Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Tuesday, 15 June 2010

Jake Gyllen-who?

Hai Semua! Salam Satu Malaysia!!

Tadi aku pegi Suria KLCC dengan kakak aku sebab kitorang nak pegi tengok cerita Shrek in 3D. Sesampainya kitorang kat SKLCC tuh kitorang pun naik la eskalator satu per satu sbb TGV kan kat atas2 kan.

Ditakdirkanlah kitorang berdiri belakang 3org chicks yang serba-serbi lengkap memiliki gaya chicks. Rambut lurus pakai jari pun boleh, pakai pumps 5 inci, baju sendat2, slim melim, handbag besar2 boleh muat satu famili kucing (sebanyak 7 keturunan), and cakap rojak2. Apa lagi kau nak? Semua sifat chicks sejati diorang ada.

Dan memang ditakdirkan lagi, dah kitorang diri belakang diorang, konfem2 la nampak apa yang ada pada mereka kan? Salah seorang daripada chicks ni pakai rompers je, so most part of her body kitorang boleh nampak la kan. Chick pakai rompers ni ada tatu kat bahu dia weyy. Tapi aku pikir positif lagi. Cina kot dia nih. Rambut dia ada fringes macam yg amoi2 biasa buat jerr. Cina la kot. Sekali kitorang dengar dia cakap betol2 and tengok muka dia betol2 masa dah get off dari eskalator tu, Melayu daaa~ Adoi.. What the hell betol...

So aku dah malu sendiri dah sebab.... Aku malu sebab dia Melayu but got that thing on her body. I mean like, yelah, kalaupun dunia dah maju dan kebaratan sangat kan, kau nak tindik2 macam main paku tekan ke, kaler2 kuku macam Pendidikan Seni darjah satu ke, pakai pendek2 macam kain dah kene sorok dan seludup ke negara jiran ke, aku tak kisah la lagi. Nasib kau la. Tapi siap lukis PERMANENTLY kat badan lagi dah.. I don't know what to say anymore lah.

Hm. Aku and kakak aku tak tahan sangat dah tengok mende alah tu so kitorang pun potong la chicks bertiga ni yang jalan catwalk2 nih. Kitorang jalan punya jalan then sampai gak kat TGV. Yay! Tilik punya tilik sekali Shrek pukul 7.00pm daa.. Takpe2 kitorang buat marathon la kalau macamtuuuu!! Eheh, so kitorang pun bantai beli tiket Nanny McPhee and the Big Bang. Best jugak cerita nih. Sesuai la untuk keluarga2 yang ada anak2 yang dah mumayyiz.

Tapi2, haaa.. this is the part where my story is about the title... Masih ditakdirkan, chicks bertiga tuh queue belakang kitorang... Queue agak panjang yer masa tu, walaupun hari Isnin. So chicks bertiga ni pun borak2la pasal previu cter Knight and Day lakonan Tom Cruise dgn Cameron Diaz (so I made a quick guess that they just LOVE Tom and IDOLIZE Cameron). Then dorg tgk la schedule screen tuh. Dorg baca la Prince of Persia. Pastu salah sorang tu tanya "Sape berlakon ek Persia ni?" Then the other jawab dgn slamber and pantasnye, "Hmm.. Not glam la". Terbeliak bijik mata aku. Kakak aku dah semput napasnye akibat daripada tahan nak gelak kuat2. Haha.

Seriously, kitorang dgr diorang borak kencang macam tu. Jarak The Chicks dgn kitorang takdelah jauh  sangat. Memang clean and clear kitorang dengar. Not glam?? X glam?? Kawan aku kat fesbuk bising2 nak tgk Jake Gyllenhaal jadik gagah korang boleh lak kate x glam?? Kakak aku pun terFUYOOOHHH JAKE DAH SASA boleh lak korg kate x glam? Fush. Taste ape korang nih. Haha. Kalau tak pasal Jake pun, korg tak suke Gemma ke? Gemma pun chicks jugak ape. Haha.

Jake punyalah comel nih:

Ko kate x glam. Okay maybe ko dah tak cam dia sbb dalam citer tuh dia dah jadi sasa:

Perhaps. Bwahaha. Lantak koranglah.

P/s: Dahla pakai rompers, masuk panggung. Tak sejuk ke nnt kak? Oh lagi2, Maggie Gyllenhaal (Kakak Jake) berlakon dalam Nanny McPhee. Sape Maggie? Oh, org tak glam, korg tak kenal la yek. Pfffffft.

4 comments:

λ””μ•Όλ‚˜ said...

ahahaha...
aku ygk gmbo mamat 2 bru ak pasan die rupenye yg blakon dlm cte prince of persia~

me too... noy glam..ahaha

HaWaAdAm said...

hakhakhakhakhak....jake gyllen-who?? maggie gyllen-who???

waddehel punya org...kot ye pun rasa org tu not glam, takyah la express ur thoughts loudly kan..kot org kat depan or blkg ko jakeanatic ke, tak ke kena tarik rambut fringes ko tu (kalau gado ngan ppuan) atau kena snap back oleh mana2 mamat ke kan..hampes hampus hampis...

sparkling_deepred said...

ko pun cakap macam rojak

Mizah Adam said...

rojak tapi tak pakai pumups 5 inci.