Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Thursday, 11 June 2009

BookFest 09~ Lain dari yang lain

On 25th April, aku, Hawa, Abang, and Abah pegi Pesta Buku kat PWTC tuh. Well, cita2 aku utk memiliki kesemua 12 volume Hot Gimmick akhirnya menjadi kenyataan!! AHAHAHAHAHA!!! haha.. Mcm psiko lak. Aku tau Hot Gimmick tu komik lama, tapi, dah dulu aku tak berkesempatan nak memiliki semua komik tuh. Sekarang ni dorg buat offer, aku rembat jelah!! 12 komik tu for RM30!! 12 for RM30!! Gile ke kau nak lepaskan peluang macam tu?? YAHOO!! yeye.. Dah2. Aku cter dari start eh. Ktorg (mak aku tak ikut, tak larat jalan with all the crowd lg). Ktorg ke PWTC by LRT. aku tak tahulah ni kali keberapa bapak aku naik LRT, but dia buat LRT ni macam naik keretapi biasa je. Dia pegi keluarkan video cam dia tuh and then pegi rakam semua2 yang terjadi kat dalam LRT. Org masuk LRT lah, org keluar LRTlah, budak duduk dgn mak lah, budak2 skola baru balik tuisyen lah... Aku mmg ada angin sikitlah kalau bapak aku buat hal mcm tu. Yeah, org might fikir, ey, cool dude lah, nak shoot kitorg ke apa? bolelah ktorg flash senyum kitorg yg plg ikhlas. rite. Aku tak pikir mcm tu pun. Aku try to make a face yg mcm mengatakan aku tak kenal pun mamat ni.. Aku tau aku mcm jahat je, but, dah mmg aku tak suke, ok, tak suke. Bukannya semua benda yang org tua kita buat kita kena suka kan?? So, aku pun berdiri mcm kayu je kat tepi seat bapak aku and aku buat muka plg stone yg boleh aku buat. When dia focus kamera kat aku, aku trus je buat muka LAGI STONER GILE and then turn my face away pi tgk budak yg duduk dgn mak dia td tuh. huh. Aku mmg bet lah yang kalau abg and Hawa duduk dkt ktorg pun, dorg msti buat muka stone gak. Hah. Sori Bah.

ok ok.

So, kitorg sampai kat PWTC. Ktorg split sbb kitorg ada agenda masing2. Aku jalan dgn Hawa sbb agenda ktorg lebih kurang and kalau aku tak cukup duit, aku cekau je duit dia. Heheh. Dah, aku tolong jual topap takkan takde komisen kot?? Abg aku lak nak pi cari buku psl tenis and drawing2 nih, besides usha awek. Heh. Btol dia usha!! Masa aku terserempak dgn abg aku di celah2 khalayak ramai, dia dok jalan blakang 2 awek cun ni. Abg aku lak tersengih2 nmpk aku. AHAHA. Lawak btolla abg aku sorg tuh. So, aku n Hawa pun mulakan misi ktorg. The first popular person yg kitorg nampak is A.Samad Said. Dia dgn sape lagi tah tgh buat forum kat bwh tu. Ktorg tak tgk, ktorg nak cepat. Heheh. First booth, Alaf21. Akak aku nih g borong sumer novel yang ada nama Ramlee Awang Murshid kat kulit novel tuh. Dahla ada offer 3 novel for RM45, lagilah gile akak aku nih. Dan disebabkan aku lg tggi n slim SKIT je dr akak aku tuh, aku pun menawarkan diri utk bersesak bersama2 dgn minah kaki novel yang lain utk amek novel yg akak aku nak tuh. Seronok buat keje nih. Aku amek je sume novel and pass kat blakang, mesti ada org amek punya. Fuh. macam borong ape je. Ada sorg minah depan aku nih, siku aku terlanggar kepala dia. Kuat jugaklah. Tapi dia buat dono je. Bila aku usha, rupa2nya dia tgh baca sinopsis satu novel nih. PEH! Punyalah khusyuk, benjol baru nak jadi kat kepala pun dia tak sedar. Eheh. So aku blah jelah dari situ. Akak aku pulak bersesak kali ni nak byr sume2 novel tuh.

