Empunya Blog

My photo
Selangor, Malaysia
Tidak liberal. Tidak radikal. Cuma sederhana/average/moderate. Di tengah-tengah. Tu sebab selalu stuck.

Thursday, 25 November 2010

Eheh ada org bagi award.. komapta...



Eheh.. Ain bagi awards. Malu I. Dahla tag pakai I pakai nama glamour. I malu you. WAHH GELI GELI APASAL GEDIX?!?. Haha. Okay. Back to normal. Tapi.. kene jawab soklan dulu kat dia rupanya.. Macam tag la ni ork.. Redah je la..

1) selalu bangun pagi pukul brape?
Peh soklan emas!! First2 dah kene sokaln emas! Pagi kah?? haha~


2) ramai kawan laki ke kawan perempuan?
dua-dua. 

3) bila 1st time korang bercinta?
xde xde aku seorang gadis yang baik. O^O

4) tau memasak x? masak ape? (paling superb lah yg korang tau masak)
emas lagi!!ha. masak. air dgn tanak nasik je kot. ekekekekee~

5) pkara paling lucu pernah blaku dlm hidup korang
hah. aa. erm. paling? susah je nak pilih salah satu..

6) pkara paling gila pernah korang buat
gila. ehh. pegi konset. xgile ek? menari rind ding dong depan orang RAMAI. tapi dorg taktau sape yg menari tula sbb aku pakai KunKUn. Gile ke tu? Ntah la ape lagi ntah. Aku kot yg gila. Ahahahahah

7) jawatan korang time skolah (menengah)
Pengawas biasa2 je..

8) selalu keluar dgn member x? brp kali dlm sebulan?
Selalu la jugak. Paling boros jika ketika bersama Diyana. Egege~

9) dgn kawan2 gune bahasa aku/sy/nama sndri ?
Ikutlah. Kalau lagi senior, saya/kite. Kawan2, aku. Nama... eh.. goli den~ 

10) dah berpunya ke belum? if dah , brp lama kenal si dia
TAKDE! Yeay!!

11) pkara yg korang paling pantang skali ape? means mmg korang x suke lah
Erm. Salah eja nama orang. Libatkan family aku dalam kekurangan aku. Dan orang yang jenis paku dulang paku serpih. 

12) if ada org yg baru dikenali minta no tel , apa respon korang?
ok jer.

13) bile ada duit je , korang suke beli ape?
makanan!!
owh tempatations temptations... ada duit eh. mata jadi kelabuuu~ haha~

14) nama glamor korang time skolah
mijjah. haha kakak2 aku gelakkan nih. ntah.

15) korang selalu habiskan kredit (sms/call) kat sape?
ntah. tahu2 dah habis. no particular person involved.

16) sudah tercapaikah hajat korang?cite la hajat ape
ofkos ah ada yg ada dan ada yg tak lagi... satu, kuar sokkabar. DONE! dua, main dalam band. DONE! er.. malasla plak nak tulis byk2. kui kui kui. Tapi mmg banyak lagi lah yang tak tercapai lagi. Antaranya bertemu Zahiril Adzim.. HAHAHAHAHAHAHA~

17) ape yg paling korang geli gila2 gelilah !! huhu
CICAK!!!!!!! Baru jap tadi aku terlompat2 sbb ada cicak kat payung aku. Hahaha. N katak. Hmm. Senang citer reptilia kot. Tapi ular exception la.

18) pernah accident/injured (teruk) x slama ini?
accident trok2 ta penah asenye..(alhamdulillah) <---- copy dari Ain hehe.
Aaa kaki aku penah termasuk dalam roda basikal yang masih sedang ligat berputar. Oh yeah. Rasa macam orang kuat owh. 


19) perkara yg paling menarik minat korang? sampai korang lupe kt
bf/gf/husben/wife lah! huhu
aku xde bf? apatah lagi husben? bagaimanakah harus aku menjawab soklan nih?? 

20) perkara terakhir sekali yg korang nak buat kat dunia ini
kt dunia ni ek??
bahagia kan mak abah dulu..;)
pastu mohon2 masa nk pergi tu dpt mengucap dua kalimah syahadah n pergi dlm keadaan yg beriman..;)
amin..

Tag 10 orang yang blog nye cantik :
aku taknak tag sesape bukan sbb aku nak makan award ni sensorang, tp aku tawu org yg aku akan tag tu pun (bukan ko yer, jgn pasan pliss hehe) akan malas jawab soklan2 nih. Huhuw. So. Aku takmo tag sesape. 

Saturday, 20 November 2010

ONE MORE

Ye, seperti apa yg dirasakan oleh rakan saya, SiCahayaMata, lagi sejam.
 Paper last.
Then.
CUTI!!!!!!!!!!!
Oh yeah!!

Haha student life ni, mmg tak boleh get enough of cuti la. Asyik rasa nak cuuuutttiiii je. Har Har Har.

This is the final of the final. This next paper. Go Go ike ike go!!!

Thursday, 18 November 2010

It's One of Those Days Again.

Assalamualaikum. Salam satu Malaysia!!

Well, today it felt like one of those days from the past. Apekah? It's just one of those days where...

1) It is seriously cloudy and windy outside but still no rain.
2) This laptop switches on and off without my permission. It's alive on it's own!! HP mmg sgt fragile ker?? haishh
3) Tiramisu cake. Me. My room. All alone. SEDAP SANGAT KEK NIIII!!!! OWH CAIR..... @.@ <--- yeah bila sensorang baru boleh jerit kuat2 n feeling lebih2 sikit walhal makan kek je. hehehe.
4) Rasa nak tido awal, like 9pm. Sbb esok punya exam paper sonang yo jah. Tp luse punya exam paper killer. Okay so tak boleh tido awal.
5) Dah mule berangan nak buat apa cuti nanti. Tapi bila dah cuti betul2, satu apa pun tak jadi. Haihh. This time kene tukarlah. NAk jadi!!!
6) Nak menari macam SHINee! Bolelah bolelah boleh kann??
7) Yeah aku dah debab! Haha mana taknya makan tido buku makan tido buku. Exam made me debab! Heheh

hmm. itu jelah kot. Dan mmg xde setitik pon hujan lagi nih. Gelap sangat dah nii.

Monday, 8 November 2010

Good Luck

Assalamualaikum semua. Salam Satu Malaysia!

Good Luck!

Kepada:
-mereka yang sedang/akan menghadapi final exam di IPT seluruh Malaysia
-mereka yang dalam usaha mengorat orang yg diminati
-mereka yang dalam kebanjiran dan sedang membersihkan apa yang patut
-mereka yang sedang menyelesaikan masalah sendiri (xkesah la masalah apa pun)
-mereka yang sedang berperang dgn diri sendiri dalam usaha menjadi insan yang lebih baik
-mereka yang sedang berusaha mengingati/melupakan sesuatu

Semata2 ingin ucap good luck semua :-

Dalam menjalani kehidupan kita sehari-harian. Semoga kita semua berada di bawah lembayung kasih sayangNya. Bersyukurlah kita semua masih di sini untuk menikmati hidup yang sementara. Jangan putus asa! Hari ini pasti lebih baik dari semalam! Dan, percayalah everything will turn out OK if you put trust in yourself and in Him. Hold on to that and you're set to face every day. Hoh!! Ganbatte Kudasai!!

Sunday, 31 October 2010

Obession

Hello semua!

Hello~ Hello!

I am currently obsessed with them:

With their songs:

Hello~
&
A-yo

and have been watching videos on youtube about them. Anything about them!

Best ek. Muda2 dah buat so many great things. Hoooh~ Nak jugak!

Mizah Hwaiting!

Fave SHINee. 
 Pix credits to fanpop!

Thursday, 21 October 2010

Self-Defense

Elsa seorang gadis. Sepastinya jika kita terdengar nama Elsa, kita tahu dia adalah seorang gadis. Melainkan kalau ada kawan kita yang berjantina lagi satu bernama Elsa. Ye, dalam dunia ni ada DUA JANTINA SAHAJA.

Hari ini hari Ahad. Elsa telah berjanji dengan kawan-kawannya untuk berjimba-jimbi di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur in terms of Berjaya Times Square, Bukit Bintang Plaza, Imbi Plaza, Kuala Lumpur Plaza, Lot 10, Low Yat Plaza, dan Sungei Wang Plaza. Ya. Memang Elsa mahu berjimba sakan hari ini.

Sebelum itu, papa Elsa telah berpesan macam-macam kepada Elsa. "Elsa, tak payah bawak beg besar-besar dan gelebeh-gelebeh sangat; nanti kena ragut. Elsa, jangan jalan menonong je; tengok kiri-kanan. Bukan semua orang tu orang baik. Elsa, kalau tak pasti dengan jalan, jangan buat muka konfius. Buat muka konfiden; supaya penipu takut nak tipu kita. Elsa, kalau jalan di tepi jalan raya; jalan bertentangan arah. Elsa, jangan jalan di jalan atau lorong yang takde orang; bahaya. Elsa; jangan pakai high heels; nanti kalau ada emergency susah nak lari. Elsa, kalau naik teksi; jangan naik seorang-seorang. Naik dengan kawan2 kamu tu. Lagipun tambang mahal sekarang ni. Esok papa tak ada nak hantar kamu ke tempat yang kamu nak jumpa kawan-kawan kamu tu. Paham?".

