Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Tuesday, 19 January 2010

Gurindam Moden, hahah gurindam ke pon?

Mahu dengar sebuah gurindam moden berkonsepkan cerita klise? Siapa mahu? Angkat tangan anda!!!

......... Alahai... Sorang dua je ke... takpelah....

Saya teruskan juga walaupun tak ramai yang angkat tangan sorang2 dpn skrin laptop kecik kesayangan korang tu...


-Gurindam Pak Cik Kayo Rayo-

Ada seorang pakcik
Sangat kaya raya
Rumah ada 4, bini ada 3
Sedang mencari calon
Untuk mengisi rumah ke-4

Sedang mencari-cari
Terjumpa seorang awek
Cun lagi bergaya
Pasti memukau mata yang melihat
Dengan bibir bak delima merkah
Sudah pasti pakcik kaya raya
Terpikat dengan awek ni

Asyik dilamun cinta
Pakcik kaya raya dan awek cun
Berkepit ke sana ke mari, 24/7
3 bini di rumah meradang dan gelisah
Tapi pakcik kaya raya hanyut dalam cinta

Awek cun lagi bergaya
Berkepit 24/7 dgn pakcik
Niat di hati hanya satu
Mahukan harta kaya raya
Kesian pakcik tak tahu
Ada udang di sebalik batu

Setelah selesai segala misi dan visi
Awek cun tak lagi berkepit dgn pakcik kaya raya
Habis dilarikan kesemua hartanya
Ditinggalkan pakcik tanpa sebarang goodbye
Kasihan pakcik terkapai2
Barulah nak teringat bini di rumah

Balik rumah 1, rumah dah kosong
Balik rumah 2, dapur gas saja yg tinggal
Balik rumah 3, pembantu rumah dah macam tuan rumah
Alahai apalah nasib pakcik kaya raya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Menyesal tak sudah, nasi dah pun jadi bubur

Pakcik kaya raya kini jadi pakcik kaya sahaja
Habis hartanya dilarikan awek cun tak guna (ceh.. dulu disayang2)
Yang dilabur pun dah dilarikan 3 bini
Maka mencarilah dia apa yang ada
Untuk mengumpul semula harta dan kekuatan diri
Jadi dijualnya 3 rumah yang ditinggalkan bininya
Beserta isi2 rumah itu sekali

Ada seorang pakcik
Sangat kaya dan tenang
Rumah ada 1, tinggal seorang diri
Sedang mencari calon
Untuk berkongsi rumah yang satu itu.

-Tamat-


Jeng3..... Apakah nasibnya seperti dulu?? Adakah dirinya betul2 sudah sedar??
Terereng....

Jadi. Tu jelah gurindam moden cerita klise nya... Takdelah serius sangat.. Kan saya dah kata ia hanya sekadar perahan yang ringan2....

Sekian, mantera mereng merapu makan kerapu dari saya..

P/S: Hidung tersumbat, efeknya otak pun tersumbat.
-Kredit kepada saudara Sufian Abas, kerana saya telah mencuri ayat beliau iaitu "bibir bak delima merkah"
-You guys should really read Sufiyan Abas's story, sgt absurd dan menggelikan hati serta paru2...




4 comments:

sparkling_deepred said...

Salam bini ke 4...eh ke awek cun tu...eh bukan eh...u write this by ur own eh? cool beb...

Mizah Adam said...

haah.. kat umah masa cuti.. kool kerr??

sparkling_deepred said...

k-o-o-l laa...

adeqmanje said...

hahaha!!!finally entry ni dikuarkn..bgus2..xdela blog ni ditinggal xberupdate kn..ehee.. ;p