Wednesday 31 March 2010

Pesta Memesta Buku Memuku..ehh

Assalamualaikum. Salam satu Malaysia.

Cakap pasal satu Malaysia, teringat kelas Kenegaraan semalam.

Bincang pasal masyarakat majmuk, salah satu puncanya ialah kahwin campur.
Dr. terus tanya, "Siapa nak kawen campur?"

3 org angkat tangan. Salah sorangnya aku. Hehe.

"Tgk tu. Tak ramai yg rela. Camane nak kate majmuk? Okaylah. Katakan saya Perdana Menteri sekarang. Saya wajibkan, setiap org kene kawen campur. Kalau tak, saya hukum mati. Hahaha. Jadi saya bagi 3 minit je utk kamu pikir nak kawen dgn sape, tp mestilah dgn org yg kamu kenal. Kalau artis, semua nak kawen dengan Siti Nurhaliza..."

Nak tau aku pikir sape??? Ehee.. Adalah... Kui3..

Bila Dr. tanya aku, aku jawab, mana leh bagitau, nnt kantoi la sbb org ni Dr. kenal... Ahakz!!

Okaylah, aku nak cter pasal Pesta Buku lah. Haish. Aku g dgn Hawa hari Selasa lepas.
PErgi hari bekerja mmgla best sbb kurang orang, tapi star yg dtg pun mmg xnmpk langsung la kan.. Sbb biasanya star dtg weekends.. tapi takpelah..

Kali ni punya Pesta Buku tak berapa nak meriah sebab aku takde target nak beli apa and Hawa pun sama. Tapi, kegiatan mengeluarkan duit dari dompet kami mmg sangat3 meriah.

Sape kate pegi Pesta Buku tanpa tujuan tak meriah???? Meriah sajalah.. Dah nama pun Pesta!!

Aku ingatkan tahun ni boleh jumpa Chin Yew lagi macam tahun lepas, tp yg aku jumpa komik dia adalah. Haha. Xpe. Yg penting Chin Yew  dah tahu aku support dia.

Come.. Let the pictures do the talking...

Tgk Chin Yew punya Love Letter tersenarai dlm calon apa ntah... kurang pasti/ingat..

Dgn Keith punya Lawak Kampus..

Haha. Tak jumpe orangnya tapi dapat majalah yg ada muke dia pun jadi ler...

Yah!! Buku2 Sang Freud Press!!! O yeah dlm genggaman aku jua akhirnya.. yeehaa!

Ko tengok. Ini namanya tak plan nak beli apa2??? Haha~

 Manikam Kalbu punya tshirt... o yeah! Sekali Faisal buat tshirt daaa... Beli!!


So that's about it. Yg spoil kan Pesta Buku ni satu jer.. Promoter2 linguaphone or kursus2 BI... bak kata Hawa macam dalam crite Nemo lak.. Nak kena elak obor2 yang banyak tu.. Kitorg dah macam pelarian dari penjara dah akibat nak elakkan sangat drpd promoter2 tuh..
Helo. Kalo kitorg nyer BI hampeh, kitorg tak tahu apa maksud KLIBF okay. Antara alasan yg aku bagi kalu kene stop dgn promoter2 nih:

Soalan: Umur berapa dik?? (mamat yg tny soklan ni)
Aku: Mana elok tanya umur org popuan lah!

Soalan: Stadi ke keje?
Aku: (Geleng2) Dua2 bukan!!

Soalan: Is your BI good?
Aku: Ofkos la! Kalau tak saya tak tahu apa yg awak ckpkan tu! Duh!

Promoter: Kejap je dikk, kejap je
Aku: Xpelah, dr tahun lepas lagi dah kene tahan gni.. kejap ke hape..

Haha! Apedaa spoil betol.. Cuba la korg amalkan konsep "Kalau mereka mahu maka mereka akan dtg.." Xpun tanamkan sifat "Kalo dorg nak, msti dorg dtg cari..."

Haish. Tapi, dgn kehadiran mereka maka journey eksplorasi Pesta Buku itu jadi interesting. HAHA!!