"Okay Papa", kata Elsa separuh hati sambil mendengar omelan papanya.
"Tengok tu. Papa cakap takmau dengar",balas Papa.
"Mana ada. Orang dengarlaaaaaaa. Iye2, orang buatlah semua tu nanti", jawab Elsa

Elsa kini di stesen bas. Elsa berjanji dengan kawan-kawannya mahu berjumpa di Berjaya Times Square dahulu. Okay, mari kita skip segala stesen yang Elsa lalu.

Kini, Elsa di Jalan Bukit Bintang. Dan kini Elsa harus jalan kaki ke Berjaya Times Square. Walaupun Elsa mahu tak mahu sahaja mendengar pesanan papanya, namun Elsa masih merasakan yang papanya seolah-olah boleh nampak apa yang Elsa lakukan. Jadi, Elsa jalan kaki bertentangan arah trafik. Elsa tak bawa beg besar-besar gelebeh-gelebeh, hanya dompet dalam poket dan henfon yang digenggam kuat-kuat dalam tangan. Elsa tak berjalan di lorong-lorong atau jalan-jalan yang tiada orang. Sambil berjalan, mata Elsa melilau tengok orang di sekelilingnya. Elsa tak percayakan peminta sedekah yang menghulurkan mangkuk usang. Elsa tak naik teksi walaupun Elsa dah terasa panas sangat. Dan Elsa pasang muka paling konfiden yang Elsa ada.


Elsa kini sedang berjalan di tepi jalan raya, hampir dengan Berjaya Times Square. WENNGGG!!! PRENNGG!!! VOOOMMM!! bunyi-bunyi motor yang super laju di jalan raya. Elsa jadi takut. Elsa takut sangat kalau-kalau itu geng peragut. Elsa takut sangat sampai Elsa genggam erat sangat-sangat-sangat-sangat henfon Elsa. Tiba-tiba PEK! Henfon Elsa kemek kiri kanan. Terpadam terus dan tak boleh on walaupun Elsa dah cuba berdozen kali. Itulah satu-satunya alat penghubung yang boleh menemukan Elsa dengan kawan-kawannya.

Elsa tergamam.

......

Elsa masuk juga ke dalam Berjaya Times Square. Elsa tunggu kawan-kawan Elsa di depan 7E sebab mereka janji untuk bertemu di situ. Tapi Elsa tahu Elsa dah lambat 1 jam sebab Elsa salah naik bas, salah masuk lorong, dan Elsa tergamam lama sangat ketika henfon Elsa kemek tadi. Tapi, Elsa tabahkan jua.

Elsa tunggu juga. Nak call atau SMS dah tak boleh; nombor kawan-kawan pulak Elsa tak ingat. Sejam dah Elsa tunggu. Tak nampak jugak batang hidung kawan-kawan Elsa.

Elsa mengeluh.

.......

Elsa kini di KL Sentral. Elsa nak balik rumah. Elsa sayang Papa Elsa.

p/s: minta maaf sebab tak reti buat sound effect motor super laju di jalan raya. Hee :]

Click this to read a really nice and touching note about our father :)

Sunday, 17 October 2010

Truth be Told (+ Jalan2 in MV)

Assalamualaikum. Selamat Hari-hari semua. Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat-Nya.

Ecece. (Well, I do want peace on earth; at least in Malaysia. For eternity. Which is likely impossible if everyone in the car in the streets of Malaysia hates honking unlike them in India. Heh.)

Ingat lagikah post Decided? Aku mmg ada niat sangat2 SANGAT3 nak jadi perempuan paling membosankan kat UPM selepas 10.10.10.

Well, let me rephrase that. Aku nak jadi perempuan paling membosankan pada korang. Korang yang mana? HA itu yang korang kene find out sendiri. Mana-mana korang lah. Hoh.

Berita baik!! Ingat lagikah post Ceritera Daftar Subjek? Well, aku dah boleh daftar subjek dah!! Kerana apa, HA itu yang korang kene find out sendiri.. Ahahah~

So, disebabkan dah boleh daftar subjek, maka Jumaat 15.10.10, aku n Diyana telah berjimba-jimbi di MidValley. Sampai kami penat. Sampai balik bilik terus tido tak ingat hari esok.  Sehinggakan kakak2 aku call the next morning, aku tak larat nak angkat. Haha. Gomenasai oneechan2 ku~ Sumpah kami tak spend banyak duit! *wink wink*

Well, mula2 jalan ke MidValley sbb nak temankan Diyana-sshi yang nak beli something for herself. Tapi, alang2 dah sampai MidValley tu, jalan2 la ye takk? Takkan beli satu benda je pastu blah? Hoho. Disebabkan aku pergi dengan Diyana, so aku tak membosankan dengan dia. Jadi boleh tolak nama Diyana dalam list "korang" tadi tu.

Setelah berjalan2 ke sana ke mari, kami pun turun la ke Ground Floor. Time tu ada kedai muzik apetah (seriusly tak ingat! Boleh jadi juga tidak tahu?!?) buat promotion barangan Roland. Roland, ya know?? Yang digitech dia bersusun2 butang2 and punat2 yang nak mencantikkan lagi bunyi gitar tu; yang digital drum dia tu boleh mencairkan hati mana-mana drummer tu? Ha that Roland la..

So me being a typical me; at that time I'm still sticking to my decision of not drumming in public. But then Diyana being the typical herself, she pushed me into the 'ring' to test out the drums.. I was like no lah, tak mau lah, segan lah, nanti rosak lah dow. But again, me being a typical me, I CANNOT RESIST THE TEMPTATION!!!!! TAHU TAK???? SUSAH SEBENARNYA NAK WALK AWAY FROM THAT PROMOTION SITE!! KORANG LETAK MANDREM KE HAA KAT PROMO SITE TUUHH??

Ada 3 set digital drums yang dia letak kat tengah. One costing RM9,000++ and another two costing RM3690 (++ jgak tuhhh). The more expensive one atas pentas. So aku takmau try lah yang tu. That one facing the crowd. Segan aku. So I tried out the RM3000 one.


 Ni yang the more expensive one.. Model apetah.. Haha..
 Ni yang aku test mula2 tuh. Yg 3k ++ tuh...

Mula2 ingatkan memang tak best tau main digital drum ni. Sebab pukul rubber je kan. So feel tu tak sama la dengan the real ones. Dah la diameter kecik. Selalu je terpukul drumstick tangan sebelah. But that indicates that I'm still not that good la kan. Pastu ada brader sorg noticed aku. Pastu dia suh main satu beat. Then dia join. Main yang lagi satu punya ( yang 3k++ ni ada 2 set; mind you). So it's like a duet; playing drums. Haha. Nice jugak. Pastu lagi sorg lak brader demo main double pedal. Geram. Aku kena masuk kawad la camni nak kasi kaki sync betol2. Kiri kanan kanan kiri. Ho ho ho. Then Mr Tony David, sifu besar kat situ, demo main drum yang 9k++ tuh.

And that totally changed my perspective about these digital drum. Yes, point dia sangat clear. To practice at home, without having your neighbours complaining to your parents. Boleh sumbat headphone, lagi bagus. Then as a sifu, mmg demo dia mmg sangat THE BEST lah! Haha xleh put into words.. Mmg tgk dia demo in awe... (O.o)  !!

Bila dah habis dia demo, dia cakap la "sesape yg nak try out the drums, feel free to do so." Kan. Diyana pushed me lagi. This time, ke drum yg atas pentas tuh. Ko Diyana. But then, lantak pi lah, bukan ada orang yang aku kenal pun kat situ. Sama je aku pikir mcm masa aku dalam KuNkuN kan. Haha. So aku hentam je lah ntah hape2. Dah aku blaja setakat tu jer. Nak develope sendiri rasa macam salah jer kan. Sekali Tony David dtg n bagi tips derr~

-Practice lah lagi. Tangan, double stroke. Kanan kanan kiri kiri. Sampai dah boleh buat laju, pasti sedap giler untuk ketuk apa2 pun.

-Kaki sekali pulak, Kanan kiri kanan kanan. Sekali lagi, sampai boleh laju, pasti apa2 beat pun bunyi sedap. 

Muka si Tony David ni mmg xboleh belah. Innocent jer muka dia. Padahal tangan n kaki sangat laju and synchronized as well. KPLHTK btol taw. Haha.

And you know what; the bold words up there tu lah yg membuatkan aku take back niat aku yg first. Yang mula2. Yang sebenar2nya. Tu yang aku rephrase balik kat atas tadi tu. Haha. Thanks to Diyana-sshi, brader 1, brader 2 and Tony David, semangat tu datang balik. 

So, I guess now I'm not giving up on what I've got huh. I'm just gonna go straight to the top. With practice. A lot of it. 

So you guys, as I'm getting fired back up, be sure not to blow the flame away. If it ever is going to happen for the 2nd time, mmg aku akan betul2 give up. On YOU GUYS. *sigh*

After having a real nice time at the promo, we head for lunch, and buying some other things lagi, lalala..