Dr Alaf21, ktorg trus berjalan dan kali ini utk mereleasasikan impian aku lak. Ktorg cr GempakStarz pny booth tp jumpa PayLessBooks pny dulu. So, kitorg pun singgah jap and usha buku kat situ. I spent my first ringgit there. Bought some books yang boleh tahan interesting jugaklah.....tajuknya. Heh. Sinopsis tak sempat baca. Then aku baru nak panjangkan kepala nak cari booth GempakStarz, rupa2nya sebelah2 je dgn PayLessBooks. So aku pun suro Hawa tggu kat situ and aku bersedia utk bersesak lagi sekali. PEH!! Mmg sesak gile la weh kat both yg nih. Dgn bdk2 skola pakai uniformnye lagi.. Time ni aku beli dua Zint pny komik yg the latest je. Sbb HotGimmick habis. Takpe2, aku dtg second time nnt. So, bile aku pi for the second time, yup, komik idaman aku tuh ada. Aku rembat jelah. Aku trus je pi kat ahmoi yang jaga booth tu and tny HotGimmick satu set ada tak?? 'Ah, ye, ada2'. Aku pun trus je ke depan sambil memotong line budak2 skola dlm uniform nih (cheh, padahal takde line pun. Masing2 merebut jeh). Bdk2 skola ni bkn ape,tapi lambat sgt. Kalau nak tu rembat jelah. Ni tak, nak amek tanak amek nak amek letak baliklah pulak i mean like KAMON LA BUDAK!! dah la org ramai ni. If nak bajet pun, duit kat wallet tak cukup nak beli sume komik kat situ, akak nasihatkan korg takyah belilah. Baik beli buku PMR ke SPM ke lagi best. (Heh, bahasakan diri akak, yelah, aku dah abes skola ape?? And btolla aku kate, baik beli buku nak ngadap peksa, aku dah abes skola aku tawulah ape yg ktorg sume senior2 mcm aku ni regret.. btl tak??)

