Thursday, 29 December 2011

Stesen KTM Pasar Seni


At the sight of it, it got me thinking,
"Can't we be like that anymore?"
It gives me the goosebumps, yet it brings back the nostalgia.
Yeah, those good ol' days.

Days when I wore dresses with puffs on the shoulder,
If wearing pants then its a must to tuck in the shirt,
Brylcreem applied to hair, slick combed to the back.

Proud holding those two hands,
Like a statement saying,
"Hey I got them, aren't they cool?".

Dataran Merdeka was like a playground,
W123 was like a pony-ride,
Nightly strolls were like chorus.

Adventures after adventures,
Place after place,
I cried falling into thorns,only to stop when the cuts all covered with saliva.

Till I hit '99 that was like a reminder,
"Yo kid, this life ain't sweet like forever,
Sooner or later I can't even call you kid anymore.
Don't kid around so much or people are stuck calling you a kid".

Hey. I'm the youngest, remember?

This picture was taken by Abang if I'm not mistaken :)

Keep on smiling,
What we go through
One stop to the rhythm that divides you
*
The sky it was gold, it was rose
I was taking sips of it to my nose
And I wish I could get there someplace, back there
In the place we use to start our lives


Can't we be like that anymore?
Just like when this station was in the middle of everything, every occasion?
(hands up) I know, I know, I just saying...

Thursday, 20 January 2011

Eagle Nest

Assalamualaikum w.b.t

Salam Satu Malaysia!

Pada 7-10 Januari yang lepas, saya telah mengikuti satu kem yang dinamakan sebagai Kem Pemantapan Organisasi. Saya hadir ke kem tersebut sebagai wakil Kelab Fizik.

Okay now cut the formality. Haha.

So hari Jumaat (which is 7 Jan) tu until Sabtu kitorang duk dengar2 ceramah and have talks about the proper communication, potensi diri, pembahagian kewangan and so on so on. (Masa makan tengahari ada budak lelaki panggil su'un tu bihun. HA!)

I won't tell you what is the contents of the talks or ceramah, because you'll doze off in front of your monitor like I did in one of the talks. But I kept them wide open in all the rest, mind you.

What I am eager to tell about is the outdoor activities we did in Eagle Nest Eco Resort in Ulu Yam! We went there on Sunday, left the place at Monday evening. Oh the place is just so.... so.. the best!! It's kinda new, (they just opened like six months ago), they have very talented, sporting and professional trainers, and the food was just great!. We had to sleep in tents, and 12 people can fit in each tent. The tents are green, so they looked like giant caterpillars you know. Hehe.

Eagle Nest ni punyalah ulu tahu tak! Mmg dalam hutan betul! Uncle driver bus UPM tu pun cakap "Aiyyoo ini first time la saya pigi tempat ini dalam. Selama ni bawak bas mau mandi air terjun pun tarak ini dalam punya tempat". Haha. Sabar jelah uncle ye. So, bila dah sampai situ, kitorang teruja! Sebab ada sungai. Hoho maklumlah budak2 bandar, nampak sungai sekali sekala je, tu pon kalau ada orang nak bawak. Kan kan. Hoho.

Day 1: Hari pertama lagi dah mandi sungai! River trailing ke river walk ke river redah ke ntah nama aktiviti dia. Haha. Kena redah sungai semata2 nak sampai tapak kem je. Cheitt. Sampai2 dah basah. Tapi best woh! Terbaik! Aku memang suke bab2 sungai nih. Then petang ada obstacle course. So ala2 PLKN la diorang kata. Ye; sini ada satu peningkatan kat aku. Aku dapat atasi gayat aku! Well, aku takdelah gayat kronik sangat, kalau ada jambatan gantung tu ok je aku redah. Flying fox pon tak gayat, sebab ade protection kan. Kan ada abah-abah. So tak takut la. Yang jenis freestyle mmg aku gayat abess. So kat sini, ada tayar yang disusun vertically, so kau kena panjat satu2 macam tangga, then bila kat atas kena pusing facing the other way, then turun balik. Kat sini aku gayat bila tang nak pusing tuh. Memang menjerit abeh aku. "WAHHH! BILA DAH SAMPAI ATAS BARU GAYAT!!" Panjang kan aku jerit kan. Haha.

Night 1: Kami kena buat persembahan you know.. Ada yang buat AJL sendiri la, Zomba Kg Pisang la, Nyanyi boria ade, lagu kalau berpacaran ada.. Haha. Mmg enjoy habes! Yang menganjing trainer Eagle Nest pon ade gak! Pastu esoknya kene bahan balik dgn trainer yang berkenaan. Haha nasib la ko nak. Then dalam kul 12 midnight tu kitorang kena buat night walk. Best woo. Jalan dalam gelap, dalam hutan belantara. Dengan anjing liarnye, dengan tali airnye, dengan bunyi air sungai nye. Wah best dan menakutkan, tapi ingat ALLAH, semua jadi okay!

Day 2: Redah hutan berbukit2 semata-mata nak main air terjuun~~ Padahal ada shortcut je! Haha, takpe, inilah yang dinamakan jungle walk. Eh trekking. Eh? Ahh. Ape2 jelah nama nye. Tinggi oo bukit kitorang naik. Tataw la bagi korang tinggi ke tak, tapi bagi aku tinggi la. Aku kan gayat orangnye. Haha. Lepas balik dari mandi air terjun, ktorang makan the last meal kat Eagle Nest, then off balik ke UPM petang nye. Babai Eagle Nest! Aku mmg nak sangat pergi lagi. Dgr cerita diorang nak buat jambatan gantung lagi. Ah memang confirm nak pergi lagi!

