Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Wednesday, 27 July 2011

Dialog

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia. 
Biarlah apa badai yang datang melanda Malaysia sekalipun, aku akan tetap tulis Salam Satu Malaysia ni. Sebab aku dah banyak kali baca Rukun Negara, dah banyak kali nyanyi lagu Negaraku. So, kiranya aku berjanji sumpah setia pada Malaysia kan? So aku takkan langgar apa yang aku dah janji dan hayati. Sekian, okay, sekian.

Tapi! Haaa. Dialog. Dialog ape? Okay, sekarang ni bebudak Uni tengah cuti sem. Kali ni cuti panjang woo. 3 bulan approximately. So, ramai la yang buat plan itu ini untuk fill up their time. Mostly resolve to kerja sambilan la. So bagi kami yang jenis resolve to duduk rumah sahaja tak buat apa2 ni, ni lah dialog yang biasa akan berlaku.

1)
Lawa: Siti, cuti ni kau buat ape je?
Siti: Filter angin kat rumah... Kau?
Lawa: Kira bulu kucing aku.

2)
Iwan: Apsal ko tak keje wey?
Noor: Aku dah cari, bukan tak cari.. tapi.. keja yang taknak kat aku..Kau? Apsal tak kerja?
Iwan: Err.. Mak aku tak kasi?
Noor: Puih!

3).....
...

Turns out to be, kerja hakiki kami jenis yang macam ni semasa cuti sem ialah mencipta alasan paling kreatif dan lawak tingtong sebab-sebab kenapa tidak bekerja.

XD.

Loves, yakni kawan-kawan dan para pensyarah. Aku rindu UPM! Haha. Pengakuan paling ikhlas aku pernah buat terhadap sesebuah institusi pengajian selama hayat aku.

Wargh wargh cepatlah masa berlalu, tolonglah. Kali ni masuk semester balik, aku takkan merungut lagi dah semasa test, semasa exam, semasa buat lab report yang sangat panjang berjela lagi leceh, semasa dapat result test yang naik turun, semasa dalam kelas menahan mengatuk akibat lecturer yang _______(sila isi tempat kosong ini dengan kreativiti anda sendiri, hehe!) , semasa terpaksa menunggu dengan lama sebab bas takde.

Juga semasa terpaksa bersengkang mata akibat buat assignment last minute, semasa terpaksa menahan amarah dalam diri tatkala geram dengan 'kawan sepejabat', semasa menahan echo di dalam telinga akibat daripada jamming sejam non-stop, semasa meredah hujan/terik menuju ke ITMA terchenta, semasa menunggu giliran untuk solat di waktu kemuncak (Zohor/Asar/Maghrib), semasa melopong di hadapan almari memikirkan baju apa yang nak dipakai, semasa menahan penat kaki sebab suka sangat merayau-rayau dalam kampus.

Lagi, semasa mengendong bag yang berat akibat terlalu banyak barang yang perlu di bawa, semasa menahan geram dek kerenah demo lab, semasa terpaksa menunggu dengan lama untuk start meeting (orang Malaysia kan, hhmmmph), semasa kemas-kemas bilik, semasa memilih menu apa untuk dimakan di kafe pada hari itu, semasa...semasa... banyak lagilah!

Ye, aku berjanji takkan merungut lagi dah. Dan kalian semua saksi terhadap perjanjian ini. Perjanjian antara Mizah dengan Mizah. Maka kepada rakan-rakan aku yang nampak aku ada merungut-rungut lagi masuk sem nanti, anda digalakkan untuk menasihatkan aku. Kalau aku tak mau dengar, kalian sekeh je kepala aku ni. Saya membenarkannya. Tapi tapi, itu kalau saya merungut secara berlebihan la, kalau sikit sikit je takpe. Hehe. Aku pun manusia jugak!

P/S: Akulah yang filter angin di rumah itu. Itu line aku. Hakcipta Mizah Adam yer. Kelakar kan?? Tak? Tak kelakar? Okay fine. Duduk rumah ni, kreativiti level aku dah kurang. Sekian.

Ni filter angin. 
Mizah Adam = Filter angin.
Maka, ini adalah potret aku.
Haha! :P

2 comments:

Mizah Adam said...

Kalau kalian jenis duduk rumah macam aku, ataupun kreatif, ataupun saje2 takde kerja..

buatkan dialog untuk nombor 3 tuu? hehe. thanks!

sparkling_deepred said...

no 3 ialah zzzzzzz