YAHAHAHA>>>

Akhirnya kesemua volume HotGimmick jadi milik aku!! Aku igt nak beli Tshirt Kijiya ngan Under18 gak, tp aku tak nmpak pun?? Oh ye, ni cadangan aku buat pihak GempakStarz. Aku tau ni first time korg join Pesta Buku, so if korg sayangkan fans korg n tanak ada yg mati sbb stampede, ape kate next year korg sewa like, 7,8 tapak ke?? The bigger the better and percayelah, lagi ramai org bole dtg. Eh, eh? Okay, so beli komik yg 12 tu bknlah satu2nya misi aku dtg Pesta ni. Aku ada lagi satu misi. Nak jumpa Zint and bagitau kat dia betapa bestnya dia n komik2 dia sekali. heh. Tp bila kat booth tu, mmg x nmpaklah Zint, sbb org ramai, lg satu, booth tu kecik sgt. So, aku igt Zint ngan pekomik2 Gempak lain mmg takdelah kat bangunan PWTC nih. So aku ngan Hawa pun round2 la kat Pesta tu, beli lagi mana2 buku yang berkenan di hati sanubari ni. Sdg2 ktorg buhsan tu, ktorng ternampak la ada satu bilik konferens ni ada banner PEKOMIK and GEMPAKSTARZ kat luar dia. Pastu ada plak sorg minah ni datang n terus masuk je. So, kitorg tanyalah kat staff Gempak, rasanya, bole masok ke tak? Sbb pintu tutup je.. And akak tu kate boleh, dorg tutup pintu sbb kat luar bising. Oh ye, aku lupa nak bagitau, selain drpd crowd yang raamaaai giler kat situ, keadaan Pesta kali ni lebih kurang mcm pasar malam jgak. Sbb tiap2 booth ni, well, booth syrkt2 besar jelah, mcm karangkraf, PTS, siap promote pakai heller lg. Peh. Mmg bingit lar. So no wonder la dorg tutup pintu sbb Ujang lak tgh buat promo filem@drama (dah lupe) dia, Aku Budak Minang. So, dia mcm ada preview sket la cter tu. Bila aku ngan Hawa masuk, keadaan bilik tu like sunyi je. One, sbb org tgh fokus tgk preview tu (dorg fokus sbb ade audio problem, so suara cter tu mcm tak dgr sgtlah, bkn sbb Johnny Depp blakon ke ape) and dua, ramainya org kat dlm bilik tu sbb nak otograf Zuan, Zint (Yes, THE Zint), Kaoru and Keith. AHAHA!! AT last!! Jmpe gak aku dgn si Zint nih. Well, aku jd lah salah satu drpd dorg yang snggup bratur nak otograf ni (sbb dulu aku slalu pndg benda ni mcm ntah ape2 je. nak otograf pun kena bratur, huh). So, bile aku dah sampai dpn, aku konon nak jd baiklah en, aku nak kasilah dulu sape2 mintak sign Zint, tp takde. Tgn Zint plak tgh kosong. Aku pun hulur jelah komik Under18 dia yg aku br beli td tuh. Dia belek blkg, tp takde tmpt nak sign, so aku mintak je dia sign kat dpn tuh. I dont know why, but all the things that I've been planning to say to him didnt get out from my mouth nih. Firstly, perhaps I was shy because there were a lot of people behind me and so I dont want to sound poyo by saying all those 'motivating' things. So, yeah. Jadi mcm tu jelah. Aku bg komik, dia amek, dia sign, aku blah. Masa Zint bagi aku freebies pun, tgn aku terketar2..haha.. maybe sbb lapar kot. Echeh nak cover. Zint pun satu, bukan nak tanya name aku ape ke, suka komik saya ke, mmg baca sya pny komik ke, mmg suka say....eh.. Ahhh.. Yg penting dia tak kata ape2. Bkn supposely bila nak bg autograf tu kena tny name tuan pny buku dulu ke?? Hm... All these time I pictured Zint is like, you know, byk mulut and mmg suke lah nak jmpe fans dia semua nih. But, bila dah jmpe depan2, he seems to be like a pendiam yang keje dia mmg suke lukis komik and a bit like... nerd. Hah. Aku igt dia ni mcm karakter2 yang dia reka tuh.. Mcm Jerry ke, Nail ke, Kijiya ke.. Mcm AD pun jadilah. heh. Tp, that's just my first impression towards him la... Mane tau si Zint ni mmg btol2 byk mulut mcm karakter2 komik dia ke en?? Sape tau??Well.... org2 yang kenal dia jelah tau. heh. Org yang takde kena mengena dgn dia mcm aku ni mmg la tak tahu... Apedaa..

So. Disbbkan aku a bit kecewa selepas ape yang aku nak cakap kat dia tu tak jadi realiti,aku pun usha2 la komik alternatif yang ada kat situ. Yang menjaga tempat tu plak (dahla dua org ni duduk satu meja sederet dgn ZZKK tuh,) is Ming and Chin Yew. Jgn tny aku dorg ni sape, aku pun first time dgr name diorg n tgk muke diorg. Tp dorg ni okayla, friendly and MMG BANYAK MULUT BANYAK BUNYIK BANYAK SONGEH, duit je la kot yg dorg tak byk, haha. So dorg bukan main lagi lah promote dorg punya komik alternatif sendiri. Mula2 aku tertarik dgn satu ni, Bonebox tajuknye. Aku tnyla ni pasal ape. Chin Yew pi jwb, "Oh, ini komik mmg lain dari lain. Kalau u baca, hidup u akan berubah. Towards more positif la". haha. Cara dia ckp tu mmg lawak gilalah. Pastu satu2 komik kat situ dia pi terangkan. Yang Ming pulak promote dia punya 'Still Life". Chin Yew pny ada byk, "a Boy Who Loved the Sky" la, "I See Butterfly" la, "Love Letter" la... ape lg tah.. Pastu aku nak beli tiga je, Ming pny, Bonebox, and Chin Yew pny Love Letter. Mmg ktorg borak2la mcm tak ingat dunia. Aku lak dahlah jenis loyar buruk je bila dgn org2 gini, lg lah haruk kot. haha. So, bile aku dah beli komik2 dorg, dorg pun nak sign lah komik tu. Ming tny nama aku ape. Belum sempat aku nak jawab, lagu Minang nih tetibe lak berbunyik dgn kuatnya. Aku rasa yg tadi punya problem kot dah okay. MMG klaka latime nih... okay2 cuba korg imagine eh.. gini..

