Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Friday, 29 January 2010

Mari Berimaginasi

Anda mungkin perlukan full attention utk membayangkan situasi ini yea..

So, everyone ready?? Here goes:

Kau di kafe sesebuah kolej yang kerusi dan mejanya tidak diskrukan terus ke lantai. Kerusi plastik. Meja pula separa besi. Kau scan the whole kafe dan akhirnya... Kau memilih untuk duduk di tempat yang paling hujung, paling dekat dengan makcik goreng cucur udang yang extra besar. Kau order nasi goreng ikan masin + telur dadar. Fuhlamak mmg kau warga Malaysia sejati. Kau nikmati juadah di depan mata kau tu biarpun masih hangat. Kau mmg sukakan cabaran, walaupun sedang makan.

Sambil hidung kau menikmati bau cucur udang dan otak kau sedang pusing segala jenis minuman di dunia ini untuk kau order dan gigi kau sedang melumatkan nasi, datang seorang jejaka dgn konco2nya (seorang lelaki dan seorang perempuan). Kau perhati jejaka tu dengan penuh thrill dan excitement dalam badan kau. Seolah-olah kau sedang menaiki roller-coaster terhebat di dunia ataupun seperti kau sedang melakukan free-fall dari menara tertinggi di dunia.

Jejaka ini. Rambut tersisir dgn smartnya dan digayakan seperti bad boy yang ala-ala nakal manja. Pacak2 belaka. Kau agak, ketinggian rambutnya menyumbang kepada ketinggiannya juga. Dari perhatian kau, kau boleh agak bahawasanya dia menghabiskan masa selama 30 minit dan sebotol Gatsby Moving Rubber kaler biru.

Kemeja Radioactive, jeans Levi's (nampak mcm ori), wrist watch ODM, kasut Nike yg berharga RM4++, beg galas bercorak kool. Oh dalam kepala kau, kau sangat2 ingin memiliki jejaka itu... punya harta benda. Sebab selama ni kau jalan-jalan kat MidValley mmg kau jalan-jalan saja. Tak berduit nak beli semua yg mamat ni pakai.

Hati kau bergelora lagi. Oh aku lupa nak mention. Dia pakai spekmata hitam RayBan. Peh mmg stylo habis. Kalah jejaka2 pujaan hati kau yang muka mereka kau tampal dalam bilik. Tak kisahlah Christiano Ronaldo ke, Kaka ke, geng2 BigBang ke, Orlando Bloom ke, Jang Geun Seuk ke, team 1Malaysia Lotus F1 ke... Semua kalah. Sbb yg kau tampal dalam bilik tu kau tak jumpa lagi. Yang ini. Depan mata tu. Fullamak..

Kau perhatikan dia saja. Konco2nya langsung kau tak peduli. Seolah-olah ada spotlight yang menyoroti dia dgn setiap langkahnya.Bukan setakat spotlight, siap ada red karpet dgn petal2 bunga ros lagi. Aww kau ni mmg dah terpesona sgt dah dgn jejaka ni punya stail. Kau sangat asyik sampaikan kau tak sedar pun yang nasi kau tu dah hampir2 nak kena kongsi dengan lalat hitam mata oktagon2.

Spotlight terpadam and bagaikan ada que ghaib, mamat tu toleh and terus ke gerai2 yang ada utk beli makanan. Mata kau turuti dia tapi bila dia hilang dalam lautan manusia kelaparan, kau pun resume balik makan nasi goreng yang pada kau merupakan rezeki paling hebat di dunia seorang pelajar boleh afford.

Kau makan sampai habis nasi kau, then baru kau teringat yg bahawasanya kau tak beli air lagi! Kau segera suruh otak kau resume balik pusing2 nak order air ape. Sedang2 otak kau berpusing, mamat tadi datang balik ke tempatnya, dengan nasi goreng ayam masak merah + air merah (kau tak sure air merah tu sirap/sirap limau/tembikai/sarsi strawberry). Kau perhati je dia makan. Perhati dan perhati. Tekak kau minta air dan perut kau minta pelincir kau tak peduli. Mamat ni tgh makan is a must see, kata kau.

Sedang mamat ni makan, kau nampak mata dia terbeliak tiba-tiba. Nasi penuh dalam mulut terus dia telan tanpa kunyah terlebih dahulu. 'Oh shit', kata dia. Kau pun menyumpah dia dalam hati. Apadaaa, depan rezeki cakap taik, tak sopan langsung. Then mata kau pun turut melihat ke arah yg mamat ni pandang.

Makhluk Tuhan. Mata dua ekor satu kaki empat bulu kaler putih ada oren sikit2. Chomel ya amat pada pandangan kau. Tapi tak pada pandangan si jejaka stylo mylo ni. Makhluk Tuhan ni pun, tidak megetahui bahasa manusia, terus melompat ke meja bersebelahan dgn meja yg jejaka ni duduk.

