Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Thursday, 28 July 2011

Pseudodoxia Epidemica

Antara karya dan terbitan Selut Press sebelum ini :

1 . Kasut Biru Rubina
2 . 2 lauk
3 . Anarki Di Kuala Lumpur
4 . Akulah Perempuan Muda Itu
5 . Tengerin dan Nikotin
6 . Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca
7 . 28 Hari Jurnal Rock And Roll
8 . Nyaman Si Puding Roti
9 . Kuala Lumpur Aku Ok
10 . Burgermpark
11 . Kau
12 . Pasca Manusia (Zine)
13 . Ajen Perisikan Cinta (Zine)


Ada 4 lagi yang belum dimiliki...

Setahu aku, pasca manusia tu kat belakang dia tertulis Oxygen Press. Tapi semasa di Urbanscapes, cuma ada ini, sepatutnya ada tiga bijik buku yang sejenis macam ni. Bila aku tanya seorang mamat di booth itu berkenaan dengan hal ini, mamat tu kata "dah bercerai" dengan mimik muka yang seolah-olah dia yang bercerai. Aku pun angguk je.

Rupa-rupanya... mamat tu ialah Aloy Paradoks. Hari ni baru aku tahu muka dia macamana sebenarnya. Haha. Sebab terasa macam nak google nama dia. Haha. Okay, maksudnya aku jumpa towkey la semasa pesta mudamudi hari tuh. Huahuahua. Entah-entah mamat yang chinese look tu pun penulis jugak. Dan kakak yang vogue tu pun sama. Dan... dan..

Lagi sekali, kalaulah ada penulis lagi di booth FIXI tu tapi aku tak tegur secara riang sebagaimana aku tegur budak Hadi tu dan Taiko Amir Muhammad, takpun aku tenung dari jauh macam Fared Ayam, maaf maaf maaf sebab tak cam. Ala, korang pun mesti dah biasa kan?? Orang tak kenal korang? Huhu. Like I said before, keep on writing supergood stories, guys! Ada ramai pakwe dan makwe di luar ni yang minat buku korang.. Jangan risau lah!

:))) Ngee

P/S: Aku dapat nama tajuk post ni kat sini. Sebab aku google pasal maksud paradoks.

2 comments:

nizamsani said...

wah.
banyaknya koleksi.
jeles.

Mizah Adam said...

eleh. pastilah anda ada lagi banyak koleksi daripada ini. tak baik tipu woo. dosa. kehkeh