Ming: So, apa nama you?

Mizah: ..TENENENG TENENG TENENGGGG..... (muzik lagu Minang tu)

Ming & Chin Yew: AHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!(aku and hawa skali, kalau boleh, sampai nak terguling)

Then muzik tu stop,

Mizah: Nama I Mmmm....TENENENENGG.... OI2, AYAM DEN LAPEH..... JENGTENENENG..

Kitorg 4org: AHAHAHAHAHA!!!!Chin Yew: Wah!! Name you mmg ada ______ force lah!!(yg tmpat kosong tu sbb aku tak dgr dia ckp ape, tgh sibuk gelak)

Then Muzik tu stop lg.

Mizah: Nama I Mizah.

Just after aku sebot je Mizah tu, TETENENENENEGGG....... AYAM DEN LAPEH..... TENENENENNGGG....JENG5....

Lagi skali ktorg sume: KWAH4!! NAMA I MMG ADA AURA BAIK MAAA!!!AHAHAHAHA!!!

Dgn jari Ming n Chin Yew dua2 tuding kat aku... haiish...


Akak aku cakap, masa kitorg gelak tu, sume org kat dlm bilik tu pndg ktorg... tak2 bkn pndg annoying, pandang yg mcm kitorg ni mmg having fun and dorg nak join. Well, itu apa yang akak aku katelah, takkan dia nak kelentong sbb dia pun gelak sekali. Pastu, barulah ktorg tau yang si Chin Yew ni direct Geng Bas Skolah and Kapten Boleh.... Le.. Aku bkknya tgk sgt cter2 tu. Tapi at least aku taulah yg drebar bas tu is Buzen and Kapten Boleh tu Ako.

Aku and Hawa trus je, Knape Ako???
Aku, Hawa: Kenapa Ako??

Chin Yew: Kenapa?? You all tak suke eh?

Aku: Takdelah, tp Ako tu mcm a bit tua je utk cter kanak2.

Chin Yew: tp dia pandai berlakon tau. Mcm Ok lahh

Chin Yew lg: takpe2, I nnt nak buat Geng Bas Sekolah season baru. U ada idea ke sape boleh jadi driver bas? I nak tukar driverlah,, yang kelakar2 sikit...

Aku: Siapa?

Ming: Sape2 lg Raja Lawak pny??

Hawa: Nabil?

Ming: Tapi Nabil mahal woo..

Aku: Tulah, Nabil mahal..

Chin Yew: tau takpe.. org lain ada ke?

Hawa: alah.... yang geng Nabil jgak tu... sape ah name dia..

Aku: Zizan??

Ming: Zizan?? Chin Yew tulis je trus dalam buku kecik dia tuh..

Hawa: bukan2. yang Cham jgak tuh. Bukan Along..

Aku: Azrul??

Hawa: Ha..... Azrul.

Chin Yew: Sape?? Azrul??

Hawa: Ha'ah.. azrul.

Chin Yew trus je tulis, kenal tak kenal ke.. haha.

Aku: Tp... Azrul tu bukan like, yelah kaki pendek, sampai ke pedal...??Ming gelak. Geelak je keje mamat nih.

Chin Yew: Takpelah, janji kelakar.

So, Azrul, kalau mmg betol2 dpt job nih, mmg ada terhutang budi dgn kitorang lah kirenye en??

Kwang3.

