Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 29 July 2011

Sesi Luahan Perasaan

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Ini merupakan 'laporan' tentang perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapor semalam, dari perspektif aku. Semalam juga merupakan kali pertama aku tengok bola sepak di stadium. Selama ni tengok melalui tivi je. Ini apa yang terbuku dalam hati aku je ok. Masing-masing kan punya pandangan yang tersendiri.

1) Aku memang kagum dengan peminat/penyokong bola sepak Malaysia. Sebabkan satu tujuan dan satu semangat, mereka semua boleh bersatu padu menyokong pasukan kita. Pasal yang gaduh-gaduh masa perlawanan antara negeri tu aku tak tahulah kan, aku buat reviu ni pasal semalam je. Sebab ini je yang aku tengok live. Yang lain tak pernah. Dari dalam LRT lagi, semua dah support each other. Semua dah membakar semangat satu sama lain. Pemandu LRT pun sangat sporting! Ada sekali dua dia kata "Tolong bagi laluan..Orang nak balik rumah.." Haha. Sebab terlampau ramai dalam LRT tu, kesian pada mereka yang baru balik dari kerja. Masa nyanyi lagu Negaraku, satu stadium bergema dengan suara-suara semangat kita. Aku kagum sangat! Bukan selalu dapat tengok kita semua nyanyi sama-sama lagu keramat tu. Semasa lagu Singapor, semua buat bising. Haha. Jahat sungguh.

2) Baru aku tahu, rupa-rupanya botol air, mercun, flare, tisu roll tu semua tanda SAYANG peminat kepada pemain bola sepak kita. Sayang sangat! Sebab masing-masing marah kepada pemain Singapor yang gedik nak mampos. Kalau gedik nak mampos, tak payah main bola, korang main wayang jelah woi. Satu scene yang bagi aku sweet sangat (aku tak tahu ni siar di tivi atau tak) ialah pemain pun tunjuk sayang kepada kita.
-Scene itu ialah:
Penyokong time tu dah meletus dah sebab geram dengan pemain Singapor yang sikit-sikit nak rebah. Depa suma dah duk baling segala benda yang boleh dibaling. Ada la dua bijik botol air ni yang terlepas hingga ke tepian padang. Ye, botol air itu tanda sayang. Pastu ada pulak pemain Singapor sorang ni duk ngadu kat ref pasal dua bijik botol air tu. Dia tunjuk2, rungut2 pasal botol air dua bijik tu. Amirul Hadi pun aku rasa dah menyampah dah dengan mamat sekor ni. So Amirul Hadi tolong buangkan botol air tu ke luar padang. Pastu dia suh budak Singapor tu senyap. Sweet kan? Saling berbalas sayang antara pemain dengan penyokong. Sayang sayang sayang sayang sayang.

3) Orang, biasanya kalau main sports mesti dalam keadaan yang sihat walafiat. Kalau dah tahu sakit, tak payah main. Tak payah buang masa nak bariiiing je. Asyik nak panggil medic je. Yang ref pulak layankan je perangai budak-budak diorang tu. Mat Yo tu sakit, takde pulak kitorang turunkan? Aidil jelah, itupun dia dah terima padah dah kan bila kaki dia sakit balik. Memang patut pun Safee gaduh dengan penjaga gol Singapor tu. *(Aku tak dapat bayangkan rupa Safee gaduh/marah. Sebab dalam iklan radio, beliau sangat.. err.. kaku.). Dan memang patut pun penjaga gol tu dapat kad. Melengahkan game. Sepatutnya dari awal lagi pemain-pemain Singapor ni kena kad. Ref lembab. Lakonan  yang memang terbaik! Pemain Malaysia yang jantan tulen ni, biarpun kena gasak berapa orang sekali gus, jatuh-jatuh, rileks je depa bangun dan kejar bola balik? Itu baru anak jantan!

4) Semenyampah-nyampah aku pada team Singapor pun, team kita tetap ada kelemahannya. Memang betul yang Safee komen sebelum ni, kena lebih banyak praktis tang komunikasi. Ada banyak peluang sebenarnya, ada ketika yang Safee tengah free, tapi bola tak di-pass kepada dia. Rugi! Selain daripada gaduh dengan penjaga gol, Safee pun ada gak marah team mates dia. Pasal membazir bola. Boleh tengok perbezaan komunikasi antara pemain Singapor dengan pemain kita. Beza. Tu pasal bola asyik nak saja ke kaki pemain tempatan dan import Singapor. Pemain kita memang 'suka' bagi bola kepada pihak lawan, ada yang tercepat dan terlambat passing bola. It's all about communication, people. Masa macam ni tak payah kita nak tunjuk hero, membantu satu sama lain tu lebih penting. Dan lagi satu, pemain kita semacam takut-takut gitew nak ke depan untuk rembat bola. Misalnya, bila bola tu di antara pemain Singapor A dan B, dan pemain kita berada di tengah-tengah itu, mereka macam takut nak rampas bola tu. Padahal kalau rampas, tak kena apa-apa pun. Kalau pemain Singapor nak buat acting lagi, tinggalkan aje.