Gambar2 yang di-copy dari kawan2 di Facebook: Thanks!

new friends made. Me. Diba. Aisyah. Ecah.

jauh benor tangkap gambar. 

group dua yang hebat! "nak kena cucuk ker??" haha

Haha ni the whole group dua. Candid yo jang. Ni masa otw nak ke air terjun.

Luas kan Eagle Nest kan luas kan?? Xde gambar caterpillar tp nye...

Lihat lihat aku tengah buat ape. Ish3. Kudos kepada Abg Hadi (trainer) yang berjaya snap pic ni. Cheh! ;P

Panorama di air terjun. Line kuning atas tu: tempat bahaya. Xboleh naik okay.

Tinggi en bukit en?? Dah cakap, xcaye..

Gedik tangkap gambar depan banner b4 balik. Fu kau buat ape tuh. Tak terbang2 pun.

 Kami semua! Bak kata Pakcik Videocam, UPM great leaders. InsyaAllah~ :)

I took the opportunity to go to Eagle Nest as I really badly want to get myself away from the urban for a while. And yeah, it was a great therapy for the body and soul! Plus dapat berkenalan dengan kawan2 seUPM yang tak pernah kenal pun sebelum ni, tapi sekarang dah jadi macam member yang dah lama kenal. 

So here I put a link to Eagle Nest's website, kalau2 berminat nak pergi, pergi lah! Best owhhh!!!



Wednesday, 12 January 2011

Nak Post Gedik Jugak!

Thanks sbb angkatkan beg.
Thanks sbb ingat my full name!
Thanks sbb gigih carikan kayu.
Thanks sbb buang pacat dari kaki!
Thanks sbb rajin sangat nak melayan borak dalam bas masa balik.
Thanks sbb sudi satu grup dari awal sampai la ke sudah.
Thanks sbb sudi melayan kerenah mereka yg suka mengacau.
Thanks sbb sudi segala2nya lah!!
Thanks sbb sudi approve facebook on the spot!

Sangat banyak terima kasih terima kasih terima kasih!

I'll give you some space to breathe, don't worry. Hehe.

Sekarang mari kita saksikan apa komen yang bakal diberikan daripada kakak2ku dan kawan2 ku yang giler.

"Saya takut-takut berani je ni"-bak kata Nabil di zaman kegemilangan dia. (Sekarang dah tak gemilang dah ke??)

Oh btw, there's nothing much in between us, this post is just for someone who, for me, has done so much sweet things for me one ocassion.

Tuesday, 21 September 2010

Raya Two O Ten

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari-hari.

Selamat Hari Raya! Selama 2 minggu cuti mid-sem/raya ni, mmg x online. BEST! huh?? hahaha.. Betul pe. Cuba korg try test skali skala menghilangkan diri dari dunia maya ni. Best pe.

So. Dah kembali ke UPM. Sudah kembali ke L4 aras 5 yg SGT tak penat naik anak2 tangga, sudah kemas itu ini apa yang patut. Kini bilik saya sudah menjadi shiny and holy. Sape2 yang nak masuk ke dalam bilik ni kena mandi dulu okay. 6 kali bilas air biasa, 1kali air bercampur tanah. Paham. Kalau x, xbole masuk. Nanti dah tak holy la bilik I.

Jadi. Raya pertama di Balakong. Raya ke2,3,4,5 di Kluang. Raya ke6,7 di Balakong balik. Raya ke8,9 di Ipoh. Dan hari2 bulan Syawal yang seterusnya bakal diraikan di sekitar Selangor. Lagi detail: UPM, Balakong, Mines.

Maka. Bermakan sakanlah kami di pagi Raya. Bernangis tragiklah kami di pagi Raya (tolak empunya blog, gua macho beb). Bergambar sakanlah kami di pagi Raya. Tatkala jemaah solat jumaat sedang menjalankan tanggungjawab masing2 di masjid, kami yang perempuan ni bertido sakanlah hendaknya. Haha.

Hatta, aku pun memulakan la pekerjaan tetap aku tatkala raya. Peminta sedekah Pengumpul duit raya. Raya kali ni aku bekerja dengan lebih keras disebabkan duit dalam akaun yang hampir surut dek duit kerajaan yg x masuk2 lagi. Dari masuk sem baru ni duit kerajaan xmasuk2 lagi. Haiz. Di sana suruh tunggu. Di sini suruh tunggu. Maka aku tak menghabiskan masa menunggu, mari bekerja lebih masa agar masa depan terjamin hendaknya. Habis cuti mid-sem/raya, dapatlah aku wang ihsan duit raya yang mencukupi untuk beberapa minggu lagi. Sebulan setengah cukup kot? Kot. Entah.

