Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 7 October 2011

The first Sem sucks, tapi The first Sem ni jugaklah yang dirindui ;)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

(Sila baca dengan nada yang penat)

So yeah yeah aku dah masuk third year aku kat Uni. Senior? Senior la sangat, ada je junior yang lagi hebat dari segala aspek dari aku. Misalnya pointer huahua. Misalnya keaktifan di uni huahua. Misalnya kapasiti palehotak dia utk mengingati formula dengan lebih hebat dan pantas dari aku huahua. Okay okay aku tengah excited ni sebab aku rasa macam dah lama gilaaaaaaaa tak menulis panjang-panjang.

Senior! Yeah peace bebeh~

So! Aku dah tahun ketiga kat sini (eh aku dah mention dah ek kat atas? Itu English, aku alih bahasa lak haha), dan bukan nak kata apa, tapi memang dua tahun aku kat sini, kira aktif jugaklah aku di uni terchenta ni. Experiences kalau tanya aku dari segi "penderaan" mental ke fizikal ke emosi ke even spiritual pun aku boleh share dengan sape2 yang tanya aku, itupun kalau ada yang sudi nak tanya and dengarlah kan. 

Ada something happen kat facebook yang melibatkan junior baharu (the latest ones lah hahaha), diorang macam ada adegan the clash of the titans sikit dalam group diorang. Which, reminds me of my first semester back then (ecewah macam dah lama je kaaannn). My first sem? Kira macam bittersweet jugaklah. Memang takde masa nak honeymoon lah oii once kau dah masuk belajar kat tempat tinggi (<--okay nada sinis).

Masa first sem aku, seiouslah akuk rasa aku tak kenal sapa bedmate aku yakni si orangyangtakberapapenting tu. Sebabnya dia dalam dunia aku sendiri, aku dalam dunia aku sendiri. Memang masing-masing buat hal masing2. Kadang tu memang tak jumpa langsung la kat bilik. Wahaha. Bagus kan? Pastu lak lagi sem satu tu aku paling takut sebab kena belajar Biology! U know, BIOLOGY! Like, aku lari masuk ke sekolah teknik dulu semata-mata sebab aku taknak belajar subjek ni kat sekolah harian aku tetiba masuk uni kena jugak belajar?!?!? Memang sah laa biology ni saja nak sabotaj hidup aku kan (padahal result aku utk subjek ni okay je, yang subjek macam aku minat gila tu taklah pulak aku score, huh). And then first year ni jugaklah di mana aku sambung bercinta dengan drum, siap main band lagi turr. First year ni jugaklah aku dapat merasa masuk suratkhabar woohooo! Haha, bangga kot lagi-lagi pulak bila abah aku siap frame and gantung kat rumah. Hehehe. That's bits of the physical things masa first sem aku lah..

And then talking about friendships. Memang, aku akui (ecewah) aku ni free spirit jer. Mana angin tiup situlah aku ada. Mana yang ada jodoh itulah yang aku jalan bersama. Paham? Dan aku juga pernah merasa menjadi bahan kritikan yang aku sendiri takatu aku dikritik. Wah. But then again, it's better to be talked about rather than to be ignored, totally. Dan aku pun pernah back-up sorang member yang rupa-rupanya tak perlu di-backup pun sebab esok lusanya dia sakitkan hati aku. So yeah, proses pemilihan kawan tu pun aku dah lalui dah.

Aku memang cukup bersyukur la sebab dapat masuk uni ni dengan kos yang memang aku mintak, dan di uni yang aku minat, dan doa aku pasal sahabat ni dikabulkan Allah, Alhamdulillah (adala doanya, sibuk nak tau pesal? weee). Tapi Dia memang takkan bagi kita semua ni free2 jer tanpa stress, tension, ujian sana, dugaan sini. Mesti ada punya. Kalau takde, kau memang bukan sedang hidup di dunia inilah, mungkin di alam lain entah aku tak tahu kat mana okay. So kalau kau nak down pasal member kau cakap belakang kau, lantak diorang lah, nak cakap yang baik-baik ke yang buruk-buruk ke, again, lantak diorang lah. Takkan kau nak pergi tutup mulut sorang-sorang kan? Bapak hebatnya kalau kau boleh mampu nak tutup mulut sorang-sorang. Betul cakap ni, kau try lah sehabis baik untuk jadi yang terbaik ke, ada je suara-suara kecil ni.