5) Ref. Linesman. Ahhhhh lembab lembab! Bang, kalau nak judge satu game tu, make sure abang2 semua fit dan ingat rules ye. Time budak Singapor rebah, cepat je ko tiup wisel. Time Kunanlan (Kunanlan! I get to see him live! Yeah!) & Apek rebah, kau tak pulak tiup wisel cepat-cepat! Bila mereka dah terjerit-jerit baru mahu tengok. Tak guna betul! Apsal Malaysia selalu dapat ref macamni pun aku tak tahulah. Tak boleh tengok orang maju ke?

6) Lagi sekali, aku kagum dengan penyokong bila mana Safee dapat curi satu gol. Macam secara tiba-tiba je semua bendera dikibar-kibar, semua sorak suka. Semangat!Tapi bila budak Singapor pulak dapat curi satu gol, semua senyap kejap. Ada satu aura sedih dan hampa kat stadium tu. Semua merelakan mata mereka tengok budak Singapor dan budak-budak Singapor yang duduk dalam satu kotak meraikan kejayaan mereka. Semua terpaku. Lepas seminit dua gtu baru semua nak sorak balik. Oh, oh, semasa ketandusan gol tu, semua dok pakat nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Memang berkesan! Berkesan pada perlawanan kali ni.

7) Ultras Malaya memang layan habess! Non-stop cheering for our team. Aku ada geram sikit kat penyokong yang duk belah nuuu, belah yang setentang dengan Ultras. Lepas 1-1, yang belah tu duk diam je. Padahal pertahanan team kita kat belah situ. Keep on supporting lah patutnya! Grrrr. Macam Ultras Malaya, sampai pemain semua dah keluar padang, sampai semua orang dah blah, mereka keep on going! Macam after party dah aku tengok! (Aku pun stay situ lama sikit, sebab tak pernah tengok kan secara live, so ini peluang untuk aku nikmati situasi sana habis-habisan!). Siap bawak tong drum yang besar tu, tak boleh tahan betul.

8) Memang botol, mercun, flare & tisu roll tu tanda sayang kita kepada pemain, tapi bagi aku, sesiapa yang sampai nak baling ke padang jelah patutnya baling. Bukannya aku menyokong perbuatan diorang tu, tapi time tu kita semua memang tengah geram, so aku rasa memang patutlah jugak ada benda-benda terbang. Tapi aku tak puas hati yang duduk kat atas. Kalau rasa baling botol air tu takkan sampai ke padang, tak payah la baling. Mercun pun sama, kau baling je jugak. Kesian kat orang kat bawah-bawah tu. Kalau dibuatnya ada yang mati terkejut? Siapa nak jawab?

9) Memang untuk perlawanan kali ni, semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung telah pun melakukan pengorbanan. Pengorbanan aku? Well, kad touch&go aku yang terkorban. Aku tak tahulah tercicir ke, tertinggal ke, ter-apa-apa ke, tapi bila aku sampai ke stesen Star Masjid Jamek tu baru aku perasan yang kad TnG aku dah tak ade. Aku pusing balik ikut jalan yang aku sampai ke stesen tu pun, 2 kali, tak jumpa jugak. Tak apalah. Terima kasih kat abang (ke adik, aku tak tahu. Sejak nak umur 21 ni, semua orang aku kena consider dulu nak panggil adik ke abang ke kakak) tiga orang yang belanja aku duit tiket LRT ke Bukit Jalil. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan panjang umur.

10) AKU CAKAP AKU KASI TIKET JE KAT KAU. AKU TAK CAKAP PUN AKU NAK TENGOK DENGAN KAU. ADA? TAK ADA KAN?? YANG KO IKUT AKU PAHAL? DAH LA KIRI KANAN TAK RETI NAK BEZAKAN. SIAP LA KO MASUK SEM MASA NAK BUAT KEJE NANTI. Padan muka aku tak layan. Lagi best layan strangers yang superb! Yang ni Cu Lensa a.k.a Keroro mesti paham ni. Hahahah. Sori Keroro, nanti aku bagi jersi tu kat kau ye! (=.=")

Sekian sahaja laporan dari saya.

ihsan Puan Sri Google
Amirul Hadi yang menunjukkan contoh pemain sayang penyokong.
(Kalau kau tak tahu mana satu Amirul, kau memang LOSER)

ihsan Tun Google
Inilah rupa kad aku yang syahid.

4 comments:

dee said...

ko pegi ker??? tatau pon!!!! -_-"

Mizah Adam said...

ala... kene gtaw ker? =.="

HaWaAdAm said...

no. 10 tu, agak2 "kau" tu baca ke blog ni..haha...

Mizah Adam said...

positif tak baca. haha