Kat Kluang, macam biasa, sedara-mara belah Mak Tok giat menjalankan aktiviti ziarah-menziarah ni. Jadi kami yang muda belia tulang kuat makan pun banyak ni telah pun menyumbangkan sedikit sebanyak sumbangan dari segi pertolongan di dapur, menjaga cousin2 yang masih kecik dan NAKAL GILA (yang gila tu kami, setelah puas melayan mereka :P), menyorong Mak Tok ke depan ke bilik, melayan Tok Daim (oh ini sangat seronok. I mean, ikhlas ni cakap seronok. Bukan seronok 'seronok', tapi seronok SERONOK. PAHAM X??). Ye. Oh, ada sekali belah Tok Daim yang dtg, mmg x kenal sape2. Haha. Tok Daim pun bukannya ingat sangat. Nasib baik Abah, yakni bapa kepadaku dan bapa saudara kesayangan ramai kepada cousin2 ku ada. So dialah yang melayan.

Sekarang. Mari layan gambar2 sakan kami:

Tajuk: Raya d' Balakong. (glamour tak tajuk, mcm nama butik2 je hahaha)

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ PAPARAN SEBENAR.

Photobucket
The Adam's Family.

Cap ibu dan anak.

Gambar the whole set. With brother in law included, a formal one.
Gambar feveret. Muke saye mcm....aaa..katak. Heee :D
Sekian sahaja update untuk kali ini. Saya, Mizah Adam, mengucapkan, Selamat Kembali ke Kampus kepada semua pelajar!! Ngeh ngeh ngeh.

P/S:SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ PAPARAN SEBENAR. <-- paparan. heh. lama xgune perkataan tu.

P/S: Sesukahati menulis apa yang anda mahu, jadi, saya pun dengan sesukahati saya menulis apa yang saya mahu. Tapi saya hormat kepada bapa anda :)


Photobucket

Wednesday, 4 August 2010

Hangat! Hangat!

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Hangat 1:
Ada pesta "famous amos" kat FB.

Hangat 2:
Wonder Girls datang Malaysia! Kongsi satu pentas dgn Bunkface, Tokio Hotel and Ketiperi.

Hangat 3:
Aku pegi MTV Worldstage 2010 @ Sunway. Yg perform adalah mereka yg disebut atas td.

Sorry, takde pictures during the Worldstage, being too busy pogo-ing and screaming. Heheheheh~

Kalau mau tgk gak, check this blog out. Macamana tak aku too busy pogo-ing. Haih. Best wa cakap lu.

Next year pegi lagi yuk!

P/s: Bunkface lagi red bull dari Tokio Hotel kot malam tuh. TH???? =.="

Thursday, 22 July 2010

Mei Yang Best : Arau

WAAAAAAARGGHHH!!!!! LAAMMMAAAAAA SAANGAAATTT DAAHHH TAK UPDATE NATE NIH!!!!! KESIAN BETUL DAH AKU TENGOKKAN! haiiih..  *sigh*. Sorry2, yang penting I'll never let this thing get abandoned. Okayh. Okayh. Sekarang mari mula macam biasa.

Salam Satu Malaysia!! Yaaah. Dengan membawa semangat Satu Malaysia, kita berjalan keliling Satu Malaysia!! Dan destinasi kita pada kali ini ialah: Arau!!

Tak mau tulis panjang2 macam kat Lumut dulu, kali ni nak tulis ala2 jurnal pulak. Sebab Arau tak se-horror Lumut. Seronok je yang banyak. Hehe. Kalah pon seronok je.


Day 1: Jumaat, kami yang dari Lumut ni sampai UiTM Arau. Pergi makan malam dekat2 je kat situ. Tengok Thomas Cup. Pakcik gerai tu kaya lebih malam ni.

Day 2: Sabtu. Pagi2 lagi dah pergi amek teammates yang lain dekat Bus Station @ Kangar. They are Abg Najib, Iftitah, Kak Zafie, Shereen and Aiman.
Lokasi jalan2: Padang Besaq! Where the peghiok kukuih 2 tingkat joke starts. Story:

Ye, hari pertama (oficially), lagi kitorang dah merayap. Hehe. Ini sume plan baik punye Abg Najib. Dia yang senior! Haha~ So this is where the joke was all over me, sampai la habes MASUM. Sebab, aku beli PEGHIOK KUKUIH DUA TINGKAT. Mak aku yang pesan. Haha. Beliau siap cakap lagi "Sebagai hadiah Hari Ibu, apa salahnyeeee". Homai. Homai. Okayh.

Day 3: Ahad. Sudah start game!! Girls lost to USM, Guys also lost to UiTM. Rilek2.

Day 4: Isnin. Girls won to UTeM, Guys won to UPNM. Hehe. Padan muke navy. (eh.. ada kene mengena ke??)


Day 5: Selasa. Quarterfinal dah ni. Woh woh. Girls won to UPSI, Guys lost to UIAM. So the guys' journey habis sampai sini sahaja. Takpe. Diorang still ada job jadi pompom boys + paramedik kami + pembeli makanan + side coach. Hehe. Me and my partner (Shereen) kene kerja keras sikit sbb kene tie break you know! Fuh gagah gakla pihak lawan kami tu walaupun badan kecik2 je. Hehe~

Day 6: Rabu. Semifinal. Cuba teka dgn sape? Jeng3... UiTM!! Haha mmg lauk la kami. Lawan dgn national + state players, mmg xdapat la jack nak menang. Punya la susun strategi, aku main single, yang lain main double. Planning sehabis baik. AKAN TETAPI, inilah first time aku rasa BAHAGIA sangat2 bila kena buli. Yes, bahagia yang bahagia, bukan bahagia "bahagia". Sebab apa, sebab boleh tgk la skill dia main macamana, shots dia, placing dia, footwork dia. Superb. Haha. Aku kene 6-0 6-0 ko taw. Takpe. PENGALAMAN!!