Then at MPH, bought two really cool books.

One is For Mum: Forever and After by Abdul Aziz Zain Hashim. This story has a sad ending, though. And it pretty much reminded me of my beloved late cousin. Sebab... the way the boy lived and died.. Quite similar there. For anyone who really wanted to appreciate what a mum means and how does it feel to be a mum for a change, go get this book.


Another one is Rojak by Amir Muhammad with the help of Chin Yew. Yes, that Chin Yew and that Amir Muhammad. Hoho. A book about Malaysia and everything in between. Rojak, and this book really is rojak, i tell you; good thing books don't have taste. If not then it would have been the best Rojak I've tasted. I still remembered when Chin Yew told me to buy this book; unfortunately at that time I didn't bring enough cash with me. So here it is! At last bought it. ^.^ glad.

People, support the local writing industry OK! Our books are as good as those from overseas. Buku si Amir Muhammad ni RM35. Sama je dengan buku2 English overseas yang kita beli. Aight.


So that's it about our berjimba-jimbi at MV. And about what I thought of this whole drumming stuff. And my niat of becoming that type of perempuan.

Oh, moreover, I won't stop and keep on continue because some people said these things to me:

-Jangan la berhenti main muzik. It's like; yelah, bukan semua orang boleh main muzik kan.
-Penantian saya hampa malam semalam (about 10.10.10 night). Saya tunggu turn awak, sekali takde. Next year eh. Next year.
-Aku ajak dah kawan2 aku sekali nak nengok ngko main. Mane ko wey mane?

Dan yang kat atas tu jugak lah;
-Practicelah lagi.

Woooh.

Anyway, I like to see my mum's face when she watched me play it. At least I have that something that can make her happy. ^____^
And also to think about the money my dad spent on me for those classses.
And also the time my siblings spent on me hantar ambik hantar ambik to and from class.

Kan? (Cuma rasa macam dah terlambat je. I mean, I'm turning 20 lah. And still drumming? hurmm..)


P/S: Training tenis dah mule! And. I SUCK!! Sbb: Dah lama gila x main kot! Ohohoho.

Wednesday, 13 October 2010

Ceritera Daftar Subjek

Alkisah, arakian tersebutlah kisah tatkala semua makhluk di UPM yang bernama undergraduates ni sedang sibuk2 mendafter subjek untuk 4 purnama yang akan datang.

Ramai jugalah makhluk-makhluk ini yang tiadk puas hati. Hatta, mereka post kan di blog masing-masing tentang ketidakpuashatian mereka.

Hey Hey Hey.

Semua orang pun nak tulis pasal tu. Aku nak jugak??

Cerita aku lagi best. Kot. Korang takat takleh key-in subject target sbb dah full, or ada masalah status pelajar kehape kejadah kan??

Aku.

Mula2 key-in tak boleh. SILA JUMPA P.A ANDA (DR.ZAINAL ABIDIN TALIB).

Okay fine. G jumpa. Mintak izin + sign + whatsoever.

And then and then. Key-in second time. MENGIKUT REKOD, ANDA MASIH BERHUTANG. SILA RUJUK PEJABAT BENDAHARI. (aa lebih kurang cenggini la ayat dia).

WAHAI JPA!!!! Ngape le nama aku yang sangat lucky untuk diperlakukan sebegini rupe?? Den tak pernah pon tangguh pengajian. Suko hati ekau ajo yo nak bagi ko taknak bagi ko duit. Nak kato result den terok, mana ada!! AAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaa.

Dapat biasiswa serupa macam makan duit famili jugak. Apedah JPA. Dari 2 bulan lepas dok dalam proses, dalam proses. Hampeh. EEEEEEEeeeeeee...

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....

Hish, malas dah jerit2 pasal kau. Penat dah 2 bulan macam tu.

Sunday, 10 October 2010

Entah

Things have really gotten worse. One after another. And at this point, I REALLY feel like stepping back. Back out. From EVERYTHING.

I may be good at making decisions for my own sake. But if it involves others, hell, I am the world's most sucking decision-maker.

It's easy to understand that. I know what I want. Others? How the heck am I suppose to know what's good for them? A few month's knowing each other won't do to let me know EXACTLY what they feel or want. Even I sometimes struggle with my own kepalahotak to know EXACTLY what I want. Them?

And I'm not talking about decision for one or two peeps. This is about the whole colony. Aergh. Hello, like everyone said, I'm not matured enough to make such big decisions??? Don't tell me you're just saying it, literally. Come on, you mean it, right?? So when this situation arise, why did you put the decision making thing to me? Easier to blame someone else, is it? Is it?

Right now, right this very moment, I really wished plastic surgery is a lot more cheaper, painless, and halal. Hoh.

Good thing I'll probably have a big probability to not make any contact if I stay low. Low.

P/S: It's 10.10.10. And I'm thinking; if ever my brother's wedding is still on, will they still go on? Or will they not? If not, the situation would be just the same as now. So I guess, maybe that's just the way things are planned UP THERE. Right? No? So, is my decision correct for the time being?

**SIGH**


The inside of my effing mind. Eff.

Friday, 8 October 2010

Decided

Okaylah. Lepas ni. Aku nak jadik pompuan paling membosankan dalam dunia.

Mustahil? Okaylah, dalam satu Malaysia.

Tak mungkin jugak? Then dalam UPM je lah. Ok?

Ok kan? Bagoss.

Lepas ni tak payah cari aku lagi untuk buat kerja gila. Jangan cari aku lagi kalau tak cukup korum.

Cari aku kalau nak bukak pintu je. Bolehlah. Dah penat dengan lagu2 meleret kau.

Sepastinya kau pun dah penat dengan aku.

Hey. I'm younger, so, kalau dah tahu, sape suruh kau sendiri tak jadi big boss?

But sill, don't worry. Aku takkan tinggalkan kau. Aku cuma akan jadi membosankan je.

Sekian.

P/S: Aku ada kawan chomel. Thanks to her laptop aku post mende alah ni. Nama dia Tey O Beng.

Saturday, 25 September 2010

Let Me Be

Aku tahu siling rumah aku tak tinggi macam kau.

Aku tahu rumah aku takde laman rumah bertanah macam kau.

Aku tahu rumah aku atas langit tak atas tanah macam kau.

Aku tahu aku tak masuk kelas awal macam kau.

Aku tahu aku tak macam kawan-kawan kau.

Aku tahu aku tak semantap macam orang lama.

Aku tahu aku tak dressing semature macam kau.

Tapi aku tak kacau kau. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Masing2 punya life. Yang nak cari konflik sendiri apahal? Tak cukup kasih sayang?

Tapi jugak, it's better to be talked about rather than to be ignored.


So okaylah. Mengumpat aku senyap2 ye. Janagn buat terang2an, nanti aku terpost entri macam ni lagi.

But it doesn’t matter cause I’m packing plastic
and that’s what makes my life so f***ing fantastic

Lily Allen.The Fear

Tuesday, 21 September 2010

Raya Two O Ten

Assalamualaikum wbt. Selamat Hari-hari.

Selamat Hari Raya! Selama 2 minggu cuti mid-sem/raya ni, mmg x online. BEST! huh?? hahaha.. Betul pe. Cuba korg try test skali skala menghilangkan diri dari dunia maya ni. Best pe.

So. Dah kembali ke UPM. Sudah kembali ke L4 aras 5 yg SGT tak penat naik anak2 tangga, sudah kemas itu ini apa yang patut. Kini bilik saya sudah menjadi shiny and holy. Sape2 yang nak masuk ke dalam bilik ni kena mandi dulu okay. 6 kali bilas air biasa, 1kali air bercampur tanah. Paham. Kalau x, xbole masuk. Nanti dah tak holy la bilik I.

Jadi. Raya pertama di Balakong. Raya ke2,3,4,5 di Kluang. Raya ke6,7 di Balakong balik. Raya ke8,9 di Ipoh. Dan hari2 bulan Syawal yang seterusnya bakal diraikan di sekitar Selangor. Lagi detail: UPM, Balakong, Mines.

Maka. Bermakan sakanlah kami di pagi Raya. Bernangis tragiklah kami di pagi Raya (tolak empunya blog, gua macho beb). Bergambar sakanlah kami di pagi Raya. Tatkala jemaah solat jumaat sedang menjalankan tanggungjawab masing2 di masjid, kami yang perempuan ni bertido sakanlah hendaknya. Haha.

Hatta, aku pun memulakan la pekerjaan tetap aku tatkala raya. Peminta sedekah Pengumpul duit raya. Raya kali ni aku bekerja dengan lebih keras disebabkan duit dalam akaun yang hampir surut dek duit kerajaan yg x masuk2 lagi. Dari masuk sem baru ni duit kerajaan xmasuk2 lagi. Haiz. Di sana suruh tunggu. Di sini suruh tunggu. Maka aku tak menghabiskan masa menunggu, mari bekerja lebih masa agar masa depan terjamin hendaknya. Habis cuti mid-sem/raya, dapatlah aku wang ihsan duit raya yang mencukupi untuk beberapa minggu lagi. Sebulan setengah cukup kot? Kot. Entah.

