Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Tuesday, 15 November 2011

Akulah Bella, Akulah Edward

Mula-mula, cerita ini tiada kaitan langsung dengan demam twilight yang melanda para penyokong cinta antara pontianak tua nak mampos tapi handsome dengan wanita immortal yang bermuka heartless. TIADA. Okay?

So. Aku ialah Bella. Ya, aku seorang perempuan. Single, ready to mingle at any time, cumanya tiada orang yang sudi untuk mingle dengan aku. Kenapa pun aku tak tahu. Padahal aku rasa muka aku takdelah heartless sangat macam Bella Duckk dalam cerita tu. Aku pun takdelah busuk sangat macam Bella tu sampaikan pontianak jantan tu terpaksa tutup hidung. Aku okay je aku rasa. Aku rasalah.

So it happens one day aku lepak di library. Aku selak-selak mukasurat buku teks tebal yang membuatkan aku rasa nak koyakkan satu per satu dan buat mask untuk muka aku. Sekurang-kurangnya ada juga bakti dan jasa buku teks itu pada aku, daripada buat aku mengantuk dan bosan dan sesat dalam buku itu. Hmmph.

Sambil selak-selak itu aku terfikir, kenapa laaaaa tiada orang nak jadi Edward aku. Aku bukannya NAK Edward, LITERALLY, tapi, lah, kau faham kan analoginya? Nama aku Bella, jadi bila pasangan aku namanya Edward la. Bukan bermaksud dia wajib jadi Edward, tapii. Alah, kau faham kan? Contoh lain, katakan nama aku Kate, maka pasangan aku adalah William. Faham kan? Kalau aku nak Edward yang sebenar, mampuslah aku mati kering, couple dengan potianak tuuu. Gila?

So, as I was thinking kenapalaaaa tak muncul-muncul lagi Edward dalam hidup aku ni, aku pun terawanganlah ke zon limbo dimana tempat aku selalu berangan. Patutnya umur aku macamni aku dah jumpa dah Edward sebab dalam cerita bosan tu kan Bella jumpa Edward masa sekolah lagi. Untunglaaah siapa-siapa yang dah jumpa pasangan hidup masa sekolah lagi. Paling-paling pun masa uni ke. Wah. Aku sungguh cemburu!

Selak punya selak, jari tengah kanan aku terluka. Ow, man, papercut! Eh, papercut? Maksudnya Edward (jodoh aku) ada di sini untuk hisap darah aku? Untuk selamatkan aku daripada terkaman maut abangnya itu? Oh, iyakah? Aku tunggu saja kelibat Edward aku untuk muncul di hadapan mata aku. Aku biarkan saat berlalu dan aku biarkan jari aku berembesan darah. 3,2,1. Tak muncul pun. Hish. Akhirnya, aku hisap darah aku sendiri. Untuk hentikan ia dari terus meleleh.

Sedang menghisap darah aku sendiri, aku tersedar sesuatu. Oh Em Ji. Adakah aku Edward diri aku sendiri??? Maksudnya apa? Aku kena jadi transvestite? Dan bila aku jadi transvestite itu aku harus mencari seorang lelaki yang juga transvestite menjadi Bella? Iyakah begitu?


*merepek meraban*
minggu depan minggu test.

8 comments:

dee said...

HAHAHAHAHA! cam bau bau je ada orang tu nak banje tgk twilight :P hoorayyyy!

Miss AmpsRosak said...

baru lah awesome jadik transvetite! hahaha Hidup MIZAHHH!!

Mizah Adam said...

tapi xmo tapi xmo! haha. thanks~

LeNsA said...

ok..ko glitter la lpas nie...haha

totoromalas said...

merepek meraban sungguh! keh3

Mizah Adam said...

cumanya aku sedikit kecewa sbb isinya yg tak berapa nk WOW. haha. meleset jer. maklumlah dah lama xtulis random story >.<

LeNsA said...

ask komen ak xkuar?plek...ak komen..pasnih mizah jd glittering gitu..

Mizah Adam said...

aku pon tataw nape xkuar, sume dok pi spam.. huhu. =.="