Day 7: Khamis. Disebabkan semifinal dah kalah, so kami masuk la 3rd and 4th placing match je. Still, 3rd and 4th are considered numbers jugak kan? Fight dgn the first opponent kelmarin, USM. Again, kami kalah. Silap percaturan maybe. Yang ini... err.. (izinkan aku menjadi sedikit emo di sini) aku geram la jugak sebab kalah. Geram and sedih sebab diorang menang atas kesilapan aku. Bola aku kene net kot. Bila kene net je terus diorang menjerit. Tak ke terkujat ko. So sedih la. Kalau diorang menang sebab ace diorang ke, placing diorang lawa ke, aku takde la kesah sgt, they deserve it. Hadoi. Net oh net. Sorry partner, who is Dalila at that time.
Lokasi jalan2: Gua Kelam!! Jalan dari pintu gua ke pintu gua, then main balas2 pantun kat ending. Haha. Segal sungguh. Padahal pantun mmg ada diorang tayang kat tepi gua tu je. Baca je la.

Day 8: Jumaat. Okay. Kembali ke mood normal, hari ni balik UPM!!! Tapi sebelum tu sempat ke stadium hoki to support our ladies team yg lawan UiTM final. Lawan cheer dgn budak2 kompang UiTM. Haruk betol. And to witness UPM's team victory gives a really good feeling. UPM Can!! Oh yeah~ Mmg stylo la gadis2 UPM main hoki. Weweeeeeet~

So that's the end of our journey for MASUM 2010. Bila masing2 dah turun dari bas saying goodbye to each other, rasa sedih. Sebab ada yg tak jumpa lagi dah. Final years la. Tapi, yg masih ada ni, perjalanan kami masih panjang. Sebab next year UPM tuan rumah yer!!! So we have to work harder than ever.

Ganbatte Kudasai!!!!


Err.. Kalau kalian perasan, 1st day dgn last day je tulis lokasi jalan2 ke mana kan? Haha~ Sorry, aku dah lupe la susunan hari jalan2 ke mana2. Tapi tempat yang kitorg pergi mmg aku ingat la semua.  So here are the photos:


Photobucket
Ni la Shereen. My partner for most of the matches. U rock, girl!!

Photobucket
Pelangi pada satu petang di Arau on the way to Jitra. Pergi Jitra main boling. Haha~

Photobucket
Afiq merenung masa depan di Kuala Perlis. Sunset ni. Mamat senti--mental.

Photobucket
Tengok gelagat masing2 kat Kuala Perlis. Abg Najib (baju oren) time ni la nak buat sit up pon. Hehe~

Photobucket
The whole clan at Gua Kelam!! Credit to abg bas yg sudi tangkap gambar kitorang.

Photobucket
Tengok2. Baru nak masuk mulut gua dah buat perangai macam makhluk gua. 

Photobucket
Our second sport is posing!!!! Masing2 takmo kalah haa.. Credit to Zakkina Wati for taking this pic.

Photobucket
No 4 pun ada pingat okay... Ahha. Jadi la tu. Motivasi! Next year mahu LION!!

Photobucket
Kan aku dah kate, posing beb posing!!

Photobucket
Lompat jagan tak lompat!! Tapi sorang tu lompat ke bawah pulak.. Hehe...


Photobucket

Kasi can kat the guys utk meyarung pingat ke leher masing2... Next year ada lagi guys!!!

Buat masa ni, ini sahaja gambar2 yang sempat aku nak upload ke intenet ni.. Rasa maca tak puas sebab rasanya haritu amek BANYAK kot gambar.. Yelah, kami kan kaki posing. Maka. Aku plan nak baut 2nd siri utk Arau ni. Gambar sahaja. 

Nantikan..... (Sepasti2nya yang dok menanti2 update blog ni dah penat nak menanti lagi)(Sorry!!!)

Thursday, 17 June 2010

Mei Yang Best : Lumut

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Yaahhh.. Jadi juga aku tulis pasal Mei aku. Maaf atas segala kesulitan anda mendapatkan bahan ilmiah dari blog saya ini kerana mengalami kesulitan untuk upload dan edit foto2 di Photobucket.

Seperti yang telah aku maklumkan, 8 Mei tu bertolaklah kami ke Lumut. "Kami" masa ni adalah Andy (as the captain), Pali (ajk peralatan/ajk makanan/ajk kebersihan), Kimi (ajk kerohanian 'la sangat'), Afiq (pengelola warm up n cool down), Michael (abg Anthony) dan Anthony (adik Michael). Okay thats the guys. The girls ada 3 orang je. Intan (penceria majlis), Lyng (ajk pose menggoda) and me, Mizah (ajk SMS). Yes, AJK SMS pun penting gak okay... Yang pergi Lumut ramai ni je sebab yang lain2 tu ada benda nak kene setel seperti Tesis/Final Year Project dsb. Yang pergi sekali dgn kitorg adalah pasukan volleyball, badminton, karate-do, ragbi, kayak, and hoki. er... Rasa macam ada lagi je nih. Hihi.