Kat Kluang, macam biasa, sedara-mara belah Mak Tok giat menjalankan aktiviti ziarah-menziarah ni. Jadi kami yang muda belia tulang kuat makan pun banyak ni telah pun menyumbangkan sedikit sebanyak sumbangan dari segi pertolongan di dapur, menjaga cousin2 yang masih kecik dan NAKAL GILA (yang gila tu kami, setelah puas melayan mereka :P), menyorong Mak Tok ke depan ke bilik, melayan Tok Daim (oh ini sangat seronok. I mean, ikhlas ni cakap seronok. Bukan seronok 'seronok', tapi seronok SERONOK. PAHAM X??). Ye. Oh, ada sekali belah Tok Daim yang dtg, mmg x kenal sape2. Haha. Tok Daim pun bukannya ingat sangat. Nasib baik Abah, yakni bapa kepadaku dan bapa saudara kesayangan ramai kepada cousin2 ku ada. So dialah yang melayan.

Sekarang. Mari layan gambar2 sakan kami:

Tajuk: Raya d' Balakong. (glamour tak tajuk, mcm nama butik2 je hahaha)

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ PAPARAN SEBENAR.

Photobucket
The Adam's Family.

Cap ibu dan anak.

Gambar the whole set. With brother in law included, a formal one.
Gambar feveret. Muke saye mcm....aaa..katak. Heee :D
Sekian sahaja update untuk kali ini. Saya, Mizah Adam, mengucapkan, Selamat Kembali ke Kampus kepada semua pelajar!! Ngeh ngeh ngeh.

P/S:SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ PAPARAN SEBENAR. <-- paparan. heh. lama xgune perkataan tu.

P/S: Sesukahati menulis apa yang anda mahu, jadi, saya pun dengan sesukahati saya menulis apa yang saya mahu. Tapi saya hormat kepada bapa anda :)


Photobucket

Friday, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Lawa ork gambo nih? Ala grafitti gitew~

Wednesday, 1 September 2010

Review

Assalamualiakum dan Salam Satu Malaysia.

Fuish. Lama nye dah tak update blog nih. Fesbuk pun jarang dah bukak.

Apa khabar semua?? Sihat? Puasa ke takk???

Sorry sbb dah lama sgt tak update. Kalau update pun pasal kekucar-kaciran hidup aku. Whatte betol. Aku dah kurang buat cter2 random kan?? Bosan btol.

Yela kot. Aku dah semakin membosankan kot. Tu sbb dah tak banyak keluar cerita random kot. Aaahh berapa banyak kot lah. Dahla. To let things off my head a bit; here goes.. (hope you can bare with me..)

- MGM. 3180. Messed my life.  Dahla ko nih yg xde kene mengena dgn kos aku, jgn harap aku nak amek le!! Tapi takpe. Nasib lah kau kursus U. Dgn adanya sokongan baik punye dr kakak2ku tersayang n kawan2 yang menolong, keje ni jadi senang. Sikit. Dr, you better give me an A+.Or else.

-The newest batch of Sinkro12. Aaah. This one. Haiyyooo. I cannot put it in words la. Words cannot describe the feelings inside and the kekusutan in my brain. Thankfully I have my Supermans right here to help me. Terima kasih Tuhan kerana menemukan aku dg kawan2 aku yang sangat amek berat. (Sangat AMEK BERAT kowtt??)

-Next up is Jamuan Raya kolej 12.. I don't know what's the official event name yet.. Open house ka, makan beradab ke hape ke.. Tp yg penting, event tu 25 hb.. Btol2 lps naik dr cuti. Aigoo. Tuhan,  tolong la jgn ada apa2 yang tak baik dan yang tak diingini terjadi time tu.. Aku harus jaga nama baik Sinkro!!

-Ada terbaca blog kawan aku yang sedang mengalami musim emo nya. Beb, aku rasa skrg mmg musim org emo kot?? Tuhan nak uji kita bulan Ramadhan ni. Sbb aku pun asyik nak touchingg je. Chill ok. Chill.

-Oh. Birthday best/gay friend aku. (Wahai Azizul sila jgn marah aku hahaha). Selamat 20 kawan!! Semoga...semoga.. alahai malasnye nak type apa yang aku dah mesej kat ko. Haha. Takyah copy kat sini ehh? Ok.

-Sampai ke hari ni aku tak turun2 lagi ke court tenis. Aish. Apakah Mizah??? Takpe2, sebaik selesai urusan puasa, nekad utk ke sana!! Yosh!

-Oh ye! ChocoLazad kakak2 saya mmg LAZAT! (To be continued yg nih)

-Tahun ini saya dah mula (baru nak mula??) rajin buat assignment sendiri sebab punca tiruan semua dah tukar kos. Ahaha. Jadi otak jus saya selepas ini akan terlebih rasa formula dan hukum hakam fizik. Ok. OK.

Sekian sahaja utk kali ini. Selamat beramal utk malam2 terakhir Ramadhan ini!

:)

Tuesday, 17 August 2010

Akhir Zaman

Pelik2 la sekarang ni.
Ada pesta famous amos la.
Pesta buat kitab sendiri la.
Pesta tari menari la. (kelakarnya yg ni macam rusa masuk kampung. atau mungkin dia mmg macam ni. ah taktahu lah)

Aku teringat pulak dulu aku ada baca pasal hukum menangkap gambar. Aih. Terasa nak delete fesbuk pun ada. Tapi fesbuk ni convenient jugak sebab dpt kumpul balik member2 lama. Dan boleh merepek. Oh tersepit.

Aaaa. Pelik2 la sekarang ni.
Tak boleh ke semua orang jadi normal? Normal yang normal, bukannya normal yang normal???

Pelik.
Memang dah akhir zaman la ni.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk berubah... Aku je yang waste it away...

Tuesday, 10 August 2010

Selamat! Oh Selamat! Oh Selamat Berpuasa!

Salam Ramadhan semua! Masa untuk mengumpul bonus pahala!

Wednesday, 4 August 2010

Hangat! Hangat!

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Hangat 1:
Ada pesta "famous amos" kat FB.

Hangat 2:
Wonder Girls datang Malaysia! Kongsi satu pentas dgn Bunkface, Tokio Hotel and Ketiperi.

Hangat 3:
Aku pegi MTV Worldstage 2010 @ Sunway. Yg perform adalah mereka yg disebut atas td.

Sorry, takde pictures during the Worldstage, being too busy pogo-ing and screaming. Heheheheh~

Kalau mau tgk gak, check this blog out. Macamana tak aku too busy pogo-ing. Haih. Best wa cakap lu.

Next year pegi lagi yuk!

P/s: Bunkface lagi red bull dari Tokio Hotel kot malam tuh. TH???? =.="

Friday, 30 July 2010

Ikhlaskan niat, jangan nanti buat kerja tak bersudah.

Walaupun kerja yang kau nak buat tu tak seberapa elok. Tapi cukuplah kalau kau ikhlaskan niat kau.

Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sekadar melepaskan batuk di tangga.
Habis madu sepah dibuang.
Nasi sudah menjadi bubur. (Ni kalau bubur lambok sedap jugak ni)

Dan, ni yang mak aku pernah cakap;

Cakap berdegar-degar, taik tersangkut di gelegar.

Kau tak tahu apa itu gelegar? Pi bukak kamus dewan.

Tolong, ikhlaskan niat. Tapi jangan lupa hormat orang lain juga.







Kesal betul dengan apa yang telah/sedang berlaku.
(T.T)

Ada Jiwa ke?

Duduk dalam kebisingan
Tali kau dan halkum kau
Baju lusuh kau
Iris kau.

Duduk dalam kesunyian
Melodi itu dan sajak itu
Bayu itu
Keindahan itu.

Kebisingan kesunyian
dan
kesunyian kebisingan
dua-dua pun aku suka.

Bawa aku lari
pergi dari
hiruk pikuk mainan
alam realiti.

p/s: Kau ada jiwa ke? ........ err.. yes, no, maybe. Can you repeat the question?

Wednesday, 28 July 2010

Buusan

Assalamualaikum. Salam Satu Blogger.

Wargh. Ada lab pukul 7-10pm. Best ke x best? Tapi tak byk keje. So main intenet. Dahla kat Fakulti Sains Komputer. Pastilah internet selaju monorel. Best ke tak best? Facebooking, Twittering, blogwalking, chatting. Oh yeah hari lab yang sangat indah. (INDAH KE HAPE, PERUT DAH LAPAR SANGAT DAH NI!!!)

Akibat kebosanan yang terlampau, maka aku pun bukak lah Photobucket dan main godek2 gambar. Antara hasil2nya:


Photobucket



Photobucket



Photobucket
blue
ada tag laukcampur









Best kan?? Time lab sempat lagi nak godek2 gambar plus update blog. Aduh.

Jomla baliiiiiik, wahai demo. Nak makan. Lapo. (T.T)

Katak dalam Vico aku...

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Erm.. Kat UPM ni ada digital fair ke hape ntah kat depan Dewan Beso tu.. Pastu adala jugak promosi2 dr Libresse and Nescafe.. Kat Nescafe kitorang bantai amek bercawan2 Nescafe free dia, n then main game dia then dapat la bag shopping yg nipis tu as a gift...

