ada red karpet dgn petal2 bunga ros lagi. Aww kau ni mmg dah terpesona sgt dah dgn jejaka ni punya stail. Kau sangat asyik sampaikan kau tak sedar pun yang nasi kau tu dah hampir2 nak kena kongsi dengan lalat hitam mata oktagon2.

Spotlight terpadam and bagaikan ada que ghaib, mamat tu toleh and terus ke gerai2 yang ada utk beli makanan. Mata kau turuti dia tapi bila dia hilang dalam lautan manusia kelaparan, kau pun resume balik makan nasi goreng yang pada kau merupakan rezeki paling hebat di dunia seorang pelajar boleh afford.

Kau makan sampai habis nasi kau, then baru kau teringat yg bahawasanya kau tak beli air lagi! Kau segera suruh otak kau resume balik pusing2 nak order air ape. Sedang2 otak kau berpusing, mamat tadi datang balik ke tempatnya, dengan nasi goreng ayam masak merah + air merah (kau tak sure air merah tu sirap/sirap limau/tembikai/sarsi strawberry). Kau perhati je dia makan. Perhati dan perhati. Tekak kau minta air dan perut kau minta pelincir kau tak peduli. Mamat ni tgh makan is a must see, kata kau.

Sedang mamat ni makan, kau nampak mata dia terbeliak tiba-tiba. Nasi penuh dalam mulut terus dia telan tanpa kunyah terlebih dahulu. 'Oh shit', kata dia. Kau pun menyumpah dia dalam hati. Apadaaa, depan rezeki cakap taik, tak sopan langsung. Then mata kau pun turut melihat ke arah yg mamat ni pandang.

Makhluk Tuhan. Mata dua ekor satu kaki empat bulu kaler putih ada oren sikit2. Chomel ya amat pada pandangan kau. Tapi tak pada pandangan si jejaka stylo mylo ni. Makhluk Tuhan ni pun, tidak megetahui bahasa manusia, terus melompat ke meja bersebelahan dgn meja yg jejaka ni duduk.

Kepada horror kau (haha to your horror, direct translate), mamat ni boleh pulak terus bangun bila kucing tu melompat. Konconya yang dua org tu rilex je la pulak kunyah2 makanan. Dengan segala upaya dan tenaga yg dia peroleh drpd makan tak sempat habis tadi, dia cuba untuk menghalau kucing itu supaya blah jauh dari dia. 'Shuh! Shuh! Blahlaa, kucing kurap! Shuh!'. Dan tanpa disangka-sangka dan dgn ridiculusnya, dia nak titikkan air merah yg dah separuh diminum ke atas badan Makhluk Tuhan tu. As if Makhluk Tuhan itu akan blah serta merta kalau terkena setitik dua air merah tu.

Segala imginasi yang kau exaggerate tentang jejaka tadi telah terhapus serta-merta seolah-olah jejaka tu cakap shuh kat imaginasi kau. Yang ada dalam kepala kau sekarang ni adalh perasaan: geli hati, ingin menyumpah menyeranah dgn laju, geram, tapi paling ketara ialah geli hati laa. Cuma kau tak sampai hati je nak gelak kuat2 sbb perut kau masih belum letak pelincir dan tekak kau masih kering.

Kau pulak jadi watak utama sekarang. Kau bangun, berjalan ke arah Makhluk Tuhan itu dan angkat tangan kat jejaka tu. 'Rileksla brader. Kool kool.' Sambil tersengih besar sampai hampir menampakkan secebis cili kat celah gigi graham, kau angkat Makhluk Tuhan tu macam angkat teddy bear, kau letak kat tepi kafe (agak2 sebelah gerai makcik goreng cucur udang extra besar), dan kau jamu Makhluk Tuhan tu telur kuning yang kau tak makan tadi. Makhluk Tuhan, kalau dah lapar ia ngap je apa yg dihulur, kan?

Then kau pergi basuh tangan. Kau pusing, take a last look at the jejaka stylo mylo tapi penakut nak mampos kepada Makhluk Tuhan tak tahu ke kucing tu lagi takut kat kau dahla kau cakap BM dgn ia manalah ia nak paham ia cuma seekor kucing haa pegidah dengan jejaka jenis macam ni harap stylo je lebih tapi dasar penakut baik aku dressing simple mimple je tapi tak penakot huh rasa nak gelak sakan je depan jejaka tu kat situ jugak lantakla orang nak benci aku pun sbb aku gelakkan jejaka stylo mylo tapi takpelah tekak aku kering sangat dah ni jom beli air dulu balik bilik boleh gelak dgn member beramai2 lagi best.