Tujuan kitorang pergi Lumut ni not just plainly to have fun yer, tapi kene training! Training! TRAINING dan TRAINING lagi sampai LEGAM... Yeahaha~ Lumut beb, tepi pantai, konfem2la sape yang pegi tuh sumernyer dah golap. Tak kisahlah ko pakai krim penghalang cahaya mentari ke tak. Efek jugak tahu. Kitorang menumpang kat Pengkalan TLDM, so makan minum tidur training sume kat situ. BBQ pun. Solat Hajat pun. Tgk movie meningkatkan kesedaran kerjasama berpasukan pun. Sume kat Pengkalan TLDM.

Ha. Cakap pasal tido. Kitorang yang perempuan memang tak puas hati bab ni. Yang atlet lelaki  bukan main lagi dapat bilik bertaraf 5 bintang kat Wisma Bentara tu.. Wisma Bentara tu adalah penempatan yang biasanya didiami oleh angota tentera yang berpangkat Sarjan. Sarjan beb! Mmg tiptop ah bilik diorang. Budak2 ni siap tangkap gambar bilik tu lagi tunjuk kat kitorang. Haih. Kami yang perempuan ni dapat rumah kat blok H je. Blok H adalah penempatan anggota tentera wanita atau nama saintifiknya laskarnita yang belum berkahwin. So mmg macam rumah bujang betolla. Dahla satu rumah 2 org jer patutnya, tp sbb kitorang taknak berpecah maka rumah kitorang duduk la 3org. Aku dgn Intan kongsi katil. Hehe. Nasib baik Intan kecik jer.

Pagi ada senaman pagi.TENTERA STYLE. MMG SENAMAN PAGI TENTERA. Memang aku rasa kalau lagi dua minggu kat situ kitorang dah boleh terus daftar la jadi TLDM. Haha. Nasib baik senaman je, xde kawad. Fuh. Antara rutin2 yang kitorang kene hadap: Lompat bintang (lompat bintang mereka sangat lain dengan yang biasa kita lakukan), Lompat setempat (lompat setempat mereka adalah lompat bintang kita), Cangkung Lejang (ini yang paling horror T.T), pastu yang lain biasa2 lah, joging 2 round, push up, sit up, warm up cool down tarik nafas hembus nafas. Kalau jurulatih2 TLDM tu rasa nak buat ekstra sikit, diorang suruh guling2 atas trek macam biawak kudung, pusing2 kat satu titik, DAN YANG PALING KAMI TIDAK SUKA NAMUN KAMI BANGGA APABILA BERJAYA MELAKUKANNYA ialah.... joging naik turun anak tangga keliling stadium. FUH!!! Memang terasa la beban kat muscle kau sana sini situ. Masa joging tu kau kene teruskan jugak walaupun dah pancit kalau tak nanti ko sound APASAL LINE PUTUS?? SAMBUNG BALIK!! SAMBUNG!! Dahla sepanjang kat Lumut tu hidung aku tersumbat sebelah. Jadi dah la sistem pernafasan aku tak berfungsi dengan baiknya. Hadoila. Bila dah habis round stadium tu memang banga la sebab tak pernah2 buat latihan gitu tetiba buat pulak. Fuh!! Dahla bagi arahan macam kawad. "CANGKUNG LEJANG 4 DIKIRA 1, 10 KIRAAN, MULA!!!!"

Makan. Haa.. Makan memang best. 5 kali sehari. Tak pernah miss. Breakfast, lunch, tea, dinner, supper. Lagi best sbb ikan fresh2. Tepi laut la katakan. Hehe. The last day kat situ BBQ. Fuh lagila tak miss. (Malangnya takde gambar BBQ sbb masing2 tgh sibuk makan. Haha.)

Training. Pagi lepas breakfast training. Cukup 2 jam balik makan. Tido. Rehat. Basuh baju. Ada yang bawak laptop and broadband tu siap online. Peh tak menahan. Main sport bawak laptop bagai. Pastu pukul 3 pergi training balik sampai pukul 6. Ahad start training. Selasa dah start buat friendly match dengan TLDM. Kitorang try line-up yang tak pernah try sebab nak tgk ada chemistry ke tak kalau si dia double dgn si dia. Kalau si dia main single okay ke tak ke. Contonhya memisahkan pasangan kembar tu. So diorang try single pastu diorang try partner dgn budak2 lain. Gitu la. Aku lak kene training partner dgn Lyng sbb coach cakap kalau aku tak pair dgn Shereen aku mungkin pair dgn Lyng. Disebabkan ini hanya friendly dan bukanlah satu kemestian utk kitorang fight all out sbb MASUM lagi beberapa hari je, so kitorang main setakat yang kitorang mampu jer, and kaau menang tu kira satu bonus la. Hehe. The girls menang okay. *TeeHee*

Photobucket
Team UPM ciput jer. Team TLDM kemain ramai lagi. Huhu. Brader kasut merah yang kat tengah tu bukan player, tapi pegawai pusat koko UPM. Dah syok lepak dgn kitorang. Haha.


