Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Wednesday, 27 July 2011

Cweet Cangat!

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Abdul Dubook! Aku, eh, saya, eh, ikut cara Luca lah. Gua pinjam gambar ni sat. Tapi aku gua nak promote pun, so okaylah, kan?

Ini adalah sebuah buku.

Ya, pada Urbanscapes yang lepas (yup, aku pergi urbanscapes, tapi takmau update pasal tu, sebab bagi aku Urbanscapes tiada apa-apa yang menarik pun. Liyana Fizi yang menarik, mungkin. Tapi aku tak berapa berkenanlah dengan urbanscapes ni)...aku kat mana tadi? 

Oh. Ya, pada Urbanscapes yang lepas (yup, aku pergi urbanscapes, tapi takmau update pasal tu, sebab bagi aku Urbanscapes tiada apa-apa yang menarik pun. Liyana Fizi yang menarik, mungkin. Tapi aku tak berapa berkenanlah dengan urbanscapes ni) aku telah memborong sebanyak tujuh buah buku alternatif/zine (some like to call them buku indie, whichever fits in your mind lah). Dan maka dengan itu fulus aku juga telah dilaburkan sebanyak tiga digit. Tapi berbaloi aku rasa. Sebab aku telah melabur untuk memajukan industri buku-buku kreatif zaman kini (ecewah), dan aku telah menyokong buatan tempatan. Berbanding kalau dulu aku suka beli novel-novel luar negara yang harganya 3kali ganda daripada buku-buku yang aku beli ni. 

So dalam tujuh bijik buku yang aku beli tu, buku ini adalah salah satu daripadanya.Catatan Nizam Sani tajuknya. Dan, yup, memang ini buku untuk orang yang malas membaca. Betul! Aku tak tipu! Isi dalamnya cukup ringkas. Tapi padat. Dan kau akan dapat poin yang si Nizam ni nak cerita, secara langsung, straight-forward. Takde nak kena pusing-pusing otak kau fikir maksud ghaib cerita tu, macam kebanyakan cerita Sufian Abbas. (Haha. Sori Sufian, kau punya cerita tetap terbaboooo. Aku saja je selit nama kau.) 

Bagi aku, buku ni, buku yang kecil molek dan menghiburkan ni, sangat sweet. Cweet cangat bak kata lulufifi. Dan pada pendapat aku, setiap suami di dunia ini sepatutnya buat satu buku macam ini untuk isteri/isteri-isteri tercinta. Kecil nipis je takpe, janji ada buku tu untuk isteri kau. Aku tak tahulah si Nizam ni ada dedicate buku ni untuk isteri dia ke tak, tapi aku rasa, kalau isteri dia baca, mesti sengih lebar tujuh ela punyalah! Betul!

Jadi kepada para suami atau bakal suami, buatlah buku macamni untuk pasangan anda! Konfem bahagia tujuh keturunan punya! Aku tak tipoooooooo woooooo.

Oh, dan. Bagi aku, yang menarik di Urbanscapes hari tu ialah booth FIXI. Sebenarnya itulah niat asal aku pergi ke sana. Pastu dapat pulak bersua muka dengan Amir Muhammad, Hadi, dan Fared Ayam. Mungkin ada lagi penulis di situ yang aku tak cam mukanya. Tapi andainya ada penulis-penulis buku yang best gila nak mampos ini di booth itu juga, ya, anda memang terbaik! Keep on making supergood stories, guys!

Oh lagi! Credits to MatLuthfi90 yang memfofularkan quote Cweet Cangat. Aku pinjam jugak sat naaa.

Sekian. 

P/S (i) : Aku menanti sesiapa yang nak buat buku untuk aku. Haha!
P/S (ii) : Macamlah ade. Huh!
P/S (iii) : Berangan je. Buat buku untuk diri sendirilah nampak gayanya.. Hehe!
P/S (iv) : Oh, kalau korang nak beli buku yang aku reviu ni, boleh beli di sini,
P/S (v) : Nak beli buku-buku FIXI pulak, kat sini http://fixi.com.my/

:)))))))))))

7 comments:

sparkling_deepred said...

gua first. haha. apa pekdah. nk pinjam

sparkling_deepred said...

gua second plak. apa pekdah lg. haha. apa kata lu karang ayat2 lu dan propose pd fixi ni. gua rasa lu mampu.

Mizah Adam said...

nak pinjam kalu mai umah laa. ingatkan gua.

gua rasa.. gua nak karang lagi barang sepuluh cerita lagi ke. baru gua hantar.
teehee!

nizamsani said...

mizah, terima kasih. :)

Mizah Adam said...

sama-sama saudara nizam! kirim salam kat orang rumah. dia sgt bertuah!

sparkling_deepred said...

lu buat la sementara lu cuti ni. gua cabar lu ni.

Mizah Adam said...

fine. gua amek cabaran lu! gua ada namecard aloy paradoks tau, lu jgn main2. :]