Jom, tggu KLIBF seterusnya... Yeeha!

p/s: Hawa, next time save duit dulu... ohoho~ dahla borong tudung banyak2...
(lalalalala~ nak jugak post kat BLOG.. suka hati la its my BLOG okay.. lalalala~)

Thursday 11 March 2010

Beberapa Part (3)

Tadi aku pergi library. Mula2 online sebab henset aku jadi arwah kejap.
Lepas tu aku nak buat lab report.
Tetibe lak aku nmpak, segerombolan budak2 tadika.
Kecik2 je comel2 je pakai uniform biru kotak-kotak kecik. Dengan cikgu dia 3 orang.
Uii seronoknya mereka masuk library. Library U beb!
Kalau aku masa umur 6 tahun masuk library U pun aku bingit jugak! Besar tak hingat! (Memandangkan umur 6 tahun badan kecik2 lagi kan).
Okay dah. Aku nmpak kat pintu masuk je. Tak tahu lah mereka round dekat floor mana.

Lepas dah habis buat kerja, aku duduk lah kat bangku kat luar library.
Aku ada beli Ribena mutant dengan Lemon, so aku nak minumlah, tekak aku dah mintak air.
Bila aku pusing je penutup, budak2 kecik yang ramai tadi keluar.
Ada sorang tu dah nampak Ribena kat tangan aku.
Pelan2 aku sorok kat belakang aku.
Mampus aku kalau sat lagi dia kata,
"Cikgu!!! Kat sini ada Ribena ek?? Tadi saya nampak kakak tu minum! Saya nak jugak??".
Tak pasal2 kang aku kene saman/bayarkan utk diorang. Haih.

Okay. So takde org perasan dah Ribena tu.
Cikgu dia cakap, "Anak2, kita nak tinggalkan dah.. Apa ni? Perpus ta ka..???".
"AN!!!!!!", budak2 punya reply.
Haha chomel. Sambung belakang je kan. Sengih lebar aku.

Then mereka turun tangga lalu hilang dari pandangan aku.
Aku sambung balik minum Ribena.

Sambil minum tu, aku terpikir. Budak2 ni nanti ingat lagi ke mereka pernah datang sini sewaktu umur 6 tahun dalam..... lets say 10 tahun akan datang??

Aku time tadika.... Banyak jugak kot aku ingat.

a) Lutut aku berdarah sebab aku lompat dari tangga bas PakCik Isa (nama pun igt). Lompat pastu landing kat lutut kan.. memang berdarah la..

b) Buat persembahan masa nak abes tu.. menari. Haha! Mak datang nak mekap aku tapi tak bawak blusher so beliau tenyeh lipstick je kat pipi aku... I like!

c) Selalu pindah tempat duduk sbb masalah peribadi... Chewah2..

d) Rasa mee goreng macam getah tu. Tapi sedap! Tapi mak selalu bekalkan dengan roti. Tapi member sebelah selalu nak pau satu padahal mak bekalkan cukup2 je utk aku...

e)Nombor2 dalam bahasa Cina aku tahu sampai lapan je. Itupun sebab count utk step menari. Kalau tak? Haram tak tahu. Haha. Xde kesedaran lagi nak belajar bahasa asing time itu.

Eh.. kalau nak list ni panjang nih. Banyak aku ingat. Dengan jiran yang bernama  Sapua lagi.... Isk2... Boleh kata banyak la jugak tu...

P/S: Otw nak abes 2nd sem? Means otw nak abes 1st year???

Beberapa Part (2)

Pagi tadi ada buat eksperimen kimia.
Dalam eksperimen tu ada jangkamasa tertentu yang kita kena ambil bacaan suhu bahan tu.
Mula-mula jarak dia setiap 15 saat. 
Gelabah jugak sebab terkocoh2 nak kacau sambil tengok jam sambil ambil bacaan suhu.
Pastu jarak dia setiap 30 saat pulak.
Okay. Kali ni rileks sikit sebab panjang 15 saat daripada yg mula-mula.
Macam biasa, eksperimen kene ulang beberapa kali.
Bila dah masuk ulangan yang kedua, terasa 30 saat macam lama.
Yang 15 saat macam biasa2 je.
Sebab, di antara setiap 30 saat tu aku boleh fikir pasal apa aku nak buat esok, sempat tengok mimik muka budak meja depan, bole fikir macamana kalau bahan tu aku letakkan dalam almari panas2, bole fikir kenapa puan lab assistance tu handal sangat.

Tadi petang, kakak aku tanya aku. 
Dah nak masuk tengah bulan 3 dah ek?
Aku pulak fikir, final sem ni dah nak dekat dah la.
Kakak aku tanya lagi. Dulu2 punya satu jam macam lama kan?