Photobucket
Ha yang ini nama dia Pakcik Nizam. Kitorang memang sukahati jer panggil diorang ni Pakcik. Sekali Leftenan da.. Haha~ Maafla, kami tak biasa dengan pangkat2 tentera ni, so terima jelah ye sume kitorang panggil Pakcik. Pakcik Nizam ni baik, belanja kitorang sume dadih masa hari last. Kasi aku main henpon dia. Touchscreen wo. Game kereta. Tak payah tekan2 butang, pusing2 je henpon tu. FUH.


Photobucket
Sesi bertukar2 cenderamatahati.


Photobucket

Yang ini nama dia Kak Yus. Dia ni memang baik dgn kami yang perempuan nih. Siap bagi brooch lagi tanda kenang-kenangan. Yeah. *Psstt.. Siap cerita pasal ex-bf lagi. Hehe.* Aku dgn Intan mmg selalu nak pakai sama. Malangnya aku tiada tudung pink dan dia tiada tudung oren. Maka bewarna-warnilah kami. Hehe.


Photobucket

Hujan, maka masa ini tidak disia-siakan oleh pasangan kembar ini... Mula2 yang adik tido. Sekali abang dia menyempit sebelah dia daa....


Malam. Malam kitorang buat aktiviti!! Kali ni kitorg kene split into groups. So kitorang kontinjen UPM MASUM FASA 1 ni mmg mngle around la. Ini adalah langkah untuk atlet mengenai antara satu sama  lain supaya tidaklah rasa janggal ketika di Arau nanti. Tapi team tenis ni ngelat. Nak jugak satu kumpulan. Sudahnya aku, Kimi and Afiq satu kumpulan. Andy, Lyng, Pali satu grup. The twins dgn Intan je yang baik mendengar arahan. Haha. Aktiviti malam2 ni mmg fun lah. Dahla guna dewan sebelah masjid. Memekak yo budak2 UPM nih. Haha. Ada pertandingan antara kumpulan2 nih. Grup aku menang beb! Haha~ Dapatlah hamper berisi makanan yang boleh dibuat bekal sepanjang perjalanan ke Arau nanti. Aktiviti dia, Telefon Beracun la, Hias pakai Surat Khabar la, IQ test la, lawan nyanyi antara lelaki perempuan la, Kelopak Jantung la. Aaa movie pulak, diorang tayang KungFu Dunk. Sedap gak cerita dia. Rasa macam Pan Pizza Hut yang terbaru tu.

Photobucket

Model group aku ialah Kimi. Haha. Tahu tak kitorang buat baju apa tuh? Snow White. Hadoi. Haha! Adala jugak wakil team tenis jadi model yerk. Kuang3.

Memang bergelak sakan la time aktiviti malam. In fact, sepanjang berada di Lumut ni kitorang bergembira sakan. Walaupun penat2 training, balik mesti hati manyak happy punya. Haha. Oh. Ini lagi. Sesi kami ke Teluk Batik. 

Oh yeah Teluk Batik bebeh! Haha~ Hmm pergi Teluk Batik ni satu jer syaratnye. Joging satu round. Pastu ko nak buat ape silakanlah. Hehe. So kitorang pun yang dah terasa ringan badan ni larilah satu round. Takdelah besar sangat pun. Hehe. Sesudah itu, kami masing2 menangglkan kasut dan horeyy!! Mari main pasir pantai!! 

Dan ye, kami memang kuat bergambar. Haha. Penat abang pegawai Pusat Koko tu jaga kami. Hehehh.

Antara pose kerjasama kami. Haha. Setiap ahli team ni pose lompat2 tahu tak!! Termasuk pegawai tuh!! Haha~ Tapi tak dan la nak letak dalam blog nih. Huhu.
 
Yeah. Ha ini satu gambar kami yang innocent. Heheh. Innocent la niii!! 

Usai sudah cerita di Lumut. *At last*. Mari, ke destinasi seterusnyaaaaaa!! Arau here I come!

Saturday, 24 April 2010

Synchro12 yg cool (pada aku)

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Santapan istimewa untuk para pembaca blog ini!

Rasanya sudah lama aku tak letak gambar2 Synchro12 kat blog ni.. Walaupun dah byk event yg kitorg cover.

Tapi takpe. Kali ni aku letak yg kitorang main masa FESTIK hari tu.. And when I say main, yeah, we really do main-main.. HAHA!! OMG malam tu mmg paling teruk aku rasa kitorang pernah main.. hehe. Takpe, yang penting crowd suka (despite the bitter taste we got).

Dan kali ini aku dibantu oleh Photobucket! Yeah Photobucket mmg best! Banyak lagi nak explore nih kat Photobucket tu...

Jap. Sebelum tu. Kalau cakap pasal budak band, kebiasaannya minda kita yang klise ni akan fikir budak2 lelaki yang hensem, comel,cool, dressing takmau kalah Rosyam Nor, kalau mereka senyum mampu mencairkan seluruh North Pole, kalau mereka buat muka pelik2 itu adalah seni, kalau mereka buat rambut baru lepas bangun tidur pun seni juge.. Kan?