Kat Libresse lak kitorang isi2 borang then dapatla pek free Libresse per borang. Aku dapat 2 pek free sbb aku isi 2 borang. Satu nama aku, satu lagi nama Hawa. HIKS! Boleh buat stok lagi sekali cycle. Hehe. Then then aku gi buat self personality test kat van Libresse tuh, so the oucome, Libresse cakap cenggini kat aku:

"You are melancholic. A melancholic is thoughtful and analytical. You have an artistic side and can be creative, with a sense for the finest details. You look at life from a serious conception and what you do is purposeful. You are negative and tend to get moody or depressed. You can be hard to please because you are suspicious and you set high standards. Your best friends are Choleric (leadership personality)."

Ni pulak apa yang aku paham dari apa yang Libresse cakap tuh:
+ Melancholic? Penyakitkah?

+ Analytical? Ye kot. Tu sbb aku amek Sains Instrumentasi ni as my first choice.

+ Artistic? Of kos man! I kan artist! *TeeHee*

+ A sense for the finest detail. Ini betul, tapi kalau bab pakai aku tak sangat kot. Yelah, baju kedut g kelas pun aku kategorikan sebagai simple and creative. (padahal selekeh takmau ngaku! hikshiks)

+ Look at life from a serious conception and what you do is purposeful. Oh ini sgt betul. Aku takmau elaborate lebih2 sebab nanti korang kata konsep dan purpose aku merepek2. Maka biarlah aku sahaja yang tahu. Nanti bila dah berjaya aku cerita yek. InsyaALLAH, kalau umur kita semua panjang.

+ Negative iye. Moody/ easily depressed tu aku ragu-ragu sikit. Negative aku akui sbb I tend to resist change. Macam masa Najib naik jadi PM. Masa Selangor jatuh ke PKR. Masa Akak kawen. Masa Matematik bukan Puan Ainul yang ajar. Dan aku selalu jadi pembangkang masa oral MUET dulu. Korang cakap aku negatifla, tapi niat aku nak menolong korang ada point nak cakap. Kalau semua setuju, nak discuss apa lagi, kan?? :)

+ Hard to please because I'm suspicious and set high standards. Oh sangat. Dari segala aspek. My limit is the sky! (Argh klise nya phrase ini! Nyampah lak dengar)

+ Choleric? Apa tu? Penyakitkah? Atau nama bakteria?? Tekan sini untuk tahu apa itu choleric bagi melancholic. HAha~ ;)

Tu jelah. Oh. Kau nak tengok katak dalam Vico ek?? Jap3.. Dah seronok cerita pasal Nescafe dgn Libresse, lupa pulak pasal Vico aku.

Tengok tuh. Sedap je katak ni berendam dalam secawan Vico aku. Haiih.. Apa kau ingat itu hot tub??

P/S: Pasal personality test tu, bukan semua yang ia kata pasal kita betul. Ia hanyalah sesuatu yang boleh membuatkan kita mengenali diri kita dengan lebih lagi. Mana yang positif, kita maintain. Mana yang negatif, kita cuba perbaiki. Itu je. Kalau ada sape2 yang percaya 100% tu memangla jatiuh jadi khurafat. Yang kau samdol sangat nak percaya apa van pad cakap apasal?? Kau tak kenal diri kau sendiri kah??

Tuesday, 27 July 2010

Nothing much.. Just..

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
Wish right now, wish right now
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
Wish right now, wish right now

Saturday, 24 July 2010

Ni Mizah ChunChun nak cakap niiyy..

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia. Salam Satu Synchro.<--- dah ada dah!! :)

ChunChun?? Watta?? Well, Bila KunKun dipandang sebagai comel, maka jadilah ChunChun. Ohmigosh. Terperasan sendiri la pulak. Haha. Eh tapi bukan aku yg tukar nama ni sendiri yer. Org yang bagi. Haa~

Ni. Aku baru nak senang hati sebab ada geng baru. Dah dengar benda2 yang tak sedap hati. Eh. Kadang2 kan, keadaan2 gini la yang selalu buat aku sedar tau. Nak nilai orang, biar kenal lama2, through thick and thin. Jangankan sebab seperenggan perkataan membakar semangat yang keluar dari mulut dia, kau dah tertarik dgn dia. Kononnya pembela bangsa, pemimpin masa depan. Blah. Nanti memang semangat kau yang betul2 rentung. Okaylah. So this is a self reminder for me, as well as you out there, jangan cepat rapat/percaya dgn orang unless if you know it right.

Aku memang macam ni. Aku akan jadi neutral je. Yang putih tidak, yang hitam pun tidak. Cuma kalau memang aku dah tak berkenan tu, memang aku takkan berkenan la. So, kepada sesiapa yang meragui aku ni jenis yang macamana, baik tak payah nak approach aku dulu. Kalau kau takut sangat sangat la kan dgn ChunChun ni. Yang aku tahu, kalau kau cakap kat aku, dan aku rasa benda tu macam tak penting utk aku ingat, maka aku akan delete dari memori aku. Tak mau aku simpan. Buat ape. Nanti pahit pulak jus otak aku.

Sebab tu aku cakap, korang tu muda lagi. So tak payah nak act macam pakcik2 yang tanam tebu tepi bibir nak buat modal main politik. Pening tau tak nak melayan korang yang macam tu. Korang tu sama jenis je dgn ktorg. So apa salahnya korg gunakan kesamaan yang ko ada dgn kami ni utk kebaikan? Instead of buat permainan mari tikam belakang masing2? Bladi Ful. Korang yang cipta dulu situasi ni, tu sbb boleh jadi isu. Cuba kalau korang semua sepakat main congkak dgn aman, mesti takde propa-propa ni semua.

Lagi. Semua orang ada hati. Bukan kau sorg je. So jgn harap semua orang nak jaga hati kau. Eleh. Hati org lain ko tak jaga, ko nak suruh org lain jagakan hati kau pulak. Eh. Tak pernah dgr ke ayat "To gain respect you have to earn it"? Huh?

Lagi. Jgn suka pusing2 cerita macam cerita Nur Kasih. In fact, Nur Kasih pun ada satu versi je. Kau? 1google versi. Yang mana satu nak percaya pun tak tahu. Entah2 semua yang kau bagi tu tak betul.

Lagi. Boleh tak kau hargai bakti jasa budi orang? Kau nak org tahu bakti kaaaaaauuu je. Tapi kau tak kenang jasa orang. Haih. Sama macam masalah. Oh so kau jelah yang ada masalah. Kami tidak. Whateverrrr~

Apa2lah. Aku sibuk nak dating dengan drum aku nih. Aku tahu lah drum tu kolej yang punya. Aku je la pulak yang guna kan. So. Aku nak pegi dating dgn dia. Korang boleh cakap apa2 yang korang nak sebab aku takkan dengar sebab kami terlampau sibuk buat bising utk dgr segala potpet korang.

Babai! Aku nak pergi siap2 nak pergi dating nih.

New Semester, New People, More New awaits!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Satu Malaysia. Aku nak cipta ni: Salam Satu Synchro. Boleh tak?? Hehe.

Well, as said up there, the new sem already starts, and new students already exist. Heh?!?

Apa yang aku ingin katakan di sini adalah, semata-mata: AKU DAH JUMPA BUDAK BARU UNTUK SYNCHRO 12!!! OH YEAH!!! AKU HAPPY WEH!! Hahaha~

Itu jer. Happy sangat sampai nak cipta Salam Satu Synchro kan. Malam semalam merupakan malam pertama kami....err... show pertama kami! Haa~ So to expose the new guys and gals, ktorg ada la bagi mereka main beberapa lagu. Tapi yg aku suke malam tu, lagu2 impian aku semuanya ktorg main! Which is: 21 guns, trouble is a friend and bila cinta. And aku tak screw up Belaian Jiwa Synchro version.

Usman mmg sgt happy sbb dia nak main keyboard ganti Matt, and mmg tercapai la hasrat dia tu. Ada 2 org yg ktorg jumpa yg boleh ganti dia utk lead. Means Usman dah jumpa adik2 dia la. Err.. ada sorg ex-dip. Adik kah?? Haha~

Aku pun happy jugak sbb ada jumpa 2 org drummer. Sorg mamat dan sorg mary. Yeay. Aku suke aku suke. So bolehlah gilir2 main. Takdelah aku lone ranger je. Go yeah Go yeah.

Alvin pun, boleh dah nak rehat2 main bass. Ada sorg boleh main bass. O oo go yeah go yeah.

Hairi pulak, dia cadang nak fokus on nyanyi je since macam dah ramai gitaris. So yeah, silakan lah Encik Khatimah Cinta atau nama komersial beliau sekarang, Gio. (Sbb malam semalam dia yang nyanyi lagu Bila Cinta tu)

Aku harap dengan adanya mereka ini, kitorang sama-sama dapat input baru dan masing2 dapat bagi kerjasama. Semua sama je ye, even berbeza kos. Masing2 ada assignment, masing2 ada masalah. So. Sama. Sebab tu kita SYNCHRO!!!!

Kak Su Singer pulak still ada lagi for this one sem. So yeah, bolelah dia turunkan ilmu pengurusan budak-budak degil tapi manja ni kat kitorang. Haha.