Kau pun ke gerai air, beli teh O ais satu! bungkus! Dan blah dari kafe tu. Dgn harapan lepas ni kau boleh tgk style jejaka tu lagi dan dapat bagi makan kat Makhluk Tuhan tu lagi.

-TAMAT-


Dapatkah anda membayangkannya? Jika ya, maka imaginasi anda sangat bagus! Jika tidak, sama ada penyampaian saya tidak elok ataupun anda harus berusaha lagi untuk meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif.

Sekian.

P/S: Oh dah lama jugak tak makan nasi goreng ikan masin! Asyik nasi goreng kampunggggg je..

Tuesday, 19 January 2010

Me and blogging

There's something that you guys should know about my style of blogging... Because someone has started asking me why do I have less entries compared to those who are still new to this blogging activity...

Okay, well, I don't blog everyday like some serious blogger usually does. Because.. I'm not a serious blogger lah! This blog is just a place for me to write things up, seeing other people reactions towards what I write..

And usually I don't write about craps.. Craps for me is those little2 things that happen in your life..
Like having headache when waking up in the morning and then makan ubat sebotol blablabla.... No, I don't like to read those kind of stories, and so I won't let you guys read those kind of stories here.. If ada then please spank my head real hard.

Thus, I usually write about stuffs that are meaningful, gave quite a big effect in my life, my favourites (like my rubiks), my expressions towards people (with hope that they'll know, just like this one), and what I did in my life so that my friends can keep up with me.

So that's why la my blog entries are less than theirs.

Or its simply because I write when I feel like it. If I don't feel like writing, so I won't. Simple. So takdelah nnt kat blog byk membebel pasal boring2 bosan2 asyik2 bosan. Kalau bosan, go do something exciting, then benda yg exciting tu ko post kat blog. Okeh?

Oh2! Ni ada tips baik punya utk para blogger yg masih tak sedar pasal benda ni.

Before nak upload gamba, kecikkan la dulu size gamba tu.. Taklah aktiviti meng-upload ko jadi lembab and taklah nnt kat blog ko ada tersempal je gamba yg lg besar dr layout ko. And takdelah pengguna internet lembab mcm aku ni kena tggu like 6 jam baru boleh tgk gambar ko. Okay?

Bagus.

Lagi. I take seriously about people's comment, especially if its for their own good.. Like a friend of mine said she's going blind from reading my post on Synchro sbb panjang sgt and sbb I put in perenggan form. She said that I should do it in point form, like hers. I take a look at hers, and yeah, I'm not blind until today. Her blog was in point form but still people could understand the whole story. So yeah, it was pretty cool. I' trying my best to copy you, but I just couldnt, dunno why. I hope short paragraphs will do.. Sorry.

Next, I'm jealous of bloggers like wafupafu, because they have their own skill so that they can make their blog more interesting to read. Not just the present post, but all of their posts... Like I did. Wafupafu mmg sgt chomel, mmg rezeki dia ada skill yg begitu Tuhan bagi kat dia..

So, these are the things that you guys should know... Well, bagi mereka yg pernah wonder je la... Bagi mereka yg tak kesah langsung, takyah baca entri ni pon takpe, in fact, takyah baca blog ni pun takpe! heh...

All in all, it's still..

Blogging is subjective to everyone, so it's up to them how to manage their blog.. Like me.
So what do you care if total post aku sikit???

P/s: Ayat Afiq, It's still... aku pon tak paham.







Gurindam Moden, hahah gurindam ke pon?

Mahu dengar sebuah gurindam moden berkonsepkan cerita klise? Siapa mahu? Angkat tangan anda!!!

......... Alahai... Sorang dua je ke... takpelah....

Saya teruskan juga walaupun tak ramai yang angkat tangan sorang2 dpn skrin laptop kecik kesayangan korang tu...


-Gurindam Pak Cik Kayo Rayo-

Ada seorang pakcik
Sangat kaya raya
Rumah ada 4, bini ada 3
Sedang mencari calon
Untuk mengisi rumah ke-4

Sedang mencari-cari
Terjumpa seorang awek
Cun lagi bergaya
Pasti memukau mata yang melihat
Dengan bibir bak delima merkah
Sudah pasti pakcik kaya raya
Terpikat dengan awek ni

Asyik dilamun cinta
Pakcik kaya raya dan awek cun
Berkepit ke sana ke mari, 24/7
3 bini di rumah meradang dan gelisah
Tapi pakcik kaya raya hanyut dalam cinta

Awek cun lagi bergaya
Berkepit 24/7 dgn pakcik
Niat di hati hanya satu
Mahukan harta kaya raya
Kesian pakcik tak tahu
Ada udang di sebalik batu