Haha tett! Budak band pun manusia biasa jugak. Kalau dah nama budak Uni yg sengal, sengal jugaklah budak2 tu tak kisahla budak band ke, menari ke, pantun ke, pidato ke, catur ke, cheerleader masa kejohahan sukan2 ker.. Sama je... Heh :)

Okaylah dah habis mengomel. Here goes: The backstage face of us!

 
us.
Inilah barisan Synchro12 yg diturunkan utk malam tu.. Oh yea, tukang tangkap gambar is Pak Kim.. So campur Pak Kim sekali lah.


ber6
Nak tahu budak2 ni kate ape? Usman boleh masuk audition iklan ubat gigi.. Hahah!


ber6 lompat
Oh ye lihatlah kami yang ceria meriah bak budak2 Ribena terlebih glukosa!! Nak tangkap gambar sambil melompat tapi nampaknye Matt je yg jadi.. Yang lain hancuussss... :D


Photobucket
Nama: Matt
Nama penuh: Matthew. (Haha!)
 Posisi: Untuk malam ni, keyboard, tp sebenarnya dia ni boleh main SEMUA!! Yes, when I mean boleh main, it means dia mmg btol2 boleh main semua.. Kalau beliau takde kami mungkin mengambil masa yg lama utk arrange lagu. Kalau beliau ada kejap je dah settle.. Oh Matt!


Photobucket
Nama: Usman.
Nama glamer: Usmanvzxvzvxzyt.... G tanya dia sendiri. Dahla pakai bahasa Sepanyol, panjang pulak tuh!
Posisi: Lagi nak tulis kah?? Mamat kesukaan ramai ni (termasuk anda yg tengah baca ni,ye, saya tahu, hehe) kerjanya tukang goreng gitar jeh.. Mmg star habis! Kadang2 Selalunya orang panggil dia sebelah telinga dia pun dia tak perasan.. Sebab khusyuk sangat menggoreng.. Ntah2 bom jatuh depan mata pun buat dono je.. Ish3.


the bassist
Nama: Alvin.
Nama glamer: Alvinvxtzuctd.. Ha yg ini pun pegi tanya Usman. Usman yg bagi nama glamer bahasa Sepanyol kat Alvin.. Sumpah panjang!
Posisi: Pemain bass! Yg ini pun mmg star. Kepada awek-awek di luar sana, jgn terpedaya dengan muka blur dia ni, jangan sangka dia ni suci murni baik angelic yea. Jahat nih dia ni. Sekali bercakap habis pecah perut semua orang. Ish3.


drummer x smart

Nama: Mizah Kun.
Nama Glamer: Er.. Kun la?!?
Posisi: Tukang ketuk drum. Selalu kene tego dgn sifu Matt. Hehe. Saya kan budak baru belajar *wink wink*. Tak banyak kot nak describe pasal mamat minah ni?
Oh yea, maafkan sahaja brader ILOVEFESTIK kat belakang tu. Kasi la dia can nak interfrem.. Dia pun nak masuk blog juge. Hehe.

Alamak, gambar individu Hairi (tukang goreng gitar 2), Krol dgn Pak Kim takde pulak.. Adoyai. Huhu. Takpelah. Next time jgn lupa tangkap gambar sensorang yer kalau nak masuk dalam blog aku nih! Ingat tu!

Dan.. untuk gambar yg last ini.. Terimalah.. Eh kejap. Yang awek2 semua sila buat penilaian betul2 yer. Synchro12 mmg sume comel2 belaka, ye saya tahu, tapi kalau dah terlebih tenaga dan glukosa macam ni.. Er.. Sila minat Synchro12 time buat show sahajalah.. Hehe.

Get ready and put your mouth silencer on! And make sure your tummy isn't full!


hide n seek
*Tak payah gosok2 mata anda atau lap cermin mata anda.. Gambar ni mmg blur. Tapi nak juge tunjuk. Sorry. =.=' Kalau tak nampak sgt pandai2lah nak zoom sendiri yer..

p/s: Singer ktorg cuti rehat time nih.. Sbb ktorg pakai singer import drpd pertandingan karaoke taraoke. Hehe.

Saturday, 10 April 2010

Rasa Dia macam Kek, tapi Terbau Parsley... (a tribute)

Tadi, aku buat interview dengan seorang jejaka.
Kasihan dia. Hatinya hilang.
Katanya tercicir.
Di hospital pulak tu.
Dia sedaya upaya mengingati setiap jejak langkah dia sepanjang berada di hospital itu.
Satu per satu tempat yang dilawatinya dia imbas kembali.
Satu per satu wajah orang yang diziarahinya dia ingat kembali.
Akan tetapi. Wajah yang terakhir yang dilawatinya.
Ya, ada sesuatu dengan wajah itu.
"Argh! Otak aku krem untuk mengingati wajah itu!"
"Kenapa susah sangat nak ingat balik?"
Lantas dia pergi kembali ke katil itu.
Katil terdamparnya seseorang yang begitu sukar untuk dia ingat wajah itu.

Di depan matanya, seorang pari-pari sedang nyenyak diulit mimpi.
Dia mengamatinya.
Menatap wajahnya yang mulus, menikmati setiap nafas yang dia ambil.
Seolah-olah paru-paru dia dan dia adalah satu.
Seakan-akan dia bernafas zarah oksigan yang sama dengan si pari-pari.
Dia mendekati. Menyentuh pipi si pari-pari tanpa sedar.
Bagaikan ada kuasa supernatural yang memaksa tangannya berbuat demikian.

Pari-pari terjaga.
"Kamu siapa?"
 Diam. Dia terdiam. Lebih rela membisu seribu kata daripada megeluarkan suara kerana sangat tidak mahu memecahkan kemanisan saat itu.

