Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 22 July 2011

Cerita Atuk

Tadi masa aku tengok bola sepak Malaysia lawan Chelsea, banyak "cerita atuk" yang berlegar-legar dalam otak aku ni. And I just need to get it out. Hehe.

Aku bayangkan pemain-pemain Malaysia ni 20-30 tahun akan datang, bila depa suma dah ada cucu.

Farizal Marlias cakap:
"Cu.. dulu atuk pernah tangkis bola Drogba!!"

Subramaniam cakap:
"Dulu, atuk pernah main tolak-tolak, main cak-cak dengan Torres!"

Thamil Arasu cakap:
"Atuk pernah nak gol-kan dulu oo lawan chelsea oo! Kencang tuu bola atuk! Serong siiikiiiit je"

Wan Zack cakap:
"Eleh, Anelka punya kaki pun sama laju macam atuk je jugak. Takdelah laju sangat.."

Amri Yahyah cakap:
"Atuk memang gatal dah kaki ni nak golkan, tahu tak?? Gataaaaal je kaki ni."

Norzamani cakap:
"Atuk dulu bagi high 5 dengan Terry!!"

Dan dan lepas dah habis tengok game tu, aku terpikir pulak masa depan linesman tu. Tak payah 20-30 tahun, keesokan hari je.

Bini linesman tu cakap:
"abang, mcmana sy nk g pasar beli ikan tu lagi bang?? semua org duk kutuk abang pasal tak reti jaga line. saya yg jadi mangsa tenungan maut diorg!"


-sekian-

2 comments:

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

hahahaaa...! best!

Mizah Adam said...

haha.. thanks ema! XD