Kepada horror kau (haha to your horror, direct translate), mamat ni boleh pulak terus bangun bila kucing tu melompat. Konconya yang dua org tu rilex je la pulak kunyah2 makanan. Dengan segala upaya dan tenaga yg dia peroleh drpd makan tak sempat habis tadi, dia cuba untuk menghalau kucing itu supaya blah jauh dari dia. 'Shuh! Shuh! Blahlaa, kucing kurap! Shuh!'. Dan tanpa disangka-sangka dan dgn ridiculusnya, dia nak titikkan air merah yg dah separuh diminum ke atas badan Makhluk Tuhan tu. As if Makhluk Tuhan itu akan blah serta merta kalau terkena setitik dua air merah tu.

Segala imginasi yang kau exaggerate tentang jejaka tadi telah terhapus serta-merta seolah-olah jejaka tu cakap shuh kat imaginasi kau. Yang ada dalam kepala kau sekarang ni adalh perasaan: geli hati, ingin menyumpah menyeranah dgn laju, geram, tapi paling ketara ialah geli hati laa. Cuma kau tak sampai hati je nak gelak kuat2 sbb perut kau masih belum letak pelincir dan tekak kau masih kering.

Kau pulak jadi watak utama sekarang. Kau bangun, berjalan ke arah Makhluk Tuhan itu dan angkat tangan kat jejaka tu. 'Rileksla brader. Kool kool.' Sambil tersengih besar sampai hampir menampakkan secebis cili kat celah gigi graham, kau angkat Makhluk Tuhan tu macam angkat teddy bear, kau letak kat tepi kafe (agak2 sebelah gerai makcik goreng cucur udang extra besar), dan kau jamu Makhluk Tuhan tu telur kuning yang kau tak makan tadi. Makhluk Tuhan, kalau dah lapar ia ngap je apa yg dihulur, kan?

Then kau pergi basuh tangan. Kau pusing, take a last look at the jejaka stylo mylo tapi penakut nak mampos kepada Makhluk Tuhan tak tahu ke kucing tu lagi takut kat kau dahla kau cakap BM dgn ia manalah ia nak paham ia cuma seekor kucing haa pegidah dengan jejaka jenis macam ni harap stylo je lebih tapi dasar penakut baik aku dressing simple mimple je tapi tak penakot huh rasa nak gelak sakan je depan jejaka tu kat situ jugak lantakla orang nak benci aku pun sbb aku gelakkan jejaka stylo mylo tapi takpelah tekak aku kering sangat dah ni jom beli air dulu balik bilik boleh gelak dgn member beramai2 lagi best.

Kau pun ke gerai air, beli teh O ais satu! bungkus! Dan blah dari kafe tu. Dgn harapan lepas ni kau boleh tgk style jejaka tu lagi dan dapat bagi makan kat Makhluk Tuhan tu lagi.

-TAMAT-


Dapatkah anda membayangkannya? Jika ya, maka imaginasi anda sangat bagus! Jika tidak, sama ada penyampaian saya tidak elok ataupun anda harus berusaha lagi untuk meningkatkan daya pemikiran secara kritis dan kreatif.

Sekian.

P/S: Oh dah lama jugak tak makan nasi goreng ikan masin! Asyik nasi goreng kampunggggg je..

8 comments:

adeqmanje said...

hahaha!!!!!!sket pwot aq gelak sowg2 kt dpn komputer kt makmal komputer fakulti ekonomi ni mizah..nseb owg sblh2 xkate aq gile..aq tau cte ni..n aq gak ley bygkn sjelas2nye situasi ni..hahahahaha!!!!!sumpah klakar!!! ;DD

totoromalas said...

muahaha... sib baek daya imaginasi aku amat bagos... n teringin tol aku kat attire dia tuh...

Siti Rahmah Binti Bahrom said...

hehe... ko ni. jadi kat ko ke? wahhh siapakah lelaki pengecut itu....ahaha

Mizah Adam said...

adeqmanje: haha!
totoromalas: peh aku pun nak weyyhh..
ema:ha'ah.. cari la.. kat serumpun ni je..

LoLLiPoP aDiOLux said...

haha8 ko mmg mizah...nape ko slalu dapat nengok scene yg best..aq ni bila nak dapat..tp kalo aq konfem gelak kuat2..haha8

sparkling_deepred said...

usman kan ade? amacam? comel...hehe

Mizah Adam said...

apakah?? ye usman mmg x takut kucing itu je saya tahu. tapi apakah??

adeqmanje said...

haha..tbe2 aq xfhm pe kaitan usman dlm cite nih..usman diperlukan ke utk menggantikan mamat yg takot kucing tp berlagak macho itu??wakakakaka!!!! ;D