Pari-pari bertanya lagi.
"Kamu tahu tak itu siapa yang punya?"
Si pari-pari meluruskan jari telunjuknya ke meja sisinya.
Lebih tepat, apa yang berada di atas meja sisinya.
Sebuah balang kaca dihias indah berisi sekeping hati.
"Hati ini ku jumpa tanpa tuan maka aku ambil dan simpan ia elok-elok. Kalau tiada siapa yang punya, akan aku jaga ia seperti hatiku jua"
"Kenapa kamu kemari wahai jejaka? Adakah aku mengenalimu?"

"Saya... ah..."
Gagap. Dia sendiri bingung mengapa dia gagap.
Dia gagahkan juga dan menyebutnya dalam satu nafas,
"Hatiku tertinggal di hospital tanpa aku sedari. Bila dapat tahu bidadari yang mengambilnya, maka aku rela ia bertuankan bidadari itu dan hiduplah aku dengan kelegaan"

P/s: kek 7 tingkat on de way!

Couple Heart

all the best!!!

Wednesday, 31 March 2010

Pesta Memesta Buku Memuku..ehh

Assalamualaikum. Salam satu Malaysia.

Cakap pasal satu Malaysia, teringat kelas Kenegaraan semalam.

Bincang pasal masyarakat majmuk, salah satu puncanya ialah kahwin campur.
Dr. terus tanya, "Siapa nak kawen campur?"

3 org angkat tangan. Salah sorangnya aku. Hehe.

"Tgk tu. Tak ramai yg rela. Camane nak kate majmuk? Okaylah. Katakan saya Perdana Menteri sekarang. Saya wajibkan, setiap org kene kawen campur. Kalau tak, saya hukum mati. Hahaha. Jadi saya bagi 3 minit je utk kamu pikir nak kawen dgn sape, tp mestilah dgn org yg kamu kenal. Kalau artis, semua nak kawen dengan Siti Nurhaliza..."

Nak tau aku pikir sape??? Ehee.. Adalah... Kui3..

Bila Dr. tanya aku, aku jawab, mana leh bagitau, nnt kantoi la sbb org ni Dr. kenal... Ahakz!!

Okaylah, aku nak cter pasal Pesta Buku lah. Haish. Aku g dgn Hawa hari Selasa lepas.
PErgi hari bekerja mmgla best sbb kurang orang, tapi star yg dtg pun mmg xnmpk langsung la kan.. Sbb biasanya star dtg weekends.. tapi takpelah..

Kali ni punya Pesta Buku tak berapa nak meriah sebab aku takde target nak beli apa and Hawa pun sama. Tapi, kegiatan mengeluarkan duit dari dompet kami mmg sangat3 meriah.

Sape kate pegi Pesta Buku tanpa tujuan tak meriah???? Meriah sajalah.. Dah nama pun Pesta!!

Aku ingatkan tahun ni boleh jumpa Chin Yew lagi macam tahun lepas, tp yg aku jumpa komik dia adalah. Haha. Xpe. Yg penting Chin Yew  dah tahu aku support dia.

Come.. Let the pictures do the talking...

Tgk Chin Yew punya Love Letter tersenarai dlm calon apa ntah... kurang pasti/ingat..

Dgn Keith punya Lawak Kampus..

Haha. Tak jumpe orangnya tapi dapat majalah yg ada muke dia pun jadi ler...

Yah!! Buku2 Sang Freud Press!!! O yeah dlm genggaman aku jua akhirnya.. yeehaa!

Ko tengok. Ini namanya tak plan nak beli apa2??? Haha~

 Manikam Kalbu punya tshirt... o yeah! Sekali Faisal buat tshirt daaa... Beli!!


So that's about it. Yg spoil kan Pesta Buku ni satu jer.. Promoter2 linguaphone or kursus2 BI... bak kata Hawa macam dalam crite Nemo lak.. Nak kena elak obor2 yang banyak tu.. Kitorg dah macam pelarian dari penjara dah akibat nak elakkan sangat drpd promoter2 tuh..
Helo. Kalo kitorg nyer BI hampeh, kitorg tak tahu apa maksud KLIBF okay. Antara alasan yg aku bagi kalu kene stop dgn promoter2 nih:

Soalan: Umur berapa dik?? (mamat yg tny soklan ni)
Aku: Mana elok tanya umur org popuan lah!

Soalan: Stadi ke keje?
Aku: (Geleng2) Dua2 bukan!!

Soalan: Is your BI good?
Aku: Ofkos la! Kalau tak saya tak tahu apa yg awak ckpkan tu! Duh!

Promoter: Kejap je dikk, kejap je
Aku: Xpelah, dr tahun lepas lagi dah kene tahan gni.. kejap ke hape..

Haha! Apedaa spoil betol.. Cuba la korg amalkan konsep "Kalau mereka mahu maka mereka akan dtg.." Xpun tanamkan sifat "Kalo dorg nak, msti dorg dtg cari..."

Haish. Tapi, dgn kehadiran mereka maka journey eksplorasi Pesta Buku itu jadi interesting. HAHA!!

Jom, tggu KLIBF seterusnya... Yeeha!

p/s: Hawa, next time save duit dulu... ohoho~ dahla borong tudung banyak2...
(lalalalala~ nak jugak post kat BLOG.. suka hati la its my BLOG okay.. lalalala~)