Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Thursday, 21 October 2010

Self-Defense

Elsa seorang gadis. Sepastinya jika kita terdengar nama Elsa, kita tahu dia adalah seorang gadis. Melainkan kalau ada kawan kita yang berjantina lagi satu bernama Elsa. Ye, dalam dunia ni ada DUA JANTINA SAHAJA.

Hari ini hari Ahad. Elsa telah berjanji dengan kawan-kawannya untuk berjimba-jimbi di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur in terms of Berjaya Times Square, Bukit Bintang Plaza, Imbi Plaza, Kuala Lumpur Plaza, Lot 10, Low Yat Plaza, dan Sungei Wang Plaza. Ya. Memang Elsa mahu berjimba sakan hari ini.

Sebelum itu, papa Elsa telah berpesan macam-macam kepada Elsa. "Elsa, tak payah bawak beg besar-besar dan gelebeh-gelebeh sangat; nanti kena ragut. Elsa, jangan jalan menonong je; tengok kiri-kanan. Bukan semua orang tu orang baik. Elsa, kalau tak pasti dengan jalan, jangan buat muka konfius. Buat muka konfiden; supaya penipu takut nak tipu kita. Elsa, kalau jalan di tepi jalan raya; jalan bertentangan arah. Elsa, jangan jalan di jalan atau lorong yang takde orang; bahaya. Elsa; jangan pakai high heels; nanti kalau ada emergency susah nak lari. Elsa, kalau naik teksi; jangan naik seorang-seorang. Naik dengan kawan2 kamu tu. Lagipun tambang mahal sekarang ni. Esok papa tak ada nak hantar kamu ke tempat yang kamu nak jumpa kawan-kawan kamu tu. Paham?".

"Okay Papa", kata Elsa separuh hati sambil mendengar omelan papanya.
"Tengok tu. Papa cakap takmau dengar",balas Papa.
"Mana ada. Orang dengarlaaaaaaa. Iye2, orang buatlah semua tu nanti", jawab Elsa

Elsa kini di stesen bas. Elsa berjanji dengan kawan-kawannya mahu berjumpa di Berjaya Times Square dahulu. Okay, mari kita skip segala stesen yang Elsa lalu.

Kini, Elsa di Jalan Bukit Bintang. Dan kini Elsa harus jalan kaki ke Berjaya Times Square. Walaupun Elsa mahu tak mahu sahaja mendengar pesanan papanya, namun Elsa masih merasakan yang papanya seolah-olah boleh nampak apa yang Elsa lakukan. Jadi, Elsa jalan kaki bertentangan arah trafik. Elsa tak bawa beg besar-besar gelebeh-gelebeh, hanya dompet dalam poket dan henfon yang digenggam kuat-kuat dalam tangan. Elsa tak berjalan di lorong-lorong atau jalan-jalan yang tiada orang. Sambil berjalan, mata Elsa melilau tengok orang di sekelilingnya. Elsa tak percayakan peminta sedekah yang menghulurkan mangkuk usang. Elsa tak naik teksi walaupun Elsa dah terasa panas sangat. Dan Elsa pasang muka paling konfiden yang Elsa ada.


Elsa kini sedang berjalan di tepi jalan raya, hampir dengan Berjaya Times Square. WENNGGG!!! PRENNGG!!! VOOOMMM!! bunyi-bunyi motor yang super laju di jalan raya. Elsa jadi takut. Elsa takut sangat kalau-kalau itu geng peragut. Elsa takut sangat sampai Elsa genggam erat sangat-sangat-sangat-sangat henfon Elsa. Tiba-tiba PEK! Henfon Elsa kemek kiri kanan. Terpadam terus dan tak boleh on walaupun Elsa dah cuba berdozen kali. Itulah satu-satunya alat penghubung yang boleh menemukan Elsa dengan kawan-kawannya.

Elsa tergamam.

......

Elsa masuk juga ke dalam Berjaya Times Square. Elsa tunggu kawan-kawan Elsa di depan 7E sebab mereka janji untuk bertemu di situ. Tapi Elsa tahu Elsa dah lambat 1 jam sebab Elsa salah naik bas, salah masuk lorong, dan Elsa tergamam lama sangat ketika henfon Elsa kemek tadi. Tapi, Elsa tabahkan jua.

Elsa tunggu juga. Nak call atau SMS dah tak boleh; nombor kawan-kawan pulak Elsa tak ingat. Sejam dah Elsa tunggu. Tak nampak jugak batang hidung kawan-kawan Elsa.

Elsa mengeluh.

.......

Elsa kini di KL Sentral. Elsa nak balik rumah. Elsa sayang Papa Elsa.

p/s: minta maaf sebab tak reti buat sound effect motor super laju di jalan raya. Hee :]

Click this to read a really nice and touching note about our father :)

6 comments:

Mizah Adam said...

ni aku!! hahaha

Mizah Adam said...

madihaaaaahh... >.<

siti rahmah bahrom said...

hahaaaaa ank yg baik!!!!!

sparkling_deepred said...

such a sudden ending

Mizah Adam said...

x best eh?

sparkling_deepred said...

best tu best but why the ending like that. anti-klimaks la