Setelah selesai segala misi dan visi
Awek cun tak lagi berkepit dgn pakcik kaya raya
Habis dilarikan kesemua hartanya
Ditinggalkan pakcik tanpa sebarang goodbye
Kasihan pakcik terkapai2
Barulah nak teringat bini di rumah

Balik rumah 1, rumah dah kosong
Balik rumah 2, dapur gas saja yg tinggal
Balik rumah 3, pembantu rumah dah macam tuan rumah
Alahai apalah nasib pakcik kaya raya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Menyesal tak sudah, nasi dah pun jadi bubur

Pakcik kaya raya kini jadi pakcik kaya sahaja
Habis hartanya dilarikan awek cun tak guna (ceh.. dulu disayang2)
Yang dilabur pun dah dilarikan 3 bini
Maka mencarilah dia apa yang ada
Untuk mengumpul semula harta dan kekuatan diri
Jadi dijualnya 3 rumah yang ditinggalkan bininya
Beserta isi2 rumah itu sekali

Ada seorang pakcik
Sangat kaya dan tenang
Rumah ada 1, tinggal seorang diri
Sedang mencari calon
Untuk berkongsi rumah yang satu itu.

-Tamat-


Jeng3..... Apakah nasibnya seperti dulu?? Adakah dirinya betul2 sudah sedar??
Terereng....

Jadi. Tu jelah gurindam moden cerita klise nya... Takdelah serius sangat.. Kan saya dah kata ia hanya sekadar perahan yang ringan2....

Sekian, mantera mereng merapu makan kerapu dari saya..

P/S: Hidung tersumbat, efeknya otak pun tersumbat.
-Kredit kepada saudara Sufian Abas, kerana saya telah mencuri ayat beliau iaitu "bibir bak delima merkah"
-You guys should really read Sufiyan Abas's story, sgt absurd dan menggelikan hati serta paru2...




Monday, 18 January 2010

LaukCampur belum basi lagi...

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Selamat hari-hari. Salam 1Malaysia.

Ni lah perkara biasa yg terjadi bila dah masuk U balik.

Gerai LaukCampur ni ditinggalkan. Abandoned. Isolated.

Ish2. Kesian. So, bila dah boleh online dgn lajunya dan ilham serta semangat pon dah dtg utk ber-blog, maka marilah saya menumpahkan apa yg terselit kat kepala hotak ni.

First thing first, nak mintak maaf sbb tak sambung2 lg kisah Synchro 12 part seniors.. Sbb tgh nak kenal diorg dgn lebih lg b4 bole tulis ape2 psl diorg... Yelah, bdk baru, kalau tulis sebarang kang ada yg terasa plak.. Lgpun bkn sume senior aku kenal btol2.. Kalau tak tulis pasal yg kurg kenal kang terasa jugak la pulak.. Kita juniors kan kena jaga hati mereka.. Agar hidup di kampus tak diselubungi aura gelap pada masa hadapan.. HuaHuaHua..

Next, ada banyak hasil perahan jus otak..Yang mini2, yang ringan, yang tak sendat kepala korg bila nak baca n hadam. Gurindam klise ada, puisi tahun baharu ada... Tp takkan diupload skrg ek. Sbb entri ni ditulis di library, menggunakan komputer library, and semua hasil perahan tu ada dalam laptop sendiri lagi.... So.. Tgk lah pulak bila masa ada rezeki lg utk menikmati internet laju..

Then, skrg ni mmg bz sangat2, but at the same time enjoying life sbb, I'm busy doing things that I like.. That is music, making friends and getting good grades. Good grades mmg la sume org suke kan, tp kena lah berusaha utk dapatkannya. Takkan de good grades tu dtg bergolek je kat kita... Right?? Music, of kos la SYNCHRO 12 ku yg tersayang.. We're entering this one competition at UPM, organized by k15, called Fiesta Rentak Putra a.k.a 15 big jamm. 24 JANUARI ni weii!! Wah2 nervous sgt2.. Doakan kejayaan kami!! Yg tak pernah amek tahu psl Synchro pun, doakan juge.. muehehe. Making friends, well, semakin ramai org baharu yg dikenali yg statusnya akan diangkat dr 'strangers' ke 'kawan'.. Sbb join Festik la, koko la.. So network tu makin berkembang la..

So.. dalam masa yg singkat ni, (sbb kat library ada time limit)... Ni jelah yg mampu utuk aku ckp..

Jgn depressed lg lah if ada yg dah tertonggeng tunggu next entri... Jgn risau sbb Mizah Adam, walaupun beliau selalu stuck, beliau takkan meninggalkan gerai-blog LaukCampurnya ni... Okey everibadi??

Till then, jumpa lagi,,,,, jika umurku masih panjang.. InsyaALLAH..