Abang Sapik Sigaraga pulak dah naik jadi Timbalan Naib Presiden dalam MTM. Aku respek la dia mmg tak lupa kat Synchro. Semalam pun dia main gak. Lead 21 pistol lagi you. Usman main keyboard. Peh. Memang Dik Man Ban Pit sejati la dorg.

Abang Nasir lagilah pulak. Naik jadi Presiden MTM K12 terus. Haa.. Best ke tak best ke. Presiden born from a bassist. Cita2 beliau adalah untuk main masa dinner batch dia nnt, which is next sem. Ooo O yeah O yeah. Tak lupa Synchro gak dia nih. Aa yang ni lagi parah kot, sbb bila jumpa bass mesti nak petik punya. Nak jugak nak jugak tak kira nak jugak. Haha.

Hmm. Sape lagi ah aku tertinggal? Oh yeah. PakKim and Kerol. Dua jejaka yang gagah perkasa dan setia kat Synchro. Dey all pun ada lagi. Eh kadang2 kan. Diorang ni lagi gigih tau daripada yang berada di atas stage tuh. Haiih. Tanpa mereka siapalah Synchro. Ececeh. (aku tulis ni sendri aku yg nak muntah. haha)(just joking yea kawan2).

So, let's pray for the best for SYNCHRO 12!!

Sekian, Salam Satu Synchro!!!!!!

Yossshhh!!!!~

Thursday, 22 July 2010

Mei Yang Best : Arau

WAAAAAAARGGHHH!!!!! LAAMMMAAAAAA SAANGAAATTT DAAHHH TAK UPDATE NATE NIH!!!!! KESIAN BETUL DAH AKU TENGOKKAN! haiiih..  *sigh*. Sorry2, yang penting I'll never let this thing get abandoned. Okayh. Okayh. Sekarang mari mula macam biasa.

Salam Satu Malaysia!! Yaaah. Dengan membawa semangat Satu Malaysia, kita berjalan keliling Satu Malaysia!! Dan destinasi kita pada kali ini ialah: Arau!!

Tak mau tulis panjang2 macam kat Lumut dulu, kali ni nak tulis ala2 jurnal pulak. Sebab Arau tak se-horror Lumut. Seronok je yang banyak. Hehe. Kalah pon seronok je.


Day 1: Jumaat, kami yang dari Lumut ni sampai UiTM Arau. Pergi makan malam dekat2 je kat situ. Tengok Thomas Cup. Pakcik gerai tu kaya lebih malam ni.

Day 2: Sabtu. Pagi2 lagi dah pergi amek teammates yang lain dekat Bus Station @ Kangar. They are Abg Najib, Iftitah, Kak Zafie, Shereen and Aiman.
Lokasi jalan2: Padang Besaq! Where the peghiok kukuih 2 tingkat joke starts. Story:

Ye, hari pertama (oficially), lagi kitorang dah merayap. Hehe. Ini sume plan baik punye Abg Najib. Dia yang senior! Haha~ So this is where the joke was all over me, sampai la habes MASUM. Sebab, aku beli PEGHIOK KUKUIH DUA TINGKAT. Mak aku yang pesan. Haha. Beliau siap cakap lagi "Sebagai hadiah Hari Ibu, apa salahnyeeee". Homai. Homai. Okayh.

Day 3: Ahad. Sudah start game!! Girls lost to USM, Guys also lost to UiTM. Rilek2.

Day 4: Isnin. Girls won to UTeM, Guys won to UPNM. Hehe. Padan muke navy. (eh.. ada kene mengena ke??)


Day 5: Selasa. Quarterfinal dah ni. Woh woh. Girls won to UPSI, Guys lost to UIAM. So the guys' journey habis sampai sini sahaja. Takpe. Diorang still ada job jadi pompom boys + paramedik kami + pembeli makanan + side coach. Hehe. Me and my partner (Shereen) kene kerja keras sikit sbb kene tie break you know! Fuh gagah gakla pihak lawan kami tu walaupun badan kecik2 je. Hehe~

Day 6: Rabu. Semifinal. Cuba teka dgn sape? Jeng3... UiTM!! Haha mmg lauk la kami. Lawan dgn national + state players, mmg xdapat la jack nak menang. Punya la susun strategi, aku main single, yang lain main double. Planning sehabis baik. AKAN TETAPI, inilah first time aku rasa BAHAGIA sangat2 bila kena buli. Yes, bahagia yang bahagia, bukan bahagia "bahagia". Sebab apa, sebab boleh tgk la skill dia main macamana, shots dia, placing dia, footwork dia. Superb. Haha. Aku kene 6-0 6-0 ko taw. Takpe. PENGALAMAN!!

Day 7: Khamis. Disebabkan semifinal dah kalah, so kami masuk la 3rd and 4th placing match je. Still, 3rd and 4th are considered numbers jugak kan? Fight dgn the first opponent kelmarin, USM. Again, kami kalah. Silap percaturan maybe. Yang ini... err.. (izinkan aku menjadi sedikit emo di sini) aku geram la jugak sebab kalah. Geram and sedih sebab diorang menang atas kesilapan aku. Bola aku kene net kot. Bila kene net je terus diorang menjerit. Tak ke terkujat ko. So sedih la. Kalau diorang menang sebab ace diorang ke, placing diorang lawa ke, aku takde la kesah sgt, they deserve it. Hadoi. Net oh net. Sorry partner, who is Dalila at that time.
Lokasi jalan2: Gua Kelam!! Jalan dari pintu gua ke pintu gua, then main balas2 pantun kat ending. Haha. Segal sungguh. Padahal pantun mmg ada diorang tayang kat tepi gua tu je. Baca je la.

Day 8: Jumaat. Okay. Kembali ke mood normal, hari ni balik UPM!!! Tapi sebelum tu sempat ke stadium hoki to support our ladies team yg lawan UiTM final. Lawan cheer dgn budak2 kompang UiTM. Haruk betol. And to witness UPM's team victory gives a really good feeling. UPM Can!! Oh yeah~ Mmg stylo la gadis2 UPM main hoki. Weweeeeeet~

So that's the end of our journey for MASUM 2010. Bila masing2 dah turun dari bas saying goodbye to each other, rasa sedih. Sebab ada yg tak jumpa lagi dah. Final years la. Tapi, yg masih ada ni, perjalanan kami masih panjang. Sebab next year UPM tuan rumah yer!!! So we have to work harder than ever.

Ganbatte Kudasai!!!!


Err.. Kalau kalian perasan, 1st day dgn last day je tulis lokasi jalan2 ke mana kan? Haha~ Sorry, aku dah lupe la susunan hari jalan2 ke mana2. Tapi tempat yang kitorg pergi mmg aku ingat la semua.  So here are the photos:


Photobucket
Ni la Shereen. My partner for most of the matches. U rock, girl!!

Photobucket
Pelangi pada satu petang di Arau on the way to Jitra. Pergi Jitra main boling. Haha~

Photobucket
Afiq merenung masa depan di Kuala Perlis. Sunset ni. Mamat senti--mental.

Photobucket
Tengok gelagat masing2 kat Kuala Perlis. Abg Najib (baju oren) time ni la nak buat sit up pon. Hehe~

Photobucket
The whole clan at Gua Kelam!! Credit to abg bas yg sudi tangkap gambar kitorang.

Photobucket
Tengok2. Baru nak masuk mulut gua dah buat perangai macam makhluk gua. 

Photobucket
Our second sport is posing!!!! Masing2 takmo kalah haa.. Credit to Zakkina Wati for taking this pic.

Photobucket
No 4 pun ada pingat okay... Ahha. Jadi la tu. Motivasi! Next year mahu LION!!

Photobucket
Kan aku dah kate, posing beb posing!!

Photobucket
Lompat jagan tak lompat!! Tapi sorang tu lompat ke bawah pulak.. Hehe...


Photobucket

Kasi can kat the guys utk meyarung pingat ke leher masing2... Next year ada lagi guys!!!

Buat masa ni, ini sahaja gambar2 yang sempat aku nak upload ke intenet ni.. Rasa maca tak puas sebab rasanya haritu amek BANYAK kot gambar.. Yelah, kami kan kaki posing. Maka. Aku plan nak baut 2nd siri utk Arau ni. Gambar sahaja. 

Nantikan..... (Sepasti2nya yang dok menanti2 update blog ni dah penat nak menanti lagi)(Sorry!!!)

Thursday, 17 June 2010

Mei Yang Best : Lumut

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Yaahhh.. Jadi juga aku tulis pasal Mei aku. Maaf atas segala kesulitan anda mendapatkan bahan ilmiah dari blog saya ini kerana mengalami kesulitan untuk upload dan edit foto2 di Photobucket.