Cuma bagi aku, kalau kau dapat tahu yang diorang ni kutuk kau, jangan nak panas cepat sangatlah, cuba kau lapangkan dada kau dan pergi tanya dia face to face apekebendanya yang dia  kutuk kau tu. Jangan nak melenting time tu pulak. Kalau kau melenting, dia melenting, memang gaduh la solutionnya. Sampai bilalah kau tak bertegur sapa dengan dia dah aku rasa. Dengar dulu, ingat, hadam, balik bilik nanti duduk sorang-sorang, reflect balik kat diri kau. Betul ke aku gni gtu gane. Perubahan pada diri kita kadang2 kita tak nampak, tapi orang lain boleh nampak. Dan kalau dia ngata kau yang baik-baik pulak, jangan nak kembang sangatlah. Segala yang baik tu datangnya dari Allah jua. Ingat, pujian itu makanan nafsu, kutukan itu makanan jiwa. Sebab dari pujian itu datangnya riak, dari kutukan itu datangnya rendah hati. Okay?

Lagi satu, jangan jadikan jawatan kau yang banyak gila tu sebagai satu alasan kau kena jadi feymes. Semua orang kena kenal kau. Tidak sama sekali yer. Itu gedik namanya. Perasan. Gila glamer. Lagi satu lagi, janganlah jadi ayam daging pulak dah masuk tempat yang offer banyak peluang keemasan kat kau ni. Dah masuk uni, utk timba ilmu dan pengalaman , bukan takat nak dapat ijazah jer. Uni aku ni kan dok bising pasal Kemahiran Insaniah lah. So pilih, 3.0 with KI or 3.8 without KI? Tepuk dada, tanya iman. Kalau nak tanya selera sila tepuk perut. Eh ke tepuk perut tu untuk nak halau angin? Entahlah.

Lagi sekali, aku suka nak cakap, gunakan ketidaksamaan pada setiap kawan kita untuk lengkapkan diri kita. Bukanlah suruh bergabung macam puzzle pastu kau pergi jalan ramai-ramai macam kembar siam, bukan. Juga tak perlulah kau nak berdamping sentiasa dengan kawan kau tu sebab nak lengkap sentiasa. Bukan. Ada banyak cara kau nak lengkapkan diri kau dengan ketidaksamaan kawan-kawan kita. Satu, kau boleh bercantum dengan dia macam puzzle lepastu kau jalan sama2. Dua, kau boleh berdamping dengan dia sentiasa hatta ke toilet sekalipun. Ketiga, kau buat mental note/ mental check jelah yang kau takkan/akan berubah jadi macam dia. Mana yang jernih, ambil. Mana yang keruh, kalau boleh filter jadi jernih, silalah. Kalau dah keruh sangat tahap macam sungai-sungai bukan sungai rekreasi di Malaysia ni, ah takpelah, kau buang jelah terus. (But seriously kita kena lagi proaktif dalam membersihkan sungai kita! Cintailah sungai kita!).

Hmm. Tu jelah aku nak cakap. Sebab tak sedap lah aku tengok adik-adik junior ni gaduh tak tentu hala. Sombong salah, peramah salah. Ni baru kenal ringan-ringan kat facebook. Belum buat kerja satu team lagi. Hahah. Kot la kalau ada yang nak baca blog ni, baguslah. Ambil lah mana yang elok yang aku cakap eh taip ni. Yang merepek meraban tu abaikan. 

Paham tak?

Satu je yang aku teringinnnn sangat nak bagitahu junior kalau ada masa lagi jumpa. Silalah all-out pada 1st year ni utk pointer anda, pada masa yang sama janganlah sampai tak aktif. Ingat, belia sihat: 30ribu langkah SETIAP HARI.



Sekian. 

Segala gambar adalah ihsan Uncle Google. Dan terdapat quotes feveret aku yang memang aku ingat, daripada ustaz aku masa matrik, masa sekolah dan juga ingatan daripada teman-teman yang bukan toksik. Heee



5 comments:

sparkling_deepred said...

saya baca apa entry ni. tp saya nk jd silent reader. tp sy kesian la plak xde org komen. jd sy komen la. mgkn yg lain baca, terkesan dlm hati, sentap dlm hati lalu xlalu nk komen. mgkn x. hehe

sparkling_deepred said...

tgk org dh komen xbls pulak. mcm ni la

Mizah Adam said...

hahahhaha~ i mmg saje nk tgk ade x komen kedua. ada. yeaYYY!!!! u sayang i. i sayang u jugak! ^.^

me said...

..xleyh panjang lagi kew mizah..hehehe..snok akk baca entry neyh....heee~

Mizah Adam said...

hai kak freda! welcome to my blog! hahah~ tak larat nk tulih pnjg, wlupon ade lg nk ckp.. kui3~