Pas ktorang cakap babai and tanx, aku ngan Hawa pun blah. Mmg aku takkan lupa lah muka Ming dgn Chin Yew masa dorg gelakkan aku tuh.. Muke dorg mmg mcm hampeh...evil gilalah.... HAHAH!!! Well, korg pun, gud luck eh??

Pastu, aku, Hawa, Abah n Abang kumpul balik kat satu tmpat dalam PWTC nih pastu blah, angkat kaki gi makan kat KFC kat The Mall b4 balik... Well, spanjang kat Pesta Buku nih, aku ada terserempak dgn 2 org je bdk matrik aku gak. Sorg mamat Melayu, sorg lg lak Indian guy nih, Rishi. Aku tak tego kedua2nya sbb aku mmg xtego dorg masa matrik pun. Aku tau nama mamat tu Rishi sbb berape kerat sgtlah budak India kat Matrik tu, aku tau kot nama sorg2. Pastu mamat Melayu tu plak, aku recognise muke dia sbb aku mmg ada prasaan nak blasah dia sampai mati je masa kat matrik dulu. Kenapa aku nak blasah?? Sbb masa pertandingan nasyid, grup dia dah okay, solo, base, gendang ape sume dah okay; dia sorg je buat slack. Dia tuh tukang main tamborin dalam grup tuh, and hey, mmg sesape tgk pun rasa nak trajang sepak lempang dialah. Tak ikut tempo langsung!!! Aku tau benda tu not as easy as it seems to handle, but, kamonlah!! Budak tadika pun reti main benda tu waaay far better then kau kot???? Ha, tu jelah sbb aku nak blasah dia. Heheh. Bknnya dia like pernah tolak aku jatuh tangga sampai ibu jari kaki aku tak henti2 kluar darah ke ape ke....


So, that's all about Book Fest kali nih. Last year jmpe 6ixth Sense (time tu Adi cute lg, skarang tak tau kenapa tak cute dah), this year jmpe ZZKK and those two clowns Ming and Chin Yew plak. Tp every year msti ada satu benda ni yg sama; aku n akak aku mesti tgkap gmbr Ujang curi2 je. haha. Wlupun dah ada kat dpn mata. Dunno why it happens every year. So, okay. Tu jelah. End of entry for now. TATA!!

2:27 AM 4/28/2009

I'm Still Here!!

Hey!! I know, I know.. It's been looooong,, very3 long since I posted my last entry. and no,no,,,I'm not leaving this blog for dead. It's just been.. you know, a bit hectic (padahal takdelah hectic sgt mcm kena pindah rumah dr Selangor ke Sabah ke apapun). First, PSPM. Yup, PSPM got us all running busy, so all of us the Matric students really dedicate our time and life for this final PSPM... Hope that all of us pass with flying colours.. Then.. you know, farewell time. Yup, dahla kena ngadap PSPM, pastu kena kemas barang2 semua.. sebab nak kena tinggalkan asrama ASAP. heh. okay, tarak hal.. semua dah setel. And sekarang I'm home and I still cannot post an entry. Why?? Sbb, well, sbb dia senang je, sbb rumah aku takde Internet LAH!!! Ya, ya I know mcm lame gila en rumah takde Internet. Well, ada, but jaring. And its sooo slow. And we are using the prepaid plan, so, yeah. Takde sorang umat pun dalam rumah aku ni yang pegi topap Jaring nih. Sbb: Abg, akak and akak aku konfem2 gune Internet kat ofis diorg. Yeah, so like, being the youngest in this family and being the only one left in school.. Aku stuck lah kat rumah dgn takde Internetnya. Aku tetiba rindu plak kat kolej. haha. Sbb kalau on je laptop, konfem hijau je signal WiFi kat laptop nih. hehe. tetibe balik rumah kosong je walaupun bberapa kali dah refresh this bende alah (haha ni tindakan org tak boleh terima kebenaran yg bahawasanya xde WiFi kat umah nih). So.. that's it-lah kenapa aku tak update gile lama dah. Sorry guys.

7:13 PM 4/27/2009