Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 29 July 2011

Surat Cinta untuk Harimau Malaya

Abang-abang, perwira-perwira Malaysia sekalian
Jangan bersedih atas kekalahan ini
Kalian telah berjuang sepenuh hati, jiwa dan raga
Kalian telah bermain cara seperti seorang anak jantan sejati sepatutnya bermain
Kalian tidak lagi bermain secara murahan seperti dahulu.

Kami penyokong yang setia
Kami tidak akan memandang rendah pada kalian
Kepercayaan dan keyakinan kami masih dan akan tetap bersama kalian
Memang kami sedih kita tidak mara
Namun itu tidak bermaksud kami sudah benci pada kalian.

Sebaliknya
Marilah bersama-sama ambil iktibar daripada perlawanan ini
Daripada kekalahan ini
FAM, para pemain, para penyokong
Mari renungkan hikmah di sebalik kejayaan perlawanan ini
Ya, perlawanan kali ini kita berjaya.


‘Singapura ganggu rentak kami’-Berita Harian
Oleh Hussain Said, Syed Riduan Ahmad dan Mohd Fitrie Muhamad

2011/07/29

Raja soal gelagat pemain lawan; Avramovic anggap mutu pengadilan teruk

“SAYA harap kami dapat balas keyakinan peminat dengan lebih baik lagi,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas Harimau Malaya tersingkir pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, malam tadi. 

“Kita harus menang perlawanan ini tetapi beberapa insiden kecederaan pemain Singapura, yang saya tidak pasti tulen atau tidak, mengganggu rentak permainan.
“Saya akui masalah bahagian pertahanan, terutama selepas kehilangan Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di pertengahan babak pertama, tetapi secara keseluruhan kita berjaya mengekang asakan Singapura.”

Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini (malam tadi),” katanya. 

Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic tidak faham keputusan pengadil. 

“Mutu pengadilan amat teruk,” kata Avramovic. “Saya tidak faham keputusan pengadil, saya nampak pengadil letak wisel di mulut tetapi tidak mendengar bunyi dan pemain saya berhenti bermain. 
<-- hek elen, ini je kau nk ckp? pffffft

“Tapi saya gembira Singapura layak ke pusingan ketiga. Malaysia juga hebat dengan sokongan lebih 85,000 penyokong. Ini baik untuk bola sepak.” <---memang ah ko gembira. Takkan ko sedih lak. Kitorang 85,000 orang ni nak buat petisyen. Petisyen supaya semua player lu main wayang. Ok kan?


Perjuangan berakhir-KOSMO

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
PERJUANGAN Malaysia pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 sudah berakhir. Hasrat untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Asia sudah berkecai apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan agregat 6-4.
Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar (Sabtu lepas), Singapura menang 5-3.
Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disama- kan oleh pemain sayap kanan 'import' dari China, Shi Jiayi pada minit ke-71.
Beraksi di hadapan kira-kira 90,000 penyokong sendiri, Malaysia memperoleh peluang awal tetapi percubaan pemain sayap kiri, S. Kunanlan dari dalam kotak penalti berjaya dihadang penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.
Singapura kemudian mula mendapat rentak tetapi dua percubaan menerusi penyerang 'import' dari China, Qiu Li pada minit ke-10 dan ke-15 ber- jaya diselamatkan dengan baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke-22, pemain pertaha- nan Malaysia, Aidil Zafuan Radzak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Muslim Ahmad untuk bergandingan dengan Fadhli Shas.
Amirulhadi Zainal yang banyak menggerakkan bahagian sayap kanan Malaysia turut memperoleh peluang tetapi rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-26 tepat ke dakapan Izwan.
Khairul Fahmi terus cemerlang dengan melayangkan badan untuk menepis sepakan percuma Shaiful Esah pada minit ke-38 dan menangkis percubaan Mustafic Fahrudin pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila Safee merembat kencang dari sudut kanan kotak penalti Singapura setelah menerima lorongan Kunanlan.
Namun kelekaan barisan pertahanan Malaysia sekali lagi dihukum dengan Singapura berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-71 mene- rusi penyudah kemas Jiayi.
Usaha Malaysia yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Singapura bagi mencari tambahan dua gol terus menemui kebuntuan.
Lebih malang, penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani gagal mengawal tekanan apabila dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.
Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.
Dalam berita pun lu kena nganjing. Mesti rasa seronok, kan?

No comments: