Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Tuesday, 26 July 2011

Malu

Assalamualaikum. Salam satu Malaysia.

Sains Instrumentasi.
Instrumentation Science.

Pelik sangat ke nama kos aku? Tak pernah dengar ke?

Ok, kalau kau budak aliran sastera, pertanian, ekonomi, pendidikan, ekologi, medic, pure science, dan sebagainya, aku maafkan. Tapi, kalau kau budak engineering or teknikal, dan tak pernah dengar atau tahu, aku rasa, ye, aku rasa kau yang pelik.

Bukan kos aku. Bukan.

Sebab, instrumentasi ni sangat closely related to engineering, especially electrical and electronics engineering. Kalau universiti lain, such as UTeM, kos ni dah dipanggil Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan. Tapi di UPM memang unik, kami di bawah Fakulti Sains, di bawah Jabatan Fizik. Tapi sama je apa yang kitorang belajar, takde banyak beza pun. Memang! Memang natang ni banyak pasal Fizik pun. Engineering pun banyak main Fizik. In fact, engineering tu sub kepada sains. So? Apedehal?

So, bukak minda, ubah mindset tu. Apsal nak buat muka pelik yang amat bila dengar Sains Instrumentasi tu? Sedap sangat eh? Bunyi megah sangat eh? Ke? Thank you very much kalau itu yang kau fikirkan, tapi kalau sebab tak tahu, rasa pelik, well, kau yang korok.

Apsal kalau sebut Electrical/Electronics Engineering (EE), semua pun akan "ooooohh.. kos tu..ye2", padahal kau tak tahu pun subjek-subjek dalam kos tu or its sillabus. Takat tahu nama je. Apsal? Sebab dah biasa dengar kan? So, biasa-biasakanlah telinga dan minda kau tu untuk dengar nama Sains Instrumentasi ni.

First, kau nak cari fresh graduate masuk company kau, tapi bila sebut nama kos ni kau tak pernah dengar. Pastu bila aku explain dah secara detail, kau still tak paham. Aku siap buat contoh pun kau macam paham-paham tak paham je. Pastu bila aku cakap "ala, ni lebih kurang electronics enginnering je ni", kau pun "ooooh, cakap la dari awal tadi..kan senang". Duh?? Dari contoh yang aku bagi tadi dah nampak dah ke-electronic-an-nya. (=.=)"

Secondly, aku mintak kau explain pasal jobs position yang ada dalam company kau. Kau pun cerita bukan main, semangat betul. Okay, aku dengar. Rilek je. Pastu bila aku tanya "dah tu kos macam saya ni letak mana? bahagian EE la kan?", kau pun kata "Emm tapi biasanya kitorang ambik budak engineering je". Duh! Okay yang ni aku tak rilek dah. Aku tengok kau dah macam kecikkkkk je pastu aku angkat kaki blah. Membazir air liur rupanya aku explain kat kau pasal kos aku tadi, tak paham2 jugak rupanya.

Sains Instrumentasi.
Instrumentation Science.

Aku bangga dengan kos aku. Aku tak malu bila nanti junior masuk, aku akan cakap "Hai semua, nama saya Siti Noor Hamizah Binti Adam, tahun ketiga dalam kos Sains Instrumentasi di Fakulti Sains."

Bunyi lain tu dari lain. Aku bangga. ^.^

Kau, kau dan kau, bukak minda. Jangan nak biasa sangat dengan kebiasaan.

P/S: Tajuk post ni Malu, sebab ia ditujukan kepada mereka yang duk interview tapi tak tahu nama kos yang wujud di muka bumi ni. Ye, korang patut malu. Aku tahulah kena explain tu maybe salah satu cara kau nak evaluate job seeker tu dari segi communication skills ke hape ke. Tapi dah kalau kau tak paham langsung, bebal namanya kau ni, bukan budak tu yang tak reti nak explain.

Peh. Panjangnya P/S.

11 comments:

kingMidas said...

good, god dayyyum.....

aku pun rasa malu kat gak...

sebab adanya org cenggitu kat negara nih...

haha... btw no worries...

dont work with stupid employers..

you deserve better dowh... ;)

Mizah Adam said...

yeah.. thanks lan! ko pun deserve better gak. :D

sparkling_deepred said...

ooo igtkan macam kassim selamat main alat musik. ooo

Mizah Adam said...

cett. ape kassim selamat sorg je ke main alat muzik? hehe.

tp tp. i mmg main alat muzik pun. heeee :D

amanina said...

akak nak tanye sikit...btul ke sains instrumentasi nie susa?? n ramai student cina??

Mizah Adam said...

hi kak amanina.. sorry lambat nampak komen ni.. bagi saya kos ni tak susah, mmg sepadan la dgn level degree. banyak main fizik, especially electrical & electronics. sbb sy amik ni kat upm, sains instrumentasi upm bawah jabatan fizik fakulti sains. jadi sy byk belajar pasal fizik moden jugak la. dlm kos ni bg batch saya, seimbang je cina n melayu. student cina pun mcm kita juga kak, xde ape lebih pun diorg tu. cuma diorg lebih rajin je dr kita. knp akak tny ye?

Mizah Adam said...

eheh, sorry amanina. sy igtkan awak bahasakan diri awak kak. kikiki, sorry sgt! btw, selamat dtg ke upm in advance yer!

eqin =) said...

sy asyiqqin,,amek kos yg sme ngn akak...bru je nk msuk upm..nk tyne ckit..t kn kte bley keje kt mne ye??cth pkerjaan 2?


Mizah Adam said...

keje? peh luas dik bidang ni, jgn risau. kat sirim boleh, kilang2, hospital, lab RnD.. sume boleh. biasanya bahagian calibration, electronics check gtu la. nnti dah masuk upm kita jumpa eh. sedara shrek/haniff eh?

eqin =) said...

owh...thnx taw 4 info yg akak bgtau 2..rmai yg tnye sy kos pe 2 sains instrument nie..erm,,haniff??xknal r kak sape 2..hee...jmpe kat cne t ye =)

Mizah Adam said...

ko ckp je ko blaja muzik dik.. haha. arite see you!