Seperti yang telah aku maklumkan, 8 Mei tu bertolaklah kami ke Lumut. "Kami" masa ni adalah Andy (as the captain), Pali (ajk peralatan/ajk makanan/ajk kebersihan), Kimi (ajk kerohanian 'la sangat'), Afiq (pengelola warm up n cool down), Michael (abg Anthony) dan Anthony (adik Michael). Okay thats the guys. The girls ada 3 orang je. Intan (penceria majlis), Lyng (ajk pose menggoda) and me, Mizah (ajk SMS). Yes, AJK SMS pun penting gak okay... Yang pergi Lumut ramai ni je sebab yang lain2 tu ada benda nak kene setel seperti Tesis/Final Year Project dsb. Yang pergi sekali dgn kitorg adalah pasukan volleyball, badminton, karate-do, ragbi, kayak, and hoki. er... Rasa macam ada lagi je nih. Hihi.

Tujuan kitorang pergi Lumut ni not just plainly to have fun yer, tapi kene training! Training! TRAINING dan TRAINING lagi sampai LEGAM... Yeahaha~ Lumut beb, tepi pantai, konfem2la sape yang pegi tuh sumernyer dah golap. Tak kisahlah ko pakai krim penghalang cahaya mentari ke tak. Efek jugak tahu. Kitorang menumpang kat Pengkalan TLDM, so makan minum tidur training sume kat situ. BBQ pun. Solat Hajat pun. Tgk movie meningkatkan kesedaran kerjasama berpasukan pun. Sume kat Pengkalan TLDM.

Ha. Cakap pasal tido. Kitorang yang perempuan memang tak puas hati bab ni. Yang atlet lelaki  bukan main lagi dapat bilik bertaraf 5 bintang kat Wisma Bentara tu.. Wisma Bentara tu adalah penempatan yang biasanya didiami oleh angota tentera yang berpangkat Sarjan. Sarjan beb! Mmg tiptop ah bilik diorang. Budak2 ni siap tangkap gambar bilik tu lagi tunjuk kat kitorang. Haih. Kami yang perempuan ni dapat rumah kat blok H je. Blok H adalah penempatan anggota tentera wanita atau nama saintifiknya laskarnita yang belum berkahwin. So mmg macam rumah bujang betolla. Dahla satu rumah 2 org jer patutnya, tp sbb kitorang taknak berpecah maka rumah kitorang duduk la 3org. Aku dgn Intan kongsi katil. Hehe. Nasib baik Intan kecik jer.

Pagi ada senaman pagi.TENTERA STYLE. MMG SENAMAN PAGI TENTERA. Memang aku rasa kalau lagi dua minggu kat situ kitorang dah boleh terus daftar la jadi TLDM. Haha. Nasib baik senaman je, xde kawad. Fuh. Antara rutin2 yang kitorang kene hadap: Lompat bintang (lompat bintang mereka sangat lain dengan yang biasa kita lakukan), Lompat setempat (lompat setempat mereka adalah lompat bintang kita), Cangkung Lejang (ini yang paling horror T.T), pastu yang lain biasa2 lah, joging 2 round, push up, sit up, warm up cool down tarik nafas hembus nafas. Kalau jurulatih2 TLDM tu rasa nak buat ekstra sikit, diorang suruh guling2 atas trek macam biawak kudung, pusing2 kat satu titik, DAN YANG PALING KAMI TIDAK SUKA NAMUN KAMI BANGGA APABILA BERJAYA MELAKUKANNYA ialah.... joging naik turun anak tangga keliling stadium. FUH!!! Memang terasa la beban kat muscle kau sana sini situ. Masa joging tu kau kene teruskan jugak walaupun dah pancit kalau tak nanti ko sound APASAL LINE PUTUS?? SAMBUNG BALIK!! SAMBUNG!! Dahla sepanjang kat Lumut tu hidung aku tersumbat sebelah. Jadi dah la sistem pernafasan aku tak berfungsi dengan baiknya. Hadoila. Bila dah habis round stadium tu memang banga la sebab tak pernah2 buat latihan gitu tetiba buat pulak. Fuh!! Dahla bagi arahan macam kawad. "CANGKUNG LEJANG 4 DIKIRA 1, 10 KIRAAN, MULA!!!!"

Makan. Haa.. Makan memang best. 5 kali sehari. Tak pernah miss. Breakfast, lunch, tea, dinner, supper. Lagi best sbb ikan fresh2. Tepi laut la katakan. Hehe. The last day kat situ BBQ. Fuh lagila tak miss. (Malangnya takde gambar BBQ sbb masing2 tgh sibuk makan. Haha.)

Training. Pagi lepas breakfast training. Cukup 2 jam balik makan. Tido. Rehat. Basuh baju. Ada yang bawak laptop and broadband tu siap online. Peh tak menahan. Main sport bawak laptop bagai. Pastu pukul 3 pergi training balik sampai pukul 6. Ahad start training. Selasa dah start buat friendly match dengan TLDM. Kitorang try line-up yang tak pernah try sebab nak tgk ada chemistry ke tak kalau si dia double dgn si dia. Kalau si dia main single okay ke tak ke. Contonhya memisahkan pasangan kembar tu. So diorang try single pastu diorang try partner dgn budak2 lain. Gitu la. Aku lak kene training partner dgn Lyng sbb coach cakap kalau aku tak pair dgn Shereen aku mungkin pair dgn Lyng. Disebabkan ini hanya friendly dan bukanlah satu kemestian utk kitorang fight all out sbb MASUM lagi beberapa hari je, so kitorang main setakat yang kitorang mampu jer, and kaau menang tu kira satu bonus la. Hehe. The girls menang okay. *TeeHee*

Photobucket
Team UPM ciput jer. Team TLDM kemain ramai lagi. Huhu. Brader kasut merah yang kat tengah tu bukan player, tapi pegawai pusat koko UPM. Dah syok lepak dgn kitorang. Haha.


Photobucket
Ha yang ini nama dia Pakcik Nizam. Kitorang memang sukahati jer panggil diorang ni Pakcik. Sekali Leftenan da.. Haha~ Maafla, kami tak biasa dengan pangkat2 tentera ni, so terima jelah ye sume kitorang panggil Pakcik. Pakcik Nizam ni baik, belanja kitorang sume dadih masa hari last. Kasi aku main henpon dia. Touchscreen wo. Game kereta. Tak payah tekan2 butang, pusing2 je henpon tu. FUH.


Photobucket
Sesi bertukar2 cenderamatahati.


Photobucket

Yang ini nama dia Kak Yus. Dia ni memang baik dgn kami yang perempuan nih. Siap bagi brooch lagi tanda kenang-kenangan. Yeah. *Psstt.. Siap cerita pasal ex-bf lagi. Hehe.* Aku dgn Intan mmg selalu nak pakai sama. Malangnya aku tiada tudung pink dan dia tiada tudung oren. Maka bewarna-warnilah kami. Hehe.


Photobucket

Hujan, maka masa ini tidak disia-siakan oleh pasangan kembar ini... Mula2 yang adik tido. Sekali abang dia menyempit sebelah dia daa....


Malam. Malam kitorang buat aktiviti!! Kali ni kitorg kene split into groups. So kitorang kontinjen UPM MASUM FASA 1 ni mmg mngle around la. Ini adalah langkah untuk atlet mengenai antara satu sama  lain supaya tidaklah rasa janggal ketika di Arau nanti. Tapi team tenis ni ngelat. Nak jugak satu kumpulan. Sudahnya aku, Kimi and Afiq satu kumpulan. Andy, Lyng, Pali satu grup. The twins dgn Intan je yang baik mendengar arahan. Haha. Aktiviti malam2 ni mmg fun lah. Dahla guna dewan sebelah masjid. Memekak yo budak2 UPM nih. Haha. Ada pertandingan antara kumpulan2 nih. Grup aku menang beb! Haha~ Dapatlah hamper berisi makanan yang boleh dibuat bekal sepanjang perjalanan ke Arau nanti. Aktiviti dia, Telefon Beracun la, Hias pakai Surat Khabar la, IQ test la, lawan nyanyi antara lelaki perempuan la, Kelopak Jantung la. Aaa movie pulak, diorang tayang KungFu Dunk. Sedap gak cerita dia. Rasa macam Pan Pizza Hut yang terbaru tu.

Photobucket

Model group aku ialah Kimi. Haha. Tahu tak kitorang buat baju apa tuh? Snow White. Hadoi. Haha! Adala jugak wakil team tenis jadi model yerk. Kuang3.

Memang bergelak sakan la time aktiviti malam. In fact, sepanjang berada di Lumut ni kitorang bergembira sakan. Walaupun penat2 training, balik mesti hati manyak happy punya. Haha. Oh. Ini lagi. Sesi kami ke Teluk Batik. 

Oh yeah Teluk Batik bebeh! Haha~ Hmm pergi Teluk Batik ni satu jer syaratnye. Joging satu round. Pastu ko nak buat ape silakanlah. Hehe. So kitorang pun yang dah terasa ringan badan ni larilah satu round. Takdelah besar sangat pun. Hehe. Sesudah itu, kami masing2 menangglkan kasut dan horeyy!! Mari main pasir pantai!! 

Dan ye, kami memang kuat bergambar. Haha. Penat abang pegawai Pusat Koko tu jaga kami. Hehehh.

Antara pose kerjasama kami. Haha. Setiap ahli team ni pose lompat2 tahu tak!! Termasuk pegawai tuh!! Haha~ Tapi tak dan la nak letak dalam blog nih. Huhu.
 