Beberapa Part (1)

Hari ni je dah berapa kali aku tengok jam tangan.
Tapi sekadar tengok je.
Aku tak ambil perhatian pun pasal kedudukan jarum panjang atau jarum pendek.
Jarum saat takde, sebab... well, FOSSIL kan? Hehe.
Bila aku tengok jam aku, aku pun tak pasti apa yang aku tengok sebenarnya.
Kenapa otak aku bagi arahan suruh tengok jam pun aku tak tahu.
Tapi tangan dan mata aku pasti akan memberi refleks kepada satu sama lain, agar kelakuan tengok jam itu berlaku.
Apa yang aku fikirkan masa aku tengok jam itu pun aku tak tahu lah.
Keadaan luar sedar mungkin.
Tapi tadi petang aku tengok jam lagi sekali.
Baru aku terpikir.
Hari ni je dah berapa kali aku tengok jam tangan.
Tapi sekadar tengok je.
Aku tak ambil perhatian pun pasal kedudukan jarum panjang atau jarum pendek.
Jarum saat takde, sebab... well, FOSSIL kan? Hehe.
Bila aku tengok jam aku, aku pun tak pasti apa yang aku tengok sebenarnya.
Kenapa otak aku bagi arahan suruh tengok jam pun aku tak tahu.
Tapi tangan dan mata aku pasti akan memberi refleks kepada satu sama lain, agar kelakuan tengok jam itu berlaku.
Apa yang aku fikirkan masa aku tengok jam itu pun aku tak tahu lah.
Keadaan luar sedar mungkin.
Bila dah kembali sedar, baru jelas segala2nya.
Dah pukul 5.50 petang dah.

Monday 8 March 2010

Jangan Percaya.

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Hakikatnya aku tahu tak ramai, perhaps takde pun org selain Melayu yg baca blog kudus ni. Takpe. Pak Najib punya saranan. Kita sahut. ye tak??


Nih. Lepas baca blog blogger terkenal, Hanis Zalikha, mmg student U pun tak bole nak percaya dah la kan. Gi baca blog dia kalau nak tahu kenapa. Aku malas nak ulas balik kat sini. Haha.

Nih lagi. Keropok2 makanan ringan/cikedis/jajan pun jangan la nak percaya lagi dah. Bila pegang, mmg nmpak mcm mampat je kan. Padat. Penuh. Kalau ia kata 150 gram. Jangan harap la nak makan 150 gram cikedis tu.

Pastu lagi. Sekarang ni tgh hot pasal buat duit kat Facebook. Kat Uni pun ada gak. Minat nak buat duit blablabla sila datang jumpa saya di blablabla untung mampu tampung hidup sepanjang pengajian blablabla apa-apalah oii... Bala je adalah. Macamana mahasiswa2 ni boleh percaya pun aku tak tahu lah. Yang pasal kat Facebook tu, korang boleh renung2kan kat sini.<----Klik!

Sekarang ni. Bukan takat khabar angin je tak boleh percaya. Surat khabar pun tak boleh percaya dah. Eyy.. percaya la cakap aku, sebab aku dah kena dah.. Aku tahu la apa yg tak boleh percaya nye... Nak bukti? Nah ambik kau bukti ni haa:

 
Antara yang tak boleh percaya:

1) Pelajar2 dari Kolej Kediaman 15. Bukan.. Kolej 12 lah.. Salah tu..
2) Turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Duh? Seingat aku anugerah tu tak wujud pun malam tu.. Kalau kata pemain dram terbaik tu adalah. Haish. Khurafat betol.

Takpelah. Yang penting keluar surat khabar lagi. Kali ini aku puas sebab aku senyum lebar tak hengat (akak aku kata mcm katak..huh?!?), pastu kali ni semua2 anggota Synchro masuk.. even Crystal dgn pakcik driver pun. Hoho. Sape pakcik driver, korang tenung2 la sendiri.. Ekeke~

Well, thanks reporter! Tapi next time tulis fakta betul2 yer. Kalau tak sia-sia je. Lembu punya susu, sapi dapat nama eyy...

p/s: Berita Harian bahagian Varsiti, 4 Mac 2010. Pun sama macam Kosmo!, cari link tapi tak jumpa. Hurmmm...