Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Wednesday, 20 July 2011

Kebaikan

Form 3. SMK Aku Dulu.

Aku pengawas, minggu tu aku duty jaga tangga. Tangga depan ofis sekolah. Yeah, aku tahu orang dewasa gelak terkekeh-kekeh bila dengar  duty 'jaga tangga'. Mereka akan tanya, "Taknak kasi roboh eh? Tangga tu dah uzur so kena jaga taknak kasi tumbang?" Whatever. Okay, panas telinga tahu tak dengar gurauan yang langsung tak kelakar tu. Kepada orang dewasa sekarang ni ataupun yang akan jadi dewasa semua, lain kali takyah tanya pengawas sekolah yang bukan-bukan kalau dengar mereka kena jaga tangga. Annoying, okay.

Berbalik kepada motif asal aku nak tulis post ni. Sekolah aku ni, pengawasnya makan lepas waktu rehat. Tapi pada hari yang indah/malang ini (hari-hari aku masa form 3 semuanya indah belaka, kecuali yang ini.) aku bawa bekal ke sekolah. Jadinya masa duty tu pun aku bawa la terus bekal tu sekali. Menu: sandwic. Kalau ade sandwic, mestilah ada roti, kan? Depan tangga tu pulak, boleh nampak bumbung susur gajah yang di bawah. Jadi sedang-sedang aku jaga tu, aku ternampaklah dua tiga ekor burung pipit di ata bumbung susur gajah tu. Berbekalkan rasa kasih terhadap burung yang mak aku tanam dalam diri aku, maka aku pun cubit la empat lima kali roti sandwic aku tu dan baling ke atas bumbung susur gajah tu. Dengan harapan burung-burung tu makan lah. Dan, burung-burung tu makan. Aku pun jadi suka hati. Yay. Aku cubitlah lagi beberapa kali lagi. Baling lagi.

Sampailah, ada seorang cikgu tu naik tangga. "Assalamualaikum cikgu.", elok je aku bagi salam. "Dari tadi saya tengok awak. Awak buang sampah atas bumbung ye? Awak ni pengawas. Jadilah contoh yang baik. Kalau pelajar lain nampak, mereka pun tak hairan nak buang sampah sebab pengawas pun buang sampah merata.", cikgu tu balas balik, tanpa membalas salam aku.

Whut? Huh? Berair mata aku time cikgu tu tegur. Sedih laa. Aku nak buat baik ni.


Form 5. SMT Aku Dulu.

Aku AJK asrama. AJK Dobi je, tak susah mana pun. Disebabkan aku ni AJK, maka aku menetaplah di dorm yang khas untuk AJK. Ground floor. Yahuu tak payah naik tangga. Dan depan dorm tu ada la tanah lapang sikit. Cukup lapang la jugak sampaikan budak-budak bola jaring pun boleh training kat situ malam-malam.. Haha.

Dan di sekolah tu ada lah dalam dua tiga ekor kucing yang terbiar. Yang kurap, yang buta, yang kencing merata, memang kucing terbiarlah. Aku ni pulak memang bela kucing kat rumah. Jadi perasaan sayang terhadap kucing ni memang ada dah, segar, mekar.

Jadinya bila hujung minggu balik rumah, aku ceritalah dekat mak aku, ada kucing itu ini berapa ekor jantan berapa betina berapa ada warna ape semualah. Then mak aku tanya, "Korang ada bagi makan tak? Bagi makan apa?". Aku pun jawab la "Aaaa kalau ada ikan lebih ke, ayam lebih ke kat Dewan Makan tu kami bawak la balik asrama bagi kucing tu sikit. Apa-apa yang ade jela. Kadang-kadang meggi pun dia ngap jugak." Lalu mak aku pun memberi aku sebotol bekas kuih raya yang berisi biskut kucing. Banyak la tu kan? Boleh la tahan sebulan dua.

Maka di asrama, aku simpan bekas tu di rak kasut. Aku tak mau letak dalam dorm, nanti berbau. Tak enak nanti bila kami nak tidur. Petang-petang agak-agak sebelum keluar riadah, aku bagi la makhluk Tuhan ni makan. Sampaikan budak junior pun kenal aku sebagai si pemberi kucing-kucing ni makan.

Sehinggalah, semasa kami prep petaang ke sekolah ke entah aku tak ingat, PK HEM yang serba serbi popular itu membuat satu spot check di asrama kami. Agak-agak dah petang sikit, PK HEM itu mengumpul kami di suatu kawasan lapang, sebelah asrama.
"Saya ada buat spot check tadi. Agak-agak saya nampak barang yang tak berkenaan je, saya rampas terus."
Aku rileks lagi.
"Apalah, itu ini pun nak bawak... pot..pet....pot...pet..." dia teruskan dengan bebelan dia.
Aku cool lagi. Aku kan budak baik, memang takdelah aku nak bawa barang bukan-bukan ke asrama.
"Ada pulak tu, siap bawak makanan kucing. Manalah kucing-kucing ni tak terus duduk di sekolah ni. Ada yang rajin jadi tukang bagi makan rupanya."

Whut? Huh? Okay. Start dari situ mata aku berair dah. Habis je roll call, aku balik dorm, check, memang dah tak ade bekas makanan tu. Aku tak faham. Dengar cerita, PK HEM tu pun suka kucing, ada bela kucing kat rumah. Takkan dia tak faham apa yang aku sedang lakukan?

The thing is, bagi aku, kalu kita nak buat baik tu adaaaa je halangannya kan. Kalau bukan itu, ini. KAlau bukan ini, itu. Macam-macam dugaan. Buat baik ni, bukan sesama manusia je yang perlu. Dengan makhluk lain pun perlu jugak. Tak kisahlah binatang ke, tumbuhan ke, even dengan rumput pun kena buat baik jugak, okay.

Guys, keep up the good work. Don't EVER stop.

click on it to read an article bout it.
Peace. Is that hard?

4 comments:

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

kahkahkahkahhhh.. aku nak gelak ade. nak kesian pun ade bace cerita kau ni. takpe la. org tak tahu niat kitekan..

btw, dulu aku duty jage tangge jugak! masa sekolah rendah la. heheee

kingMidas said...

dulu aku slalu kena thn dengan pengawas tangga.... sebab datang skolah lambat @ tak turun waktu rehat, dulu aku fikir pengawas tangga ni leceh, tapi pas baca cerita ko.... baru aku tahu,pengawas tangga ni mulia juga kerjanya... kui3... btw, good one!

Mizah Adam said...

ema: haha~ buat apa? jaga tangga. haha
lan: mulia taw2! haha!

kingMidas said...

quote= pengawas tangga