Yeah. Ha ini satu gambar kami yang innocent. Heheh. Innocent la niii!! 

Usai sudah cerita di Lumut. *At last*. Mari, ke destinasi seterusnyaaaaaa!! Arau here I come!

Tuesday, 15 June 2010

Jake Gyllen-who?

Hai Semua! Salam Satu Malaysia!!

Tadi aku pegi Suria KLCC dengan kakak aku sebab kitorang nak pegi tengok cerita Shrek in 3D. Sesampainya kitorang kat SKLCC tuh kitorang pun naik la eskalator satu per satu sbb TGV kan kat atas2 kan.

Ditakdirkanlah kitorang berdiri belakang 3org chicks yang serba-serbi lengkap memiliki gaya chicks. Rambut lurus pakai jari pun boleh, pakai pumps 5 inci, baju sendat2, slim melim, handbag besar2 boleh muat satu famili kucing (sebanyak 7 keturunan), and cakap rojak2. Apa lagi kau nak? Semua sifat chicks sejati diorang ada.

Dan memang ditakdirkan lagi, dah kitorang diri belakang diorang, konfem2 la nampak apa yang ada pada mereka kan? Salah seorang daripada chicks ni pakai rompers je, so most part of her body kitorang boleh nampak la kan. Chick pakai rompers ni ada tatu kat bahu dia weyy. Tapi aku pikir positif lagi. Cina kot dia nih. Rambut dia ada fringes macam yg amoi2 biasa buat jerr. Cina la kot. Sekali kitorang dengar dia cakap betol2 and tengok muka dia betol2 masa dah get off dari eskalator tu, Melayu daaa~ Adoi.. What the hell betol...

So aku dah malu sendiri dah sebab.... Aku malu sebab dia Melayu but got that thing on her body. I mean like, yelah, kalaupun dunia dah maju dan kebaratan sangat kan, kau nak tindik2 macam main paku tekan ke, kaler2 kuku macam Pendidikan Seni darjah satu ke, pakai pendek2 macam kain dah kene sorok dan seludup ke negara jiran ke, aku tak kisah la lagi. Nasib kau la. Tapi siap lukis PERMANENTLY kat badan lagi dah.. I don't know what to say anymore lah.

Hm. Aku and kakak aku tak tahan sangat dah tengok mende alah tu so kitorang pun potong la chicks bertiga ni yang jalan catwalk2 nih. Kitorang jalan punya jalan then sampai gak kat TGV. Yay! Tilik punya tilik sekali Shrek pukul 7.00pm daa.. Takpe2 kitorang buat marathon la kalau macamtuuuu!! Eheh, so kitorang pun bantai beli tiket Nanny McPhee and the Big Bang. Best jugak cerita nih. Sesuai la untuk keluarga2 yang ada anak2 yang dah mumayyiz.

Tapi2, haaa.. this is the part where my story is about the title... Masih ditakdirkan, chicks bertiga tuh queue belakang kitorang... Queue agak panjang yer masa tu, walaupun hari Isnin. So chicks bertiga ni pun borak2la pasal previu cter Knight and Day lakonan Tom Cruise dgn Cameron Diaz (so I made a quick guess that they just LOVE Tom and IDOLIZE Cameron). Then dorg tgk la schedule screen tuh. Dorg baca la Prince of Persia. Pastu salah sorang tu tanya "Sape berlakon ek Persia ni?" Then the other jawab dgn slamber and pantasnye, "Hmm.. Not glam la". Terbeliak bijik mata aku. Kakak aku dah semput napasnye akibat daripada tahan nak gelak kuat2. Haha.

Seriously, kitorang dgr diorang borak kencang macam tu. Jarak The Chicks dgn kitorang takdelah jauh  sangat. Memang clean and clear kitorang dengar. Not glam?? X glam?? Kawan aku kat fesbuk bising2 nak tgk Jake Gyllenhaal jadik gagah korang boleh lak kate x glam?? Kakak aku pun terFUYOOOHHH JAKE DAH SASA boleh lak korg kate x glam? Fush. Taste ape korang nih. Haha. Kalau tak pasal Jake pun, korg tak suke Gemma ke? Gemma pun chicks jugak ape. Haha.

Jake punyalah comel nih:

Ko kate x glam. Okay maybe ko dah tak cam dia sbb dalam citer tuh dia dah jadi sasa:

Perhaps. Bwahaha. Lantak koranglah.

P/s: Dahla pakai rompers, masuk panggung. Tak sejuk ke nnt kak? Oh lagi2, Maggie Gyllenhaal (Kakak Jake) berlakon dalam Nanny McPhee. Sape Maggie? Oh, org tak glam, korg tak kenal la yek. Pfffffft.

Thursday, 10 June 2010

SPECIAL EDITION POST

ALHAMDULILLAH...

TERIMA KASIH TUHAN.

KAU MASIH LAGI BERI HARAPAN DAN PELUANG UNTUK AKU MENERUSKAN PERJALANAN INI. WALAUPUN ADA KALANYA AKU TERLEKA DAN JAUH DARIPADA MU YA RABBI.

TERIMA KASIH TUHAN.
TERIMA KASIH TUHAN.
TERIMA KASIH TUHAN.


p/s: Terima kasih juga yang tak terhingga kepada semua yang menyokong saya sama ada secara langsung atau tak langsung, secara ikhlas atau tidak, secara sengaja ataupun tak sengaja. Percayalah, ingatan anda yang kadang-kadang umpama angin bayu lalu itulah yang memberikan makna yang lebih mendalam daripada ingatan anda yang tak putus-putus terhadap saya tiap2 hari.

Monday, 7 June 2010

Aku Di tag...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Bersama-samalah kita mendoakan agar semangat Flotila Keamanan ke Gaza itu tidak mati dan lenyap begitu sahaja selepas ini.

So, I was tagged by MissNothingVille. Terima kasih banyak tag aku, at least utk membanyakkan post aku. HuaHua~ 
Jadi, mari kita mulakan menjawab soalan2 yang aku kene tag ini: 
what is your full name?
Siti Noor Hamizah 
when is your birthday?
27 December  
what is your father name?
Adam Daim 
what is your mother name?
Noor Azizah Othman 
how many your siblings?
4 
where is your house?
Balakong! 
what is your favourite colour?
green and yellow. orange also can. 
still studying?
yup.. but still got time to blog meh. hehe 
do you have bestfriend?
yes! 
do you love them? 
nae,sarangehaeyo!  <----- Ni aku copy je dr yg tag aku tuh. HAHA!!
jazz or pop?
Being Synchro, I have to like all. But, the latest craze is jazz!! 
chicken or beef?
Chicken.. 
coke or 100plus?
When in stress, coke. When in fatigue, 100+ 
what brand is your purse?
 err, aku tak kaya macam orang tu, ada byk2 wallet.. Mine is BUM. 
how much do you have in your wallet now?
none.. eh.. entah.. adala selit2 kat mana2 kot.. 
high heels or flat?
mari ramai2 jawab soalan ni.. 1...2...3... FLATTT!!!! 
skirts or jeans?
inipun, mari ramai2 jawab..1...2...3..JEANS!!! 
shirt or blause?
ahah.. isn't it too obvious?? shirt la.. 
watch or bracelet?
 Watch 
favourite watch's brand?
 FOSSIL.. the old ones yg ada motion.. the new ones all so stiff~ 
do you have girlfriend?
 tiada, tapi Sis Crush adala. Huhu~ 
do you have a boyfriend? 
x. 
did you love her?
sape her?? My Sis Crush? Oh yeah lovin' her! 
did you ever kiss him?
ehh..makhluknye pun takde macamane nak kiss.. aigoo~
facebook or myspace?
mukabuku. 
what is your dream?
 erm. Nak main dlm orkestra. Heheh. 

please tagged other ten friends of yours:
erm.. xpela.. lagipun kawan2 yg ada blog pun lebih kurang je macam MissNothingVille.. Saya ni baik hati, malas nak tag orang lain jawab mende2 nih.. HUHU

La... tu je ke soalannyer??? Ingatkan random sangat... Hm Hm... 

Saturday, 5 June 2010

Mei 2010 yg Best!!

Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia.

Apa khabar semua?? Sihaatt?? Sudah makan?? Sudah update status di FB/Twitter? Sudah... sudahlah sudah!! Haha~

Well, LAMA GIELS!! (ye, mmg nak eja giels, itu bukan typing error yea), DAH TAK BUKAK DAN UPDATE DAN MENGHIAS BLOG NIH!! Bak kata kawan2 macam kat post yang dulu2, dah bau masam2 sikit dah.. Aduyai.. xpe2.. Well, spt yg tertera kat FB aku, (lupa nak letak kat sini, sorry), aku telah menghabiskan cuti bulan Mei aku dengan semangat kesukanan yg jitu dan semangat cintakan UPM yg tak berbelah bahagi!! Sampaikan bas-bas Uni lain yang potong bas UPM pun kitorang boleh naik angin!! Hahaha~

>8-14 May I'm in Lumut.
>16-21 May I'm in Arau.

Akan aku ceritakan pengalaman selama berada di sana, dalam 2 siri post. Okay. But for now. I have to upload the